Setiap gambar menceritakan 1001 makna..ada yang senyum dan ada yang sedih....
Salam ..baik,... isu kali ini memang hangat..kalah segala mak datuk nenek gosip..
Semua seakan terpaku..ya ke ni? terdetik dalam hati..liputan meluas seluruh negara..corong corong radio kecoh macam membebel ..minyak naik, radio macam itu gak..tak habis disitu..sms memang buat duit..sampai 10 , 11 mesej saja pasal minyak naik..
Memang tersedak rakyat Malaysia dengan berita ini :dulu kalau nak full tank rm 80 ,sekarang jadi rm140..rungut seorang rakan yang baru beli kereta,..hutang tak habis bayar lagi... Dia tepuk dahi dan buat-buat tidur , tak nak pening-pening kepala katanya..
Seorang lagi mengeluh, kena buat kempen puasa besar-besaran macam ni.. rungut seorang mahasiswa yang hidupnya bergantung pada PTPTIPU(PTPTN)..
Semua blogger. .. memnbuat ulasan yang panas-panas dan membangkitkan semacam gelombang yang bakal meranapkan kerajaan..mesej dia ..mari kita hancurkan kerajaan..!!
Tak perlu aku cerita, satu episod yang mesti ditelan rakyat Malaysia..member aku semua ajak pakat isi minyak ...aku malas nak layan...malam tu plak polis banyak buat road block..lagilah...jam bagai nak trak malam tu..
Seluruh negara, stesyen minyak umpama magnet yang menarik kereta2 kearahnya..aku dengar banyak stesyen minyak habis minyak dia..lapor seorang rakan yang bekerja part time di stesyen pam minyak...wah dahsyat..panik betul rakyat Malaysia kali ini...aku pun panik....
Surat khabar pulak...
"UTUSAN; 5 Jun 2008 / 30 Jamadil Awal 1429
Petrol naik 78 sen, diesel RM1, elektrik jika lebih RM43"
kat bawah pulak dia tulis...
JIMAT: Keputusan kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel semalam menyebabkan ramai pemilik kenderaan mula beralih kepada penggunaan NGV yang terbukti jauh lebih jimat berbanding petrol. Sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pemasangan tangki NGV Perisind Auto Care Sdn Bhd di Jalan Datin Halimah, Johor Bahru turut menerima tempias apabila mereka pula tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat. Pekerja syarikat berkenaan Riko Hassan (kanan) dan Zakaria Idris bertungkus lumus menyiapkan tangki NGV untuk dipasang kepada kenderaan pelanggan. Kebelakangan ini mereka terpaksa memasang antara lima tangki NGV setiap hari berbanding hanya sebuah kenderaan sehari sebelum ini.
Pulak...macam - macam situasi..
Tak terbayang harga barang yang akan melambung selepas ini, melambung yang tidak akan turun... yang baru bekerja susah sket la nak mengumpul..kena buat kerja lebih atau pakat - pakat makan ubi kayu(senyum sinis)-nih cdgan menteri tak dak otak
Cukuplah..kita sekarang membentuk minda yang menyenakkan pemikiran kita untuk difikirkan dengan segala masalah yang timbul.. Sekarang lah masanya wakil rakyat yang dipilih seharusnya berperanan di dalam parlimen, jangan makan gaji buta sahaja...
Tolong kawal keadaan...kalau di China Gempa menyebabkan kehiduapan kacau bilau, di sebelah Myanmar tuh Taufan Nargis,...harap di Malaysia tak dak lah sampai ada hilang nyawa dek kenaikan harga minyak..itulah harapan aku kepada Pakatan Rakyat dan BN(Barang Naik)...
Sekali imbas aku teringat entri yang aku catatkan pada November 2007 ..bertajuk Dajjal Sudah ada... aku quote balik apa yang aku tulis...
"Jangan hairan dalam 7 tahun mendatang...selepas UMNO menang Pilihanraya ke 13 Malaysia akan mengalami apa yang dikatakan sebagai krisis ekonomi paling dahsyat..hanya persediaan sahaja yang dapat menangkis semua ini..apapun ini adalah menurut firasat seorang alim atau jangkaan berdasarkan sumber muktabar ALQURAN !...sekadar perkongsian untuk peringatan bersama...moga dapat diambil iktibar untuk menyiapkan diri menghadapi segala kemungkinan...
wallahua'lam(Hanya Allah Yang Megetahui Segala-galanya)" Jundi UMMAH
Tak dapat tidak setiap yang berlaku kita kena akui ada mesej yang cuba disampaikan di sebalik episod dan plot yang berlaku ini..sedar atau tidak, suka atau tidak aku menyeru agar kita semua cepat -cepat biasakan dengan tikar sejadah bagi yang jarang-jarang pijak sejadah, mula biasakan dengan kerap bangun malam untuk bertahajjud..fitnah akhir zaman tak termampu untuk kita lalui melainkan dengan kudrat Allah swt...
Allah ..selamatkan kami dan keluarga kami dari fitnah akhir zaman..
"I know Kung Fu"
1 day ago
6 comments:
Rujuk entry saifulislam.com..ayat yang gramatis dan mudah..selamat membaca
Semoga orang2 monggolia cepat sembuh dari penyakit hati yang melanda... Alahai BN... ?
haih.. truk2.. apa nk jd la..
kasihan sahabat2...huhu
melihat fenomena di Malam Minyak Naik rasa mcm ada bencana besar... rasa mcm nak raya pn ada. meriahnya jalan raya mlm tu...
Emm...
Rujuk ustaz Zaharuddin punya komen. Menarik juga.
Masyarakat kini lebih cepat melenting kalau sesuatu perkara melibatkan perut mereka tetapi masalah rohani yang melanda sering diabaikan.
Post a Comment