“MUWAJAH SILMIYYAH”
Kaedah ini bermaksud keharusan untuk melakukan sesuatu perkara/tindakan secara tanpa kekerasan atau peperangan selagi ia masih menampakkan ruang dan peluang untuk mendaulatkan dan memakmurkan kawasan/negara/dunia dengan perlaksanaan nilai-nilai ISLAM secara menyeluruh. Justeru bagi Parti Islam Semalaysia (PAS) dan Pakatan Rakyat(PR) di Malaysia, telah mengambil konsep kaedah ini dengan mengimplimentasikan praktis bergerakkerja melalui penglibatan di dalam sistem pilihan raya dan demokrasi sebagai ruang kesempatan yang dimanfaatkan bagi merealiasasikan matlamat Daulah Islamiyyah: baldatun thoiyyibatun wa rabbun ghafur .
“Al-ASLU FI AL-WASAIL AL-IBAHAH”
Kaedah ini bermaksud bahawa setiap medium atau perantara selain daripada perbuatan/amalan ibadah khusus adalah pada asal/dasarnya ialah bersifat HARUS selagi tak ternyata secara maknawi atau zahiri akan perkara-perkara yang menjadikannya MAKSIAT/HARAM. Jikalau terdapat perkara pelanggaran kecil yang telah dilakukan ketika menggunakan medium/perantara tersebut; maka hukumnya adalah tertakluk bersarkan hukum Al-Maqasid As-Syar’iyyah. Oleh itu, Parti Islam Semalaysia (PAS) dan Pakatan Rakyat(PR) di Malaysia telah menggunakan praktis berdemontrasi, berblog, menyertai pilihan raya, dan lain-lain lagi di mana bermatlamatkan kepada menyatakan dan mendambakan kebenaran, menolak kezaliman , mendedahkan kejahatan golongan tirani dan terokrasi. meniup semangat orang ramai bagi mengukuhkan kesepaduan pendirian dan solidariti sesama umat, menggalakkan mereka bertindak untuk menegur dan membanteras kejahatan terhadap golongan penzalim sekalipun kepada pemerintah.
“AR-REDHO BIL KUFRI KUFRUN, WAR-REDHO BIL MA’SIYYAH MA’SIYYATUN”
Kaedah ini menyatakan sesiapa yang berlapang dada atau bersuka hati atau sukarela menyatakan sokongan kepada sesuatu perkara kekufuran atau kemaksiatan walhal tidak melakukannya lagi; maka, ianya seolah-olah turut terlibat bersekongkol sama dengan pelaku bagi perkara kekufuran atau maksiat tersebut. Misalnya, menyokong/bersetuju dengan pemimpin/penguasa yang tidak mahu mengamalkan Islam secara syumul atau menggalakkan kezaliman/penindasan kepada rakyat yang tidak berdosa, menimbulkan nafsu ghairah terhadap perkara yang lagho atau mengghairahkan hawa nafsu, dan seumpamanya.
Hasil Nukilan: ibnukulaimi, Unit Tarbiah Pemuda PCSS, Unit Tarbiah JPMDPPP
"I know Kung Fu"
1 day ago
No comments:
Post a Comment