Aduhaitragedi JUN 2008.. Seolah-oleh tamparan bala dari cebisan istidraj kemenanganBN dan konco-konconya telah memberikan azab kepada golongan rakyat marhaen danfakir-miskin. PElbagai dakyah dan alasan yang diberikan oleh kepimpinan BNkeparat mengenai isu kenaikan harga minyak petrol: kononnya harga minyak petrolpasaran dunia meningkat, Negara kita yang paling termurah harga minyak petrolberbanding dengan negara pengeluar minyak petrol lain, tak nak bagi “menatangminyak” subsidi dan macam-macam lagi..
Maka,pelbagaiidea IQ yang “kebudak-budakan” dan pandangan yang “hampeh” dikeluarkan olehpara “pengampu-pengampu” di kalangan “bicara ilmu” umpamanya: makan ubi sebagaiganti beras/nasi untuk dapatkan karbohidrat, menaiki basikal atau pengangkutanawam sebagai ganti kenderaan yang menggunakan petrol, ubah cara hidup denganjimat- cermat berbelanja, dan pelbagai lagi… Waduh, gempaq bebenor pandangan “kri-tikus” mereka ini…..
Sebenarnya,scenario ini hendaklah kembali kepada penyelesaian yang telah ditunjukkan didalam al-quran dan as-sunnah, cara hidup para golongan salafus-soleh yang mampumenangani bala-azab akibat tangan-tangan rakus manusia hatta memakmurkan bumidengan keharmonian serta keampunan Tuhan Pencipta Alam ini.
PENYELESAIAN PERTAMA
Arakian alkisah Nabi Yusof Alaihis Salam telah diberi mandat kuasauntuk mentadbir dan menyelia perbendaharaan negara (kewangan, sumber asli danpengedaran makanan) Negara Mesir. Menurut tafsir mimpi oleh Raja Mesir sewaktuitu, Negara Mesir akan dikurniakan dengan kesenangan nikmat selama tujuh tahunpertama. Manakala, tujuh tahun berikutnya; Negara Mesir akan ditimpa musibahbala kemarau. Oleh itu, dalam masa tujuh tahun pertama Nabi Yusuf telahmenjalankan tanggungjawabnya dengan penuh kecerdasan pengetahuan, kesabaran ,jujur dan amanah, keramahan dan akhlak serta budi pekerti mulia sehingga rakyatmerasakan hidup dalam keadaan tenteram, aman dan sejahtera. Nabi Yusof jugamempersiapkan gudang besar bagi penyimpanan barang-barang keperluan untuk semuatermasuklah barang-barang sumber. makanan untuk menghadapi musim kemarau yangbakal tiba. Maka, tempoh kemarau telah dilalui tanpa sebarang kesukaran. [Sumber rujuk : Surah Yusuf, Al-QuranulKarim ]
PENYELESAIANKEDUA
Sewaktu zaman Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz; tiada seorang pun rakyat yang mahu menerima sedekah dan zakat disebabkan mereka masing-maing hidup dalam keadaan selesa. Pada suatu hari sewaktu beliau berkhutbah, jubahnya dikibas-kibas kerana masih lembap selepas dibasuh. Isterinya langsung tiada barang kemas kerana diberi kepada baitul-mal(tempat simpanan barang perbendaharaan negara). Padahal, sebelum beliau menjadi khalifah; mereka hidup dalam keadaan mewah.
Kata Khalifah Umar kepada isterinya: “Engkau pilih sama ada menghadiahkan barang kemasmu kepada baitul mal dan engkau masih bersamaku, ataupun engkau terus bersama barang kemas itu tanpa aku (diceraikan) ?” Lalu, isterinya memilih untuk bersama Khalifah Umar. Walhal, Khalifah Umar mampu untuk menjadikan isterinya usahawan lagi jutawan dengan kedudukankanya mentadbir dan menyelia perbendaharaan dan kewangan negara. Selepas kematian Khalifah Umar; maka khalifah selepasnya bertanya kepada balu(isteri) Khalihah Umar; “Adakah engkau mahu barang-barang kemasmu semula?” Lantas balu isteri Khalifah Umar menjawab; “Semasa Umar masih ada pun aku tidak mahu, selepas Umar tidak ada pun aku tidak mahu juga.”. Cara pemerintahan Khalifah Umar menjadikan negara kuat, rakyat selesa hatta sekawan kambing boleh duduk sepadang bersama-sama dengan serigala dengan izin dan bantuan ALLAH.
PENYELESAIANKETIGA
ImamNawawi pernah berfatwa dengan tidak membenarkan Sultan Al-Malik Az-Zahirmengambil harta rakyat selama kekayaannya sendiri dan para pemimpin bawahannyamasih dapat dipergunakan untuk pelaburan bagi melengkapkan persediaanmenghadap i perang untuk memerangi musuh dari orang-orang Tartar(Monggol) terhadap Negara Syam(Syria) sewaktu itu. Lantaran disebabkan ketegasan fatwa ImamNawawi tersebut, Sultan telah murka dan mengeluarkan perintah mengusir beliaukeluar dari Syam(Syria). Imam Nawawi dengan berpegangkan prinsip keberanian diatas kebenaran dengan girang hati keluar dari Syam(Syria) ke Nawa sambilberkata : “Saya tidak akan balik ke Syria(Syam) selama Sultan tersebut masihberkuasa” .
KESIMPULAN
Marilah kita, wahai makhluk hambaALLAH dan rakyat Malaysia sekalian untuk kita melakukan perubahan sama adadengan tubuh badan kita, mata pena dan media serta munajat pada ALLAH di atasbala akibat kerakusan tangan-tangan manusia dan golongan al-mala’ yang dipinjamkan kuasa oleh rakyat kepada mereka.Sebenarnya, golongan para pemimpin, mereka yang sedikit dikurniakan lebihanpengetahuan( intelektual) , dan yang berpengaruh atasan terlebih dahulu PASTIBERUBAH daripada keadaan kehidupan yang terlalu berlebihan mewah kepada keadaansederhana. Malah, mereka ini yang terlebih dahulu mengubah hidup denganmenjalankan/ mempraktiskan idea-idea seperti makan ubi, menaiki pengangkutanawam, berpakaian ala kadar; sebagaimana kata-kata Khalifah Umar Ibnu Al-KhattabR. A. : “Diriku terhadap harta benda ALLAH seperti kedudukan pengurus terhadapanak yatim; jika saya berhajat, saya mengambilnya. Apabila saya agak senang,saya memulangkannya. Jikalau saya mampu,nescaya saya tidak ambil sedikitpun”
Arus signaldan semboyan perubahan maslahat/kebaikan rakyat jelata di Negara kita ini,tidak akan dikecapi tanpa sokongan dan dokongan para alim-ulama, paraustaz-ustazah, para pensyarah, golongan cerdik-pandai dan berintelektual bagimenyatakan pandangan dan hujah yang jelas, tegas,dan berani tanpa ada keinginan mengejar pangkatdan harta-benda, penghormatan dan pujian orang atasan mahupun pemimpin yangdipinjamkan kuasa rakyat; demi menegakkan kebenaran agama dan kebajikan umatrakyat jelata. Seruan dan penglibatan praktis para berdaya fikir aras tinggidan para faqih agama ini amat sangat ditonjolkan dalam menangani keruncingansuasana yang menyebabkan “biru hitam” mata rakyat dan kita ini.
Nukilan: ibnukulaimi, rijalluddinwal ummah.
"I know Kung Fu"
1 day ago
3 comments:
Assalamualaikum..
Sahabatku,
pertamanya ana ucapkan syabas atas tulisan2 yang mantap dan penuh dengan roh dakwah dan siasah.
Alhamdulillah.
Sahabat,
Teruskanlah usaha mencelikkan masyarakat kita..
walaupun hanya beberapa orang yang menjadi mad'u kita..
Ana yakin jika prestasi tulisan ini dikekalkan dan ditambahbaikkan nta akan mempunyai pengunjung tetap merangkap madu nta..
Sahabat,
Ana bangga dengan sikap nta menulis dengan hujjah dan bukanya dengan amarah.. teruskan!
Sebagai penulis kita tak boleh abaikan pembacaan. Kerana semua penilis yang hebat adalah juga pembaca yang hebat juga..
Sahabat,
Moga usaha dakwahmu takkan kendur..
Qard jr.
http://cambincute.blogspot.com
sahabat..aku sayang kan ISLAM..dan aku cintakan ISLAM..aku tebus masa depanku semata-mata untuk ISLAM..moga ALLAH terima ia sebagai amalku...
Runsing aku akan dia pada keadaan ISLAM sekarang dan akan diriku..banyak betul yang aku tak laksanakan..sedang sungguh berdosa akan diriku ..malu aku akan menerima rezki dari ALLAh swt..terlebih pula hamba ini banyak dosanya..
Doakan moga Allah ampunkan dosa hamba, dan kurniakan hamba akan hidup yang bahagia dunia dan akhirat...
umm..nape la sume org suka guna ayat bebunga.....mgkin ana pelu blajar uyk jd lbih berbunga..yerk!
ape pun, ana agak kagum dgn method pnyelesain isu minyak ni, di sbalik jwpn 'ubah cara hidup' yg ana kira ckup knsvatif dr 'ustz hadari' yg jg knsvatif, ni antara jwpn yg baik pnh ana dgr..
rasanya bleh ganti salehudin ayub yg nmpak malu2 bl bdebat dgn dato' syri samad!
Post a Comment