16 Jun 2008

FELDA oh FELDA!!

Cuba saudara, saudari amati betul-betul tentang objektif FELDA...

Objektif Kumpulan FELDA :


Untuk membangunkan kawasan perladangan secara produktif dengan pengamalan pengurusan pertanian yang lebih berkesan seperti penyenggaraan ladang yang baik, memaksimakan pengeluaran dengan kos produksi yang rendah.


Untuk menggalakkan pembangunan sebuah komuniti peneroka yang lebih progresif, produktif dan berdisiplin.


Untuk membina jentera pengurusan yang cemerlang dan berdedikasi berlandaskan 'Profesionalisme Berorientasikan Pembangunan Sosial'.


Pembangunan Awal FELDA

FELDA ditubuhkan pada tahun 1956, menjelang Merdeka. Dari detik permulaan secara kecil-kecilan organisasi ini telah berkembang menjadi suatu organisasi raksasa. Kini, rancangan-rancangan yang diselenggarakannya meliputi lebih daripada setengah juta hektar dan lebih daripada setengah juta orang mendapat manfaat dari FELDA yang terdiri daripada peneroka, pekerja FELDA dan pekerja kontrak serta keluarga masing-masing.

Sejak tahun 1960, FELDA yang ditubuhkan untuk pembangunan kawasan pendalaman yang lebih terpencil di negara ini, telah pula sendiri bertanggungjawab secara langsung dalam usaha pembangunan.

Kerajaan-kerajaan negeri menyerahkan segala hak ke atas tanah untuk diusahakan kepada FELDA yang seterusnya menjadi agensi yang bertanggungjawab memajukannya kepada suatu kawasan pembangunan yang intergrated sepenuhnya.

untuk maklumat lanjut..http://www.felda.net.my/felda/fel_latarbelakang.asp#


Aku tergerak untuk menukilkan ini berikutan perbincangan dengan seorang sahabatku juga seorang yang l;ahir dari Rancagan FELDA.

Apa isunya...??Baik..kita sekarang berada di era ketamadunan, mana manusia mencapai satu tahap kebijaksanaan tahap tinggi.Ada banayk perkara yang perlu kita cakna, dalam kesibukan kita menekuni suasana pasca PRU..perhatian ku tertumpu kepada satu perspektif yang tak dapat tidak kita sebagai rakyat Malaysia perlu ambil kisah.

Statistik menunjukkan pada tahun 2007 bilangan peneroka yang telah ditempatkan dalam rancangan FELDA adalah seramai 112,635 orang, ianya seluruh Malaysia..

Bilangan ini ramai atai tidak? keduanya saudara tahu atau tidak apa yang berlaku dalam felda? Apa isu terbesar setakat sekarang????

Sumber wikipedia menyatakan anggaran jumlah belia di seluruh FELDA ialah seramai 333,832 orang. Namun yang berdaffar sebagai ahli persatuan belia setakat 65% iaitu 21 7,694 orang. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak Felda bagi memastikan golongan ini berada pada landasan yang betul dan tidak terjerumus ke arah gejala sosial yang tidak menyihatkan

Aku cuba mendapatkan fakta-fakta bagi membuktikan felda sekarang mengalami kecenderungan kerosakan anak mudanya pada tahap yang membimbangkan.Namun usaha ku sukar untuk diteruskan memandangkan datanya m,ungkin tiada .

Temuramah mana-mana anak felda yag waras akalnya, apa yang berlaku di kawasan feldanya..?jika jujur pasti diceritakan betapa dahsyatnya anak - anak felda sekarang. Kalau setakat jumpa anak muda perempuan dengan lelaki berbogel itu hampir menjadi bualan mereka..betul atau tiadak tiada fakta yang boleh membuktikannya melainkan sekadar bualan mulut orang.

Umum mengetahui, felda mengalami krisis penghakisan jati diri tahap kritikal. Rata-rata anak mudanya rosak dek dadah, gam , daun ketum , seks bebas, judi, arak..tak sanggup untuk aku teruskan...Bila direnungi, siapakah yang nak menyelamatkan golongan ini? wargha kampus sibuk berbahas..apa yang dibahaskan ?? golongan difelda terus rosak..mana pemimpin-pemimpin yang lantang mengatakan nak selamatkan melayu...majoriti orang di Felda adalah melayu.

Rakan Muda Masjid Felda Tenang, Labis, Segamat...mereka dianggotai 12 orang penasyid dengan nama FARHAN mempunyai misi untuk menyelamatkan warga muda Felda..mereka merasai betapa rosaknya golongan remaja di felda. Hasrat ini dirakamkan dalam akhbar utusan, slot bicara agama....

"`Kami tidak mahu belia felda terus dihanyutkan dengan masalah kronik ini dan kerana itulah kami berusaha menyalurkan pelbagai aktiviti,'' kata Pengurus Rakan Muda Masjid Felda Tenang, Mohd Sharip Mohamed.

Aku tak mampu untuk initiate perkara ni untuk diselesaikan secara bersama..mungkin sahabat-sahabat diluar sana boleh gemburkan isu ini. Kita perlu bersama-sama memberi penekanan kepada isu remaja muda di FELDA.Ditambah dengan isu PATI..luka berdarah bernanah dan membarah.

Ada usaha dilakukan dari kepimpinan kerajaan contohnya:

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan kini melaksanakan enam program baru di tanah rancangan Felda yang dijangka mampu membawa perubahan besar kepada generasi belia di situ.

Enam program tersebut ialah menjadikan Konvensyen dan Anugerah Belia Felda sebagai acara tahunan, melibatkan anak-anak peneroka dalam Skim Insentif Usahawan Felda, menyediakan perumahan untuk warga Felda, membina dewan serbaguna dan kompleks sukan
komuniti, mengadakan kursus dan latihan untuk belia Felda, dan menubuhkan pasukan bola sepak 'Felda United'.

Ketika ditanya mengenai masalah penagihan dadah di rancangan Felda, Najib berkata sesetengah daripada rancangan itu telahpun berusaha membebaskan kawasan masing-masing daripada gejala itu.

Beliau berkata contohnya, Felda Cini 3 di Pahang berjaya memenangi anugerah pada hari ini kerana kawasan Felda berkenaan telah bebas daripada ancaman dadah.

Katanya usaha membanteras dadah dan gejala sosial perlu dilakukan bersama-sama masyarakat setempat dan pihak berkuasa dalam memastikan kejayaan membendung masalah berkenaan.END

Entah bagaimana, bila orang politik bercakap banyak fakta disembunyikan bagi meraih kepercayaan. Realitinya???Sejauh mana ia dilaksanakan? Berapa banyak Felda yang terlibat...sjauh mana keberkesanannya? Persolan penting ini perlu dijawab dan diteliti secara serius kerana masa depan negara yang terletak padanya.

Baik, sekarang apa kata anda...aku cuba timbulkan persoalan ini untuk kita sama-sama fikirkan.Perlukan\h anak-anak FELDA yang telah berjaya tubuh NGO untuk atasi perkara ini?

Manfaatkan duit hasil sawit untuk nya? atau apa? Jangan lah dek terlalu seronok menikmati harga sawit yang melambung, warga FELDA sibuk membina rumah - rumah besar, beli kereta -kereta baru, dapatkan tanah-tanah baru sedangkan keutamaan sekarang ialah menyelamatkan anak dari darah daging mereka sendiri yang semakin hari - semakin jauh dari ISLAM...

1 comment:

Anonymous said...

ANDA ANAK FELDA????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger