17 May 2008

Lawatan Ke Gereja- Dialog ISLAM -KRISTIAN


Sessi makan, pengalaman hari ini sangat bermanfaat untuk ISLAM


THE CHURCH OF THE DIVINE MERCY


Kekalutan hari-hari yang aku lalui semakin menghimpit..Aku gagahi kerana sunatullah perjuangan yang dijanjikan ALLAh untuk mendapat sebuah mardhatilla . Tanggungjawab tetap perlu aku teruskan.

Semalam 12 orang delegasi muslimin telah bersama-sama NGO muslim telah berhimpun di Sebuh Gereja di SHAH ALAM..di kelilingi kilang-kilang mendapat julukan nama THE CHURCH OF THE DIVINE MERCY. Sebesar MASJID gereja yamg dibina atas kawasan yang agak luas

Perjalanan yang pendek dirasakan agak jauh memandangkan banyak kesilapan teknikal yang berlaku sepanjang perjalanan. Kesukaran dan dugaan ini walaubagaimanapun dapat dilalui dengan lancar..alhamdulillah semua selamat pergi dan pulang.Paling sukar di gambarkan, hari ini aku bersolat di dalam gereja..iqamat, takbir, alquran dan zikir bergema didalam sebuah gereja...Hanya ISLAM Tinggi, tiada yang tinggi melainkan ISLAM

Kita ringkaskan..Mudah, asas yang kita gunakan untuk berdakwah kepada mereka hanya berkisar pada rukun iman. Perbincangan dalam Bahasa inggeris mudah ini, dilihat menarik minat hadirin. Sangat teruja dengan kronologi pembinaan fakta dan nas yang sistematik.Soalan diajukan bertalu-talu sebeelum sesi itu dibuka.Kebijaksanaan pembentang meneutralkan persepsi sempit sesetengah penganut kristian sangat membantu memudahkan kita berinteraksi dengan mereka.


Keadaan ketika upacara keagamaan mereka di dewan utama

Antara isu yang dibamgkitkan:

1) Penggunaan ALLAH dalam Bible
2) konsep ALLAh itu satu, dan TRINITY yang bercanggah dengan konsep ALLAH
3)QURAN DAN BIBLE yang mana benar
4)Kepentingan merujuk agama pada sumbernya yang asli bukan dinisbahkan kepada pengikutnya semata-mata
5) mengamalkan agama dengan kefahaman.
6)Mencari kebenaran...
7)Kebebasan beragama dalam ISLAM.

Perjalanan selama 2 jam dirasakan sangat singkat. Namun sebagai seorang muslim sessi ini juga menambahkan kefahaman ku dan meningkat kan keimanan aku sendiri terhadap Islam yang aku cintai ini. Apa yang dibincangkan jelas, terbawa pada landasan yang benar dan asal.Ingin sekali untuk aku ajak sahabat -sahabat yang lain untuk bersama-sama.... Apapun dimana-mana kita berada laksanakan tanggungjawab sebarkan ISLAM..dalam konteks ini aku cuba sumbangkan sesuatu, dalam kontekas lain kita punya cara lain untuk disumbang.Pokok pagkal..kita laksankan dakwah ini.

Jam 11.00 malam kami berarak pulang. Senyuman menggambarkan kepuasan menggadaikan cuti untuk balik ke kampung.satu episod tamat dan aku bersedia untuk episod seterusnya .

1 comment:

Anonymous said...

Kenapa x ajak sahabat yang seorang tu? Heheheh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger