Ingat muka - muka ini...dan apa yang mereka perbuat kepada ISLAM!!!, mereka risau kerana apa? kerana mereka utamakan dunia mereka berbanding agama mereka sendiri...
Kata-kata mereka membuktikan betapa kejahilan orang-orang sebegini mengundang padah!
Salam , buat sahabat Bloggers dan pembaca sekalian..
Aku meneliti beberapa scenario turun naik Islam de seluruh negara..semenjak 2 menjak ini Islam ditekan semacam bertan-tan beban di muatkan atas bahu pendukung - pendukung Islam untuk memastikan Agama Allah ini terus didaulatkan.
Beberapa figure dalam jemaah harakah hampir rebah dek aluan dan bantaian "kesusahan berjuang" dihadapkan kepadanya, tidak kira di mana lapisan atau marhalah. Namun Allah memang sangat megasihi hambaNYA, dilayan hambaNYA dan ditarik kembali tangan hambaNYA yang hampir mengundurkan diri kembali menyertai perjuangan. Ini lumrah dalam perjuangan..bersyukur yang amat jika Allah masih menarik tangan kita kembali pada jalanNYA.
Meneliti sirah, kesusahn yang Bagida Nabi SAW dan sahabat yang bergalang gantikan tubuh badan, kita nikmatiNYA kini hasilnya...Nah sekarang giliran kita pula untuk memastikan anak , cucu kita dan seluruh umat ISlam masa depan dapat menikmati Islam.. ..Sungguh ,aku merisaui akan anak cucu aku pada masa depan...dimanakah mereka..??moga mereka semua dilindungi Allah dan diliputi rahmatNYA.
Melawat blog - http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=4203243983638657064- aku tidak hairan semua orang kafir, munafik , hatta orang Islam (jahil)sendiri menghentam prinsip yang dibawa Jemaah Islam(PAS) terhadap isu konsert ella dan mas idayu di negeri selangor ini...ini ujian dan harga perjuangan yang perlu pendokong Islam bayar. Tekanan berbentuk politik dari kafir dan munafik dilihat berapi-api. Membuak-buak , melatahkan semua orang ..merisaukan Islam tertegak , gelombang ISLAM menaik..
Aku petik dari blohg roslan SMS..
Ini ditambah lagi dengan cadangan Dewan Pemuda PAS Pusat untuk memperkenalkan siyasah syariah di negeri-negeri yang diterajui Pakatan.
Ketua Pengarang Kumpulan akhbar The Star, Wong Chun Wai di dalam blognya "New Malaysia" menganggap Dewan Pemuda PAS Selangor sebagai "Little Mullahs", dan mendesak kerajaan negeri agar tidak memperdulikan tentangan mereka dan teruskan konsert tersebut. Manakala dalam komennya terhadap cadangan Dewan Pemuda Pusat beliau (dari akhbar yang dimiliki MCA) dengan senang hati memetik dari blog pimpinan DAP termasuk ahli Parlimen PJ Utara Tony Pua yang berkata jika PAS berterusan bersikap sedemikian maka gabungan Pakatan Rakyat akan tidak lagi menjadi bermakna.Kita faham dengan siapa kita berhadapan kini, apa pun label yang diberi..MULLAH ?, TALIBAN ?...kita membawa ISLAM..dan hanyasanya Islam yang diredhai ALLAH..Islam itu tinggi dan tiada yang tinggi melainkan ISLAM. Cuma apa peranan kita untuk membantu pendokong Islam di luar sana?? NAh kita perlu sama-sama menunjukkan kesatuan kita..Izzah kita..mereka nak memerangi kita??? Kita perangi mereka habis -habisan. Siapa DAP tu? Mayat semuanya.....kita ni hidup disisi Allah goyah?Kemenangan kita bukan milik kita tapi milik ALlah!! Dia yang bagi , dan DIAlah juga yang boleh perteguhkan kita..Kekuatan kita ALLAH!! Gembelingkan segala kekuatan kita menghadapai petualang dan musuh-musuh ISLAM ini dan kita bulatkan tawakkal kita betul - betul pada ALLAH. Depan musuh jangan sekali - kali kita pamerkan kelemahan..tiada masa untuk menagis depan musuh...menangis depan ALLAH sahaja ..atas sejadah , malam hari..masa tu sahaja pamerkan kelemahan kita....Depan musuh mana ada masa untuk menangis kerana kita mahukan syahid!!
Kita singa - singa ALLAH yang melapar, membaham mereka yang memusuhi ISLAM..Tetapnya kita pada prinsip AL QURAN tidak akan berubah sekalipun seluruh manusia dihadapkan kepada kita untuk memerangi kita.Penghinaan ini biasa bagi kita, Nabi SAW sudah melaluinya..dugaan untuk kita. Cuma sekali mereka menghina NABI kita..awas!!! Kepala mereka akan kita pancung....
Nah, aku bukan marah atau emosional..cuma kesal dimana kita semua yang dididik mendaulatkan ISlAM menghilang? Mengapa kita membiarkan sahabat kita berjuang bersedirian, dan kita menikus dan takut menzahirkan prinsip kita... Kecaman keatas web-web yang menghina ISLAM paling kurang disambut dengan melebarkan da'wah kita..pamerkan Akhlak kita dan betapa indahnya ISLAM ini... wallahua'lam
Berikut adalah petikan dari MALAYTSIA KINI tentang isu ini ..anda menilaiBantah konsert 'ego orang agama'
Jimadie Shah Othman | Jun 17, 08 4:59pmKomposer terkenal Roslan Aziz menyifatkan tindakan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu sebagai tindakan "ego" golongan agama dan bermotifkan politik.
"Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci," katanya kepada Malaysiakini.
Beliau diminta mengulas rancangan Pemuda PAS negeri mengadakan perhimpunan membantah konsert tersebut yang dijadual 6 Julai di Shah Alam.
Konsert itu, yang dilaporkan bersempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, diadakan sebelum perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor antara Singapura dengan pasukan negeri.
roslan aziz 170608Menurut Roslan (foto), bantahan itu terjadi disebabkan PAS sendiri yang ingin menggunakan agama untuk tujuan politik.
"Secara peribadi saya tidak setuju guna Islam untuk tujuan politik. Saya fikir (tindakan) ini salah. Biar orang kata Umno itu jahat tapi ia tidak guna Islam untuk tujuan politik.
"Masalahnya pada keseluruhan PAS itu sendiri. Sebab itu di Datuk Keramat, saya tidak pernah mengundi. Masalahnya nak mencari orang yang betul dalam parti yang betul.
"Dalam Umno yang baik ada orang-orang senget. Orang-orang alim, lebai-lebai yang baik pula dalam parti senget," tambahnya.
Bekas pengetua Akademi Fantasia musim lalu ini juga berkata campur tangan ahli politik seumpama Pemuda PAS Selangor itu sebagai sejenis "buli" akibat kegagalan seniman sendiri.
"Ia berpunca artis kita juga. Ada yang bongok, oleh kerana tak pandai belajar, jadi artis. Jadi, mereka tidak proaktif, tidak ada pengetahuan. Sebab itu orang suruh potong rambut pun tak apa. Kena buli pun tak apa.
"Dulu masa (menteri penerangan) Mohamad Rahmat nak potong rambut pun, saya tak bagi. Jangan potong, saya kata. Saya bukan beruk. RTM tak bagi tak apa," katanya.
Dihubungi Malaysiakini berhubung memorandum Pemuda PAS itu, setiausaha politik menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata menteri besar sedang menelitinya.
ellaTindakan selanjutnya bergantung kepada menteri besar, tambahnya lagi.
Menurut Harakahdaily.net, ketua Pemuda PAS negeri Sallehen Mokhyi, yang menyerahkan memorandum itu kepada Nik Nazmi semalam, berharap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim "bertindak segera agar tidak mencetuskan ketidakpuasan hati rakan kongsi (dalam Pakatan Rakyat) khususnya PAS."
"Kami difahamkan bagi menyerikan program itu turut diadakan konsert Mas Idayu dan Ella (foto). Sudah pasti persembahan mereka akan mengundang risiko moral yang tinggi dan tidak ada tempat dalam Islam," katanya seperti dilaporkan.
Gaya hidup mewahSelain mendakwa konsert anjuran syarikat kerajaan negeri Kelab Darul Ehsan Bhd itu sebagai "pembaziran dan gaya hidup mewah", Sallehen berkata ia "mengundang imej tidak baik terhadap kerajaan Pakatan Rakyat, apatah lagi imej Islam di ambang 100 hari" menguasai Selangor.
Roslan menggesa seniman mencari alternatif untuk mengetengahkan idea mereka dan tidak tunduk kepada bantahan sebegini.
"Jangan tunduk. Jika tunduk, kita seolah-olah akui kita salah."Kalau saya, waktu mula-mula masuk dulu, saya nak ketengahkan muzik Melayu ke seluruh dunia.
"Saya akan buat. Tak apa, saya tak hairan kalau tak boleh pergi Kelantan. Saya cari jalan lain," tambahnya, yang mulai dikenali meluas selepas kejayaan album Sheila Majid dan Zainal Abidin pada akhir 1980-an.
Seniman beragama Islam, tambahnya, tidak pernah berniat melawan nilai-nilai Islam.
Mengulas larangan mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin terhadap penyanyi Faizal Tahir, Roslan berkata:
"Kalau nak ikut betul-betul, berapa ramai ahli parlimen tidak boleh masuk Perlis. Tengoklah perangai mereka dalam parlimen macam mana. Itu lebih teruk daripada Faizal Tahir."
ella and mas idayu and pasKumpulan rock terkenal Nitrus pula berkata Pemuda PAS berhak membantah tetapi tidak boleh mengetepikan hak orang lain.
"Dia ada hak beri pandangan mereka. Pihak yang lain juga ada hak. Yang perlu dibuat adalah diskusi, mesyuarat. Soal aurat, suara perempuan itu tidak terperinci (dijelaskan). (Bantahan) itu sesuatu yang kritikal. Ramai orang Islam yang cari makan dengan muzik, macam kami.
"Perkembangan budaya juga penting untuk pembangunan masyarakat. Diskusi patut melibatkan ahli akademik dan orang industri sendiri. Bincang, kemudian umumkan," kata vokalis kumpulan bebas itu Syed Helmy Syed Hood.
Bercanggah dengan manifestoDitanya sama ada mereka bersetuju dengan alasan moral dan pembaziran yang diberikan Pemuda PAS, Syed berkata:
"Kurang setuju. Tuduhan itu kurang konkrit, macam cakap tak ada dalil, tak ada alasan (terperinci). Kalau kata tak setuju, nyatakan batasan, garis panduan yang jelas.
"Budaya seni tidak boleh dipanjang remeh. Ia adalah sebahagian daripada kita," tambahnya.
Sementara itu, penggiat muzik dan pelukis Mazir Ibrahim pula berkata, bantahan Pemuda PAS itu tidak wajar.
"Kerajaan baru harus utamakan pembangunan masyarakat, bukan politik semata-mata. Takkan kerajaan baru kerjanya hanya mengharamkan. (Mereka) mesti sediakan (ruang) untuk semua. Bukan hal-hal yang dia suka saja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
akademi fantasia 5 2007 280307 entertainTambahnya, hujah Pemuda PAS bahawa konsert itu akan "mengundang risiko moral yang tinggi" sebagai tidak relevan.
"Hujah yang dikemukakan mereka tidak relevan sama sekali. Tujuannya satu, untuk 'menghijaukan' (melebarkan pengaruh PAS di) Selangor sebab bertolak daripada premis politik.
"Tidak ada konsert, di Kelantan ada juga anak luar nikah. Ini soal pembangunan budaya. Ini juga tentang cari makan. Konsert kalau tidak benarkan, mesti beri alternatif lain," tambahnya, yang juga koordinator Music Forum.
Aktivis politik Amin Iskandar berkata tindakan Pemuda PAS Selangor itu sebagai "menipu" rakyat kerana bercanggah dengan manifesto parti itu dalam pilihanraya umum lalu.
"Tindakan ini tidak demokratik. Kenapa tidak tulis dalam manifesto dulu? Tindakan ini menipu rakyat. Kalau dulu tulis, itu OK. Dia kena sedar, Pakatan menang, termasuk PAS, dalam kawasan berkomposisi pelbagai kaum. Jadi tuntutan itu tidak sesuai dengan aspirasi Pakatan.
"Yang memenangkan mereka dulu bukan (penyokong) PAS saja, tetapi semua pihak. Jangan lupa pada Cina yang buka bilik gerakan untuk mereka dan India yang bertakbir selepas ceramah PAS dulu," katanya.
Tindakan Pemuda PAS ini hanya menunjukkan parti itu tidak bersedia memerintah Malaysia, tambahnya.
2 comments:
pernah seorg ustz katakn pd ana,
'klu nti nk knl ustz yg btol2 ikhlas, sentuhlah hati, krn kata2 dr hati akn smpai ke hati jg'..
jadi bila hati ini turut sama merasai semangatnya, ana kira kata2 ini juga dtg dr hati yg bnar2 mndamba kprihatinan jundi2 ummah d luar sana..barokallahufiq!
skadar ckit pkongsian, sorg shabat ktakn pada ana, ntara faktor kjatuhan krajaan tganu dr tgn pas adalah rombakan drastik phak krjaan negeri, trutama dlm isu hiburan..
even tganu ntara negeri yg bnyk institusi agama, namun mjoriti masih lg dkalangan 'org awam', mulanya ana agak x stuju, namun bl dlambakkan dgn realiti purata sms utk rncgn realiti tv, psepsi ana mula brubah...
kalau sms raja lawak d Af jd mnopoli org teganu,boleh bygkn btapa kuatnya 'hidonis fanatic' d kalangan terengganuist??
it satu cntoh yg spatutnya jd pngajaran, ana bukanlah pggerak dunia hburan, tp pernah brada dlm 2, yg jelasnya, hburan i2 mmg dh jd sbahagian dr hdup malaysian..
bkn sng nk buang terus..
ana bkn niat nk kondem kjaan slangor..
ana yakin slps kmasukn rmai gol elit profsional dlm saff pmpinan pemuda..hal mcm ni perlu dikaji lbih teliti,mrk perlu bijak mmbaca paradaime org kebanyakan..
sbb hiburan dh jd spentg 'beras', bukan lagi skadar 'burger' dlm hdup malaysian hari ni..
hiburan 2 macam rambut yg mrosakkan tepung..
nk tarik kene perlahan agar tepung tak bselerakan..
ISLAM ITU BERSTRATEGI KAN....
maaf,skadar pngn mata muda yg jahil..sila betulkan ana kalu tersalah.....
jgn biar na trus pcaya pd pndgn sndri, yg mmg jahil...
Pendapat yang dinyatakan tidak semestinya benar..ini contoh yang ada...banyak lagi sebenarnya..
Satu sudut hujah yang dikemukakan ada asasnya...cuma pendekatan yang kita nak gunakan lebih memijak dan lunak untuk diterima masyarakat...
Tindakan menolak secara drastik memang mengundang padah...cuma kita boleh ambil pengajaran ari kesilapan kita..
Post a Comment