26 Apr 2008

"Aku Terima Nikahnya"-TALK SHOW

TALK SHOW NISA'

"Aku Terima Nikahnya"

Oleh :
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Tarikh :
11 Mei 2008 (Ahad)

Masa :
2.00 petang - 4.30 petang

Tempat :
Dewan Seminar, Masjid as-Syakirin, KLCC

Muslimin dan muslimat dijemput hadir
Makanan percuma disediakan

Hubungi :
019-2987252 @ 013-2009426 @ 017-9507685
(Unit Pembangunan Insan Nisa' WP)


Oleh Muaz dari Rasulullah S.A.W, baginda bersabda:

"Allah Azzawajalla berfirman : Orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku, mereka mempunyai beberapa-beberapa mimbar dari cahaya, para nabi dan shuhada yang menyukai mereka "
(Riwayat Attarmizi)

JAGA KESIHATAN ANDA!!

Answer the phone by LEFT ear

Do not drink coffee TWICE a day

Do not take pills with COLD water

Do not have HUGE meals after 5 pm

Reduce the amount of TEA you consume

Reduce the amount of OILY food you consume

Drinks more WATER in the morning and less in the night

Keep you distance from hand phone CHARGERS

Do not use headphone/earphone for LONG period of time


Best sleeping time is from 10PM at night to 6AM in the morning

Do not lie down immediately after taking MEDICINE before sleeping

When battery is down to the LAST grid/bar,
do not answer the phone as the radiation is 1000 times

Forward this information to those whom you care about

Ahli Umno disaran sertai parti Islam

Ahli Umno disaran sertai parti Islam
Ustaz Abd Ghani Shamsudin
Fri | Apr 25, 08 | 11:14:41 am MYT

Soalan | Dalam situasi politik tanah air hari ini, banyak perkara yang tidak diduga berlaku, khususnya keputusan pilihan raya. Perpecahan dalaman Umno yang begitu ketara di Perlis dan Terengganu, sedikit sebanyak telah mencemarkan institusi Kesultanan Melayu.

1. Apa yang menjadi masalah kepada saya, ada orang berkata, jika Umno yang merupakan sebuah parti politik yang mewakili kaum Melayu beragama Islam terumbang-ambing, maka Islam di Malaysia juga akan terpalit dan mengalami kemerosotan, benarkah ia akan terjadi?

2. Tidakkah tindakan beberapa bekas Menteri Besar mempertahan kedudukan mereka walaupun tidak diperkenan oleh Raja atau Sultan menunjukkan berakhirnya Umno?

3. Adakah kehancuran dalaman Umno sebagai balasan Allah? - Remaja Insaf, Sungai Petani, Kedah

Jawapan | Umno sebuah parti nasionalis yang pragmatik dan sekular. Sejak awal kehadirannya, ia telah ditinggalkan oleh golongan ulama Melayu ketika itu yang tidak lagi yakin bahawa Umno akan membela Islam. Sebab itu mereka menubuhkan Parti Islam Semalaya (PAS).

Meskipun sudah 50 tahun lebih merdeka Umno-BN memerintah dan membangun negara namun hakikat yang menyebabkan para alim ulama yang menganggotai Umno dahulu meninggalkannya, masih relevan dan tetap benar. Umno kini tidak lagi diyakini oleh sebahagian besar rakyat boleh membela mereka, baik orang Melayu mahupun kaum India dan Cina.

Ini bukan hanya kerana dasarnya yang salah atau batil; tidak pernah dibawa oleh Rasulullah s.a.w., kerana perjuangannya tidak pernah berlandaskan nilai keikhlasan, keimanan, ketakwaaan dan nilai-nilai lohor yang lain tetapi semata-mata kerana kepentingan segelintir pemimpin atasan dan pertengahan yang mendapat habuan kebendaan dan pangkat daripada perjuangan politik mereka.

Keikhlasan adalah istilah agama Islam yang merujuk kepada perjuangan yang dilandaskan kepada Islam dan berbuat semata-mata kerana Allah. Nawaitu yang menghalakan tindakan dan perbuatan atau perjuangan hanya kerana bangsa, negara dan sebab lain, malah tidak mengutamakan Allah tidak akan membibitkan keikhlasan sebab dia tidak dilakukan kerana Allah.

Sebab itulah hakikat ikhlas, iman dan ihsan bukan menjadi asas kepada tindakan politik dan sosial Umno. Perjuangan kumpulan ini adalah untuk mendapatkan habuan yang lebih besar daripada kadar perbelanjaan yang telah dihamburkan. Sebab itu nilai ikhlas, tawaduk dan takwa bukan resipi atau matlamat perjuangannya. Mereka mahu menghapuskan kejayaan pertubuhan politik Islam. Mereka mahu sampai kepada peringkat sifar parti Islam daripada menduduki kerusi Parlimen. Kalau mereka berjaya mengalahkan gerakan politik Islam di seluruh negeri itulah tanda parti mereka kuat dan gagah.

Gambaran kekalutan dan tidak relevannya Umno dalam era kini boleh dibaca dalam tulisan bloger seperti A Kadir Jasin, Ruhani Ahmad dan laman web Malaysiakini, Harakahdaily dan sebagainya.

Kadir Jasin - umpamanya - dalam analisis beliau, menyatakan sikap mementingkan kuasa pimpinan Umno mengenai cadangan menangguhkan Perhimpunan Agung Tahunannya menegaskan:

Pertama ia menunjukkan yang sindrom menidakkan (denial syndrome) masih menular dalam jiwa sesetengah para pembesar Umno walaupun pengundi telah menjatuhkan hukuman yang berat ke atas mereka pada 8 Mac lalu.

Kedua ia menunjukkan betapa mudahnya pihak-pihak tertentu dalam Umno memperkotak-katikkan pendapat umum demi menjaga kepentingan peribadi mereka.

Ketiga kepentingan segelintir peneraju mengatasi kepentingan jutaan ahli Umno.

keempat mereka tidak teragak-agak memperolok-olokkan sentimen ahli akar umbi parti.

Semua ini adalah perbuatan dan tindak tanduk yang sangat berbahaya kepada kelangsungan - survival - Umno. http://kadirjasin.blogspot.com/

Malaysiakini dalam tajuk berita: Bendung esktremis wajar bermula dengan Umno melaporkan:

Jelas sekali bahawa Umno dan BN merupakan organisasi perkauman terunggul di dunia. Amat ketara pula keadaan mengembiri parti-parti komponen BN yang nyata gagal mewakili kepentingan kaum bukan Melayu padahal BN berasaskan konsep perkauman.

Bayangkan, kelakuan Naib Ketua Pemuda Umno menggertak Ketua Menteri Pulau Pinang. Atau perwakilan Umno meminta agar Presiden MIC dipecat kerana membatalkan rumah terbuka Deepavali. Bolehkah pemuda komponen parti BN berkelakuan sedemikian kepada pemimpin Umno?

Politik perkauman sempit BN dipamerkan baru-baru ini apabila MIC dan Umno mengeluarkan kenyataan bercanggah mengenai Anwar Ibrahim. Umno menyebarkan khabar mengatakan beliau telah menjadi Hindu manakala MIC melemparkan tuduhan bahawa beliau tidak pernah menolong dalam isu berkaitan kaum India atau orang beragama Hindu semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.

50 tahun Umno bersandiwara

Lima puluh tahun memadai untuk sandiwara BN. Adalah wajar rakyat menolak parti yang mengakui gagal memenuhi objektif Dasar Ekonomi Baru (DEB) selepas 30 tahun. Rakyat sudah cukup sabar dengan gaya pemerintahan BN yang bersifat perkauman. Saranan PM Abdullah Ahmad Badawi untuk membendung esktremis wajar dimulakan dengan Umno http://www.malaysiakini.com/letters/76482

Harakahdaily melaporkan pertelagahan para pemimpin Umno mengenai sistem kuota sebagai berikut:

Menurut Mustafa Mohammad, apa yang berlaku sekarang, dengan pemimpin-pemimpin Umno membuat kenyataan bercanggah sesama sendiri memberi gambaran yang kurang elok, seolah-olah pemimpin parti tidak sehaluan.

Mustapa dipercayai merujuk kepada kenyataan-kenyataan berbeza pelbagai pihak yang menyokong dan menolak cadangan membubarkan sistem kuota bagi pemilihan jawatan tertinggi parti yang diperkenalkan pada 1988.

Ketua Penerangan Umno, Muhammad Muhd Taib dilaporkan berkata, sistem itu tidak perlu dimansuhkan kerana tidak bercanggah dengan sitem demokrasi yang diamalkan Umno.

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berpendapat sistem itu sepatutnya sudah lama dimansuhkan kerana ia terbuka kepada penyelewengan dan salahguna oleh pihak-pihak tertentu.

Isu itu menjadi bahan polemik di kalangan pemimpin dan ahli-ahli parti setelah bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa agar sistem yang diperkenalkan pada era pemerintahan beliau itu dihapuskan. (Isu kuota: Umno kian jauh daripada demokrasi: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13648&Itemid=28

Menurut Dr Fuad Zarkashi Ketua Penerangan Umno, Johor: "Umno kini telah hilang roh perjuangan kerakyatan, bangsa Melayu dan Islam kerana yang tinggal 'roh perut' sahaja."

Dalam satu sidang media baru-baru ini, Fuad berkata, Umno memerlukan pemimpin yang mempunyai aura seperti Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kemorosotan Umno akan menguntungkan kebangkitan gerakan politik Islam yang tulen di Malaysia.

Pemerintahan Umno-BN ternyata menyekat para alim ulama daripada menyampaikan dakwah Islam di masjid-masjid dikuasai mereka sehingga orang Melayu hilang kecintaan mereka terhadap perjuangan yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w.

Mereka secara langsung dan tidak langsung mengajak orang Muslim Melayu meninggalkan perjuangan politik Islam dengan menyamar sebagai pembela Islam dengan jenama Islam Hadhari. Ini adalah adalah suatu pengkhianatan dan penghinaan kepada Rasulullah s.a.w.

Apa ertinya pemuda dan pemimpin Umno berdemo menentang orang Belanda kerana menghina Islam pada hal mereka sendiri berhasrat dan bertekad mahu menidakkan perjuangan politik Islam di negara mereka sendiri.

Mereka melakukan kezaliman yang diharamkan oleh Allah. Mereka menyuburkan negara dengan budaya rasuah di luar parti dan di dalam pertandingan kepimpinan parti.

Mereka tidak segan dan malu membohong dan menipu rakyat secara terang-terangan. Mereka menggalakkan orang yang mempunyai rekod kepimpinan yang buruk untuk terus menerajui parti dan kerajaan dengan dakwaan membawa perubahan kepada orang ramai.

Kedegilan untuk terus melantik Menteri Besar yang korup, buduk suruhan kumpulan kepentingan tertentu meskipun tidak diperkenan oleh Raja belum bererti kebatilan pengaruh dan kuasa Umno ini akan berakhir. Tapi ia merupakan episod kekonyolan yang membuktikan kepalsuan dakwaan perjuangan kerana agama bangsa dan negara yang diuar-uarkan oleh kumpulan tersebut kepada rakyat.

Seandainya rakyat dapat disedarkan tentang kebatilan dasar perjuangan Umno dari sudut akidah Islam dan keperluan Umno dirombak dan diarah ahli-ahlinya memasuki parti Islam untuk perpaduan ummah demi memperkukuh asas perjuangan umat dan semua rakyat di Malaysia maka barulah era baru dan landskap politik Malaysia akan berubah ke arah yang lebih waras dan benar. Itulah pangkal jalan yang perlu diikuti oleh para pemimpin dan ahli Umno.

Pahala dan syurga

Inilah jalan dan dasar benar yang menjanjikan pahala, syurga dan balasan Allah yang lumayan. Perjuangan atas dasar Melayu tidak akan membawa pahala, atau rahmat kecuali kemurkaan Allah semata-mata.

Asas perjuangan Umno adalah asas bangsa atau kebangsaan. Asas ini asas yang salah dan batil. Manakala kebatilan dasar perjuangan Umno tidak akan membawa kejayaan di dunia dan di akhirat. Ia hanya mengundang bala dan kecelakaan. Allah telah menegaskan hakikat ini dalam banyak ayat-ayatnya yang sangat benar. Allah berfirman dalam Surah Ali Imran: 85-87 yang bermaksud: "Sesiapa yang mencari agama (falsafah dan dasar hidup) selain Islam sebagai anutan, maka tidak akan diterima daripadanya dan pada hari akhirat kelak dia tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi."

Bagaimana mungkin Allah mahu memberi petunjuk hidayat kepada sesuatu kaum yang kembali kufur ingkar sesudah mereka beriman; malah sesudah mereka menyaksikan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad s.a.w.) itu adalah benar dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata dan (ingatlah, Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayat-Nya kepada kaum yang zalim.

Balasan Allah terhadap golongan tersebut adalah bahawa mereka akan dilaknat Allah dan malaikat-Nya serta sekalian orang-orang (yang beriman).

Allah berfirman lagi dalam Surah yang sama ayat 91: "Sesungguhnya orang-orang yang kafir, kemudian ia mati dalam kaadaan kekufuran maka seandainya mereka mahu menebus diri (daripada seksa)tidak sekali-kali akan diterima daripada mereka (sebarang tebusan) walaupun berupa emas sepenuh bumi. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan mereka tidak akan dapat sesiapapun sebagai penolong."

Dalam Surah Taha ayat 124 Allah berfirman yang bermaksud: "Sesiapa yang ingkar, berpaling daripada ingatan dan petunjuk-Ku (lari meninggalkan pegangan dan perjuangan Islam), maka dia akan hidup sengsara merana. Pada hari kiamat kelak Kami akan himpunkan dia di dalam keadaan buta."

Dalam Surah Saba' ayat 16-17 Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Tapi (sayangnya) mereka berpaling ingkar (enggan mengikut ajaran agama yang telah diturunkan), lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir besar yang membinasakan dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya dan pepohon yang jarang berbuah, serta sedikit pepohon bidara. Demikianlah Kami membalas mereka disebabkan kekufuran mereka dan sebenarnya Kami tidak menimpakan balasan yang demikian melainkan kepada golongan yang amat kufur."

Dalam Surah al Mu�minun ayat 117, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Barangsiapa menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, (syirik kepada Allah) dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya."

Dalam Surah Fussilat ayat 13 Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Oleh itu, kalau mereka (yang musyrik itu) berpaling (daripada mengesakan Allah dan menurut jalan yang lurus), maka katakanlah (wahai Muhammad): Aku memberi amaran kepada kamu dengan (azab yang dahsyat, iaitu) halilintar, seperti petir yang telah menyambar kaum Aad dan kaum Thamud!"

Dalam Surah al Jinn ayat 17 Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Siapa yang berpaling daripada mengingati Tuhannya, (ingkar dan derhaka; enggan mengikut ajaran-Nya maka) Tuhan akan memasukkannya ke dalam azab seksa yang sakitnya (terus) memuncak."

Ahli ahli Umno dan para pemimpin bawahan mereka bukan hanya perlu berani melawan atau bersuara di hadapan pemimpin tetapi juga berani mengkritik dasar dan pegangan yang salah selama ini. Meskipun sudah membawa beberapa bentuk kemajuan kebendan pada masa lampau; keabsahan ajaran atau dasar nasionalisme berkenaan memang tidak ada dalam suruhan syarak.

Malah Rasulullah s.a.w. sendiri telah mengatakan; "bahawa siapa yang berjuang di bawah semboyan atau lambang 'asabiah maka dia mati dalam fahaman jahiliah."

Fahaman jahiliah ini bukan sahaja berusaha melekangkan kecintaan, melupuskan iltizam umat kepada perjuangan Islam malah tidak setuju dan tidak mahu malah berhasrat menggagalkan kejayaan umat yang mahu kembali kepada ajaran Islam yang tulen usaha menggagalkan ini semata-mata demi keinginan dan kegilaan untuk berkuasa.

Pada hal tanda keislaman dan iltizam seseorang Muslim itu kepada Islam ialah cinta dan kasihnya kepada Islam dan perjuangannya. Penghargaan kepada kepimpinan dan pemimpin Islam yang telah bersusah payah memenangkan ajaran dan nilai Islam dalam medan politik di negara mereka.

Doa orang Islam - sepatutnya - adalah agar Islam terus dijayakan, dimenangkan dan ditegakkan sampai ke akhir zaman.

Seluruh umat Islam sebenarnya wajib membantu kejayaan dan usaha memenangkan perjuangan politik Islam, menggilap imej para pemimpin mereka, mendoakan kelangsungan kedaulatan Islam dan gerakannya. Inilah tanda keyakinan dan keimanan mereka kepada Allah.

Seandainya mereka benci kepada kemenangan Islam, mengharapkan kegagalannya pastilah kerana kefasikan dan kekufuran mereka terhadap nilai dan ajaran agama berkenaan.

Sesungguhnya Allah tidak akan memenangkan kaum yang ingkar. Allah berfirman dalam Surah Yunus ayat 17 yang bermaksud: "Sesungguhnya manusia petualang tidak akan berjaya."

Sebenarnya hukuman Allah kepada manusia yang menyimpang; baik individu mahupun kumpulan tetap akan berlaku. Janji Allah adalah benar. Allah tidak akan mungkir janji. - lanh

MAKLUMAN-FORUM PERDANA EHWAL ISLAM

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM

Anjuran Bersama;
KERAJAAN NEGERI SELANGOR & JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Tajuk;
MENJANA ISLAM SYUMUL DI DALANGAN UMMAH

Ahli Panel;
Y.BHG DATO' DR HARON DIN
Y.BHG DATUK ISMAIL KAMUS
Y.BHG USTAZ ROSLAN MOHAMAD

Moderator;
Y.B. DATO' DR HASAN ALI


Lokasi;
STADIUM MALAWATI, SHAH ALAM

Tarikh;
AHAD, 27 April 2008 / 20 Rabi'ulakhir 1429H

Masa;
8.00 MALAM (dimulakan dengan Solah Isyak berjamaah)


NOTA
- Hadirin diminta datang awal, dalam keadaan berwudhuk dan membawa tikar solah sendiri.
- Gerai jualan makanan & minuman akan disediakan. Pihak yang berminat untuk berniaga sila hubungi 013-3600080 / 0134039760 untuk tempahan.

20 Apr 2008

Yahudi Halalkan Darah Saudara Kita!!!


Laman web al-jazeera.net melaporkan bahawa para khakham (ulama besar) Yahudi telah meluluskan fatwa menghalalkan darah warga Arab Palestin (Islam dan Kristian) sebagai balasan kepada pembunuhan kader-kader mereka di bandar al-Quds. Fatwa yang akan disebarkan keapda umum pada hari Sabtu, 29 Mac 2008 melalui majalah rasmi kumpulan ultra ortodoks Yahudi itu bertajuk ‘Darah Yahudi lebih mahal dari emas’.

Rabbi dari bandar Safd, Samuel Eliyahu telah mengesahkan perkara tersebut dan menyeru agar kerajaan Israel mengulangi menubuhkan semula unit 101 yang pernah diketuai oleh Ariel Sharon pada masa lampau. Unit tersebut terkenal dengan kekejaman mereka membunuh warga awam Arab dan juga pembunuhan kelarga-keluarga Arab di kampung Qabyah dan Nahalin pada tahun 50’an. Unit yang diketuai oleh Ariel Sharon itu juga terkenal dengan kekejaman mereka membunuh seluruh penduduk kampung Arab, termasuk wanita, kanak-kanak dan warga tua di dalam sebuah rumah yang diletupkan secara kejam.

Eliyahu menjelaskan bahawa fatwa berkenaan adalah bersumberkan dari Taurat. Menurut beliau darah kaum selain dari Yahudi adalah halal dan mereka berhak untuk melakukan perkar ayang sedemikian. Beliau mendakwa, jika pihak AS dan Rusia boleh menumpahkan darah kaum Muslimin, mengapa kaum Yahudi tidak boleh dibenarkan melakukan perkara yang sama. Fatwa tersebut telah mengundang kritikan dan penentangan dari ahli parlimen Arab di dalam knesset rejim Zionis Israel. Mereka membawa isu tersebut ke pihak pengadilan dan meminta agar fatwa yang berbau keganasan tersebut diharamkan oleh pihak mahkamah tinggi kerajaan rejim.

Unit yang diketuai oleh Ariel Sharon itu juga terkenal dengan kekejaman mereka membunuh seluruh penduduk kampung Arab, termasuk wanita, kanak-kanak dan warga tua di dalam sebuah rumah yang diletupkan secara kejam.


Agak ironik, darah lebih 100 rakyat Gaza telah ditumpahkan sebelum peristiwa serangan ke atas kader-kader Yahudi ultra Ortodoks. Tidak pula kedengaran mana-mana ulama Islam di Gaza menghalalkan darah warga awam Yahudi di seluruh dunia. Peliknya, apabila nyawa para kader-kader ultra ortodoks Yahudi Zionis yang juga merupakan anggota tentera sukarelawan rejim terbunuh, mereka menghalalkan darah semua warga Arab Palestin.

Di manakah media antarabangsa untuk mempamerkan kepada dunia wajah sebenar ‘pengganas dunia’?

Yahudi Fatwakan Halal Bunuh Muslim


Laman web al-jazeera.net melaporkan bahawa para khakham (ulama besar) Yahudi telah meluluskan fatwa menghalalkan darah warga Arab Palestin (Islam dan Kristian) sebagai balasan kepada pembunuhan kader-kader mereka di bandar al-Quds. Fatwa yang akan disebarkan keapda umum pada hari Sabtu, 29 Mac 2008 melalui majalah rasmi kumpulan ultra ortodoks Yahudi itu bertajuk ‘Darah Yahudi lebih mahal dari emas’.

Rabbi dari bandar Safd, Samuel Eliyahu telah mengesahkan perkara tersebut dan menyeru agar kerajaan Israel mengulangi menubuhkan semula unit 101 yang pernah diketuai oleh Ariel Sharon pada masa lampau. Unit tersebut terkenal dengan kekejaman mereka membunuh warga awam Arab dan juga pembunuhan kelarga-keluarga Arab di kampung Qabyah dan Nahalin pada tahun 50’an. Unit yang diketuai oleh Ariel Sharon itu juga terkenal dengan kekejaman mereka membunuh seluruh penduduk kampung Arab, termasuk wanita, kanak-kanak dan warga tua di dalam sebuah rumah yang diletupkan secara kejam.

Eliyahu menjelaskan bahawa fatwa berkenaan adalah bersumberkan dari Taurat. Menurut beliau darah kaum selain dari Yahudi adalah halal dan mereka berhak untuk melakukan perkar ayang sedemikian. Beliau mendakwa, jika pihak AS dan Rusia boleh menumpahkan darah kaum Muslimin, mengapa kaum Yahudi tidak boleh dibenarkan melakukan perkara yang sama. Fatwa tersebut telah mengundang kritikan dan penentangan dari ahli parlimen Arab di dalam knesset rejim Zionis Israel. Mereka membawa isu tersebut ke pihak pengadilan dan meminta agar fatwa yang berbau keganasan tersebut diharamkan oleh pihak mahkamah tinggi kerajaan rejim.

Unit yang diketuai oleh Ariel Sharon itu juga terkenal dengan kekejaman mereka membunuh seluruh penduduk kampung Arab, termasuk wanita, kanak-kanak dan warga tua di dalam sebuah rumah yang diletupkan secara kejam.


Agak ironik, darah lebih 100 rakyat Gaza telah ditumpahkan sebelum peristiwa serangan ke atas kader-kader Yahudi ultra Ortodoks. Tidak pula kedengaran mana-mana ulama Islam di Gaza menghalalkan darah warga awam Yahudi di seluruh dunia. Peliknya, apabila nyawa para kader-kader ultra ortodoks Yahudi Zionis yang juga merupakan anggota tentera sukarelawan rejim terbunuh, mereka menghalalkan darah semua warga Arab Palestin.

Di manakah media antarabangsa untuk mempamerkan kepada dunia wajah sebenar ‘pengganas dunia’?
Lawati PALESTIN KINI di Item Isu semasa

12 Apr 2008

Laknat dan PERANGI PROPAGANDA GAY !!!!

Dipetik dari artikel Uz RASUL'


desire has no boundry

Apabila kalian membaca tajuk entri kali ini semestinya menimbulkan tanda tanya . Apa yang penulis maksudkan disebalik tajuk yang berbaur lucah kalau bahasa kasarnya. Akan tetapi inilah realiti yang berlaku kepada muda-mudi di Malaysia melalui paparan filem pendek yang dihasilkan oleh REMAJA MELAYU ISLAM! Tidak keterlaluan kalau penulis mengatakan filem pendek ini turut menghina ISLAM itu sendiri kerana apa yang digambarkan didalam filem selama 8 minit tersebut sesuatu yang DIHARAMKAN OLEH ALLAH!!

Bahkan TIDAK TERGOLONG DAN TIDAK AKAN DITERIMA OLEH NABI SAW kepada sesiapa yang melakukan perbuatan luar tabii ini!!! Turut menjadi kemusykilan penulis di mana permulaan filem pendek tersebut memaparkan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) merupakan dalang yang membenarkan filem ini diterbitkan? Di manakah sensitiviti terhadap hukum-hakam ISLAM pada mereka? Mengapa perkara ini mesti berlaku?


Di ending filem tersebut memaparkan ungkapan 'desire has no boundry' (berahi tidak memiliki sempadan) seolah-olah menghalalkan zina luar tabii sedangkan ISLAM mengharamkan amalan kaum Nabi Luth tersebut. Amalan yang menyalahi fitrah manusia yang dijadikan berpasang-pasangan. Diciptakan lelaki untuk perempuan dan sebaliknya bukannya sejenis? Inilah yang terjadi kepada muda-mudi apabila tidak ditekankan ajaran agama yang sebenarnya dengan diambil yang dianggap penting dan diabaikan perkara yang dianggap kecil. Sedangkan ISLAM itu merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia sosial, politik, ekonomi, pendidikan, perundangan negara dan sebagainya!

Turut menjadi tanda tanya mengapakah PELAKON MELAYU ISLAM di dalam filem tersebut sanggup mencemari dan menjatuhkan MARUAH ISLAM TANPA SEGAN SILU? Ya ALLAH apakah sebenarnya yang telah berlaku kepada remaja ISLAM di Malaysia? Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku dan sewajibnya ASWARA mengarahkan kepada pelajar yang terbabit menarik kembali filem pendek yang menjijikkan itu dari menjadi tontonan masyarakat awam seandainya benar ASWARA terlibat dalam pembikinan filem ini.

Kepada kerajaan khususnya kepada Jabatan Kemajuan ISLAM Malaysia, dan pendakwah-pendakwah di Tanah Air diharapkan dapat menggiatkan agenda dakwah dan memberikan kesedaran kepada umat ISLAM tentang hukum melakukan zina lebih-lebih lagi zina luar tabii yang semakin menjadi-jadi di kalangan muda-mudi Malaysia yang digambarkan melalui paparan filem pendek bertajuk 'COMOLOT' ini. Usah menjadikan perkara ini sebagai perkara yang remeh dan enteng sehingga membarah seterusnya parah kepada masyarakat ISLAM Malaysia.



Kepada seluruh masyarakat pelajar, penuntut ilmu ALLAH sekalin walau di mana kalian berada, tanggungjawab untuk berdakwah semakin berat. Bukan sahaja non-muslim yang perlu kita dakwah untuk memberikan penjelasan tentang ISLAM yang semakin diputar belit. Bahkan dakwah terhadap umat ISLAM itu sendiri juga terutamanya bagi memberikan penjelasan tentang perundangan ISLAM dan segala macam perkara maksiat yang diamalkan ikutan terhadap amalan barat.

Tidak hairanlah Nabi SAW sendiri pernah bersabda mafhumnya : "Akhir zaman nanti umatku akan kembali kepada amalan kaum jahiliyah". Termasuklah amalan kaum Nabi Luth AS yang diterbalikkan negeri mereka kerana ingkar terhadap dakwah Nabi Luth supaya kembali kepada ISLAM dan meninggalkan amalan zina luar tabii ini. Tidak mustahil seandainya ALLAH berkehendak untuk menurunkan azab sebegitu. Walaupun doa Nabi SAW supaya azab terhadap umatnya tidak diturunkan ketika mereka melakukan maksiat kepada ALLAH. Bahkan Nabi SAW meminta dilambatkan ke hari kiamat kelak.

Beruntungnya kita menjadi umat Rasulullah SAW. Akan tetapi, adakah kita masih sanggup melakukan maksiat kepada ALLAH lebih-lebih lagi zina luar tabii (nauzubuillahi min zalik) ini yang mana akan membawa kepada murka ALLAH dan menghapuskan pengakuan Nabi SAW terhadap kita sebagai umatnya. Semoga menjadi peringatan buat kita bersama dalam menjalani kehidupan di dunia dengan sebaik-baik bekalan ibadah ketaatan untuk dibawa bertemu ALLAH di akhirat kelak.



Akhir kalam penulis berpesan kepada diri penulis terutamanya dan seluruh saudara-saudara ISLAM di luar sana untuk kita takutlah kepada ALLAH, perbanyakkan taubat dan istighfar memohon keampunan ALLAH. Semoga di akhir mahattah nanti kita dapat kembali kepada ALLAH dalam keadaan yang bersih dari sebarang dosa-dosa yang memungkinkan kita untuk dicampakkan ke dalam api neraka!

P/S : Penulis tidak bercadang untuk memaparkan filem tersebut dan menasihatkan kepada sahabat seluruhnya supaya dapat menanamkan perasaan jijik dan benci terhadap filem tersebut seandainya kalian menontonnya. Sematkan permohonan taubat dan istighfar semoga dijauhkan kita dari terjebak daripada gejala maksiat yang amat dimurkai ini!


Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

11 Apr 2008

BAB 1...BAB 1

Bila babi jadi bahan politik
Ahmad Tajdid
Thu | Apr 10, 08 | 10:55:39 am MYT

Sekonyong-konyong babi mencuri perhatian ramai di Selangor. Belum pun sempat para Exco Kerajaan baru Pakatan Rakyat memanaskan kerusi-kerusi pejabat di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, di Shah Alam, sekumpulan penyokong Umno daripada Sepang sudah datang menunjuk perasaan kerana babi.

Sebenarnya babi bukanlah isu baru di Sepang. Sejak puluhan tahun penduduk Melayu di Sepang sudah pun hidup bersama makhluk Allah itu. Mereka sudah terbiasa dengan segala macam masalah yang timbul daripada ternakan babi tidak terkawal di kawasan yang diwakili BN itu.

Bagaimanapun, pengumuman kerajaan negeri untuk meluluskan projek ternakan babi secara moden di situ tiba-tiba mengundang protes. Alasannya, projek itu kononnya bersaiz mega dan boleh memburukkan lagi pencemaran alam sekitar.

Para penduduk di Kampung Tanjung Sepat, Sepang misalnya mendakwa aktiviti ternakan babi yang tidak terkawal di era pemerintahan BN mengakibatkan kemusnahan alam sekitar yang teruk hingga menyebabkan penduduk hilang mata pencarian.

Kegiatan itu menyebabkan perairan sekitar kawasan tersebut tercemar teruk hingga menjejaskan aktiviti nelayan di samping kerosakan harta benda.

Utusan Online memetik kenyataan Pengerusi Persatuan Nelayan Kampung Kundang, Shahamid Sanusi, bahawa aktiviti membuat belacan yang menjadi salah satu punca mata pencarian utama penduduk sukar diteruskan kerana kekurangan udang geragau yang menjadi sumber utama dalam pembuatan belacan.

Semuanya kerana pencemaran najis babi.

Menurut Shahamid, selain Tanjung Sepat, pantai sekitar kampung Tumbuk, kampung Gadong, pekan Tanjung Sepat dan Batu Laut juga terjejas teruk akibat pencemaran sisa buangan najis babi.

Kekurangan udang geragau juga menyebabkan kilang memproses belacan bernilai RM100,000 yang dibina oleh Jabatan Perikanan kini terbiar.

Utusan Online turut memetik kenyataan Ketua Kampung Batu Laut, Bajuri Pakeh yang mendakwa banyak kawasan paya bakau di situ telah musnah akibat pencemaran.

Beliau juga bimbang kemusnahan akan menjadi lebih teruk kerana ramai pengusaha ladang babi kini sedang membesarkan kandang masing-masing.

�Jika tidak dikawal, saya tidak boleh bayangkan apa akan terjadi pada alam sekitar di kawasan ini malah sektor pelancongan termasuk homestay juga akan terjejas,� katanya.

Seorang penduduk, Noridah Endut memberitahu, tanah tepi laut seluas satu hektar milik keluarganya juga telah musnah akibat pencemaran.

�Dahulu kawasan itu pernah digunakan untuk menanam sayur-sayuran selain menjadi tempat berehat sekeluarga. Kini semua kehidupan telah mati dan pasir menjadi hitam,� katanya.

Ketua Unit Peladang Kampung Tanjung Layang, Saharudin Mohd. Said pula berkata, ramai penduduk di kawasan itu terpaksa mencari kerja di luar kampung untuk terus menyara keluarga masing-masing.

��Tinggal di kampung pun tidak ada guna. Bukan boleh turun ke laut lagi,� katanya.

Itulah rungutan para penduduk di kawasan terbabit ekoran legasi penternakan babi tidak terkawal oleh bekas kerajaan BN Selangor.

Jadi apakah langkah penyelesaiannya? Adakah dengan hanya mengeluh dan menunjuk perasaan masalah itu boleh selesai? Apatah lagi ladang-ladang babi yang tumbuh bagai cendawan di daerah Sepang wujud sejak berpuluh tahun lalu di bawah 'perlindungan' kerajaan BN?

Pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa kerajaan negeri meluluskan cadangan membina ladang ternakan babi moden di Kampung Tumbuk, Kuala Langat perlu disambut baik penduduk jika mahu isu ini diselesaikan segera.

Kawasan yang dicadangkan juga terletak di kawasan Sepang yang telah pun menjadi tapak utama ladang babi.

Sehubungan itu, wakil-wakil penduduk sepatutnya mengambil inisiatif bertemu dan berbincang dengan kerajaan negeri untuk memberi cadangan dan input berguna bagi mempastikan usaha memusat dan menternak babi secara terkawal ini berhasil.

Para penduduk Melayu di kawasan terbabit perlu lebih berhati-hati dan tidak terikut-ikut dengan hasutan kumpulan desperado politik yang mahu menangguk di air keruh.

Ketika kumpulan desperado ini memerintah negeri, tiada sebarang langkah proaktif diambil bagi menyelesaikan masalah ternakan babi secara berleluasa ini. Malah ternakan babi secara tidak terkawal bukan sahaja berlaku di Sepang, Selangor, malah di Paya Mengkuang, Melaka dan Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan - negeri kubu kuat Umno dan BN.

Sikap tidak bertanggung jawab BN ini diserlahkan lagi oleh kenyataan bekas MB Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo.

Ketika menjawab penjelasan Abdul Khalid bahawa projek itu telah diluluskan oleh kerajaan BN negeri, dan kerajaan Pakatan Rakyat hanya meneruskan apa yang dirancang; Mohd Khir yang kini dilanda sindrom mudah lupa memberi kenyatan berikut:

�Kerajaan negeri dahulu hanya bersetuju meluluskan projek untuk skala kecil, itu pun belum ditetapkan lokasinya.

�Kalau penduduk setempat membantah atau penternak tidak bersetuju, kita akan batalkan projek itu,� katanya dengan muka selamba.

Begitulah tahap kredibiliti beliau di mata umum sama seperti penafiannya terhadap perjanjian perbekalan air yang dimeterai dengan Puncak Niaga (yang didapati merugikan rakyat) sehari sebelum tarikh pilihan raya umum 2008!

Baru sebulan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Selangor dan babi bukan satu-satunya masalah warisan kerajaan BN negeri yang perlu diselesaikan kerajaan baru. Banyak isu-isu lain yang perlu diberi perhatian utama seperti masalah perumahan rakyat dan pembangunan tidak terkawal yang mencemar alam sekitar.

Tidak seperti bekas kerajaan BN negeri yang angkuh dan sombong bila berhadapan rakyat, kerajaan negeri Pakatan Rakyat pastinya lebih mesra dan mengutamakan kebajikan rakyat.

Demonstrasi perlu bagi menghadapi kerajaan yang angkuh dan enggan menerima pandangan rakyat. Ia jalan penyelesaian akhir yang dibolehkan demokrasi walaupun dimomokkan sebagai 'haram' oleh BN dan media yang dikuasai mereka.

Tetapi sebelum berdemonstrasi dan terpengaruh dengan hasutan golongan desperado politik untuk berdemonstrasi, adalah lebih baik untuk para penduduk - rakyat Selangor - untuk berdialog dan menyatakan pandangan mereka kepada kerajaan rakyat yang memerintah.

Rasanya, Menteri Besar dan anggota Exco Kerajaan Negeri tidak keberatan untuk menerima kunjungan para pemimpin masyarakat Melayu Sepang bagi berbincang dan menyelsaikan masalah yang diwarisi daripada kerajaan BN negeri ini.

Lagi kebiadaban BARUA UMNO...Cabul Hakl MAHASISWA>>.SENAT UIA KUDA_KUDA UMNO

UIA mula bertindak ke atas aktivis Parti Mahasiswa
Intan Abdullah
Thu | Apr 10, 08 | 11:37:19 am MYT





HAMIDON ABDUL HAMID
Deputy Rector
(Student & Alumni Affairs)


KUALA LUMPUR, 10 April (Hrkh) - Pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) didakwa tidak profesional dalam mengendalikan kes seorang mahasiswanya, Meor Isfandi Meor Azizan yang tamat pengajian yang kini menghadapi pertuduhan terlibat dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Kesan daripada pertuduhan tersebut, Meor ditahan dari menerima pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional yang terakhir di samping melarang beliau mengambil transkrip keputusan penuh peperiksaannya.

Dalam suratnya kepada Harakahdaily, Meor mendakwa tindakan UIAM menggantung dan menafikan haknya sebagai tidak profesional kerana beliau belum dibuktikan bersalah melakukan kesalahan-kesalahan sepertimana pertuduhan.

Beliau juga mendakwa pihak universiti hanya menghubunginya menerusi telefon dan menggunakan email sahaja bagi tujuan memaklumkan kepadanya untuk hadir ke prosiding yang telah ditetapkan pada 8 April.

Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, Meor dimaklumkan pula bahawa prosiding tersebut sekali lagi ditangguhkan tanpa sebarang alasan diberikan.

Selain itu, beliau turut mempertikaikan tindakan UIAM yang dikenakan ke atasnya setelah beliau menyempurnakan pengajian pada November tahun lalu.

"Adakah saya masih berstatus pelajar kerana saya tidak mengikuti apa-apa subjek di universiti, tidak membayar yuran pengajian dan penginapan?

"Adakah saya dikira bersalah jika saya mencari apa-apa kerja yang lain dan terlibat dalam mana-mana parti politik, NGO dan sebagainya selepas saya menamatkan pengajian saya?" katanya ketika dihubungi Harakah.

Jelasnya, pihak UIAM turut menuduh penglibatannya dalam menubuhkan sebuah parti politik mahasiswa, Parti Mahasiswa Negara (PMN) yang tidak mendapat kelulusan daripada pihak universiti.

Pihak UIAM telah menghantar surat pertuduhan kepadanya dan mendakwa penglibatannya dalam pilihan raya umum lalu yang jelas melanggar peraturan universiti.

"Disebabkan itu, pihak UIAM telah menahan saya dari menerima PTPTN yang terakhir dan melarang saya untuk mengambil transkrip penuh dari universiti," ujarnya.

Oleh sebab itu, beliau mengalami kesukaran untuk memohon mana-mana kerja kerana gagal mengemukakan transkrip keputusan penuh pengajian dan mungkin juga beliau akan ditahan dari menerima ijazah sewaktu konvokesyen nanti disebabkan kelewatan menjelaskan yuran terakhir dan melakukan penjelasan-penjelasan teknikal lain yang perlu dilaksanakan oleh seorang graduan. - mr

Saba' keluarkan AKHBAR memberi kefahaman sebenar ISLAM kepada MASYARAKAT

Saba terbit akhbar alternatif untuk umat Islam
Salmiyah Harun
Fri | Apr 11, 08 | 6:49:11 am MYT

KUALA LUMPUR, 11 April (Hrkh) - Saba Islamic Media melangkah setapak lagi dengan menerbitkan sebuah akhbar 'The Criteria' yang memberi imput alternatif kepada umat Islam baik di Malaysia mahupun luar negara.

'The Criteria' yang sepenuhnya berbahasa Inggeris mula diterbitkan pertama kali pada akhir November 2007 dengan skala sebulan sekali.

Menurut Pengarah Urusan Saba Islamic Media, Sabariah Abdullah ketika melancarkan 'The Criteria' semalam, penerbitan akhbar itu sebagai platform kepada umat Islam memberi artikel semasa dalam dan luar negara.

Beliau juga akan menjadikan 'The Criteria' salah satu akhbar yang mempunyai mesej Islami yang tepat dan padat dengan fakta-fakta yang boleh dipercayai.

"Kita siarkan berita bukan yang ditokok-tambah tetapi maklumat benar apatah lagi cerita-cerita yang sensitif yang boleh dibaca oleh orang Islam dan bukan Islam," katanya.

Saba turut melancarkan 'The Criteria online' yang menyediakan berita setiap hari di lama web www.criteria.com.my.

"Berita dan artikel 'The Criteria' tepat dan padat, tidak rugi kita melanggan akhbar ini,"katanya yang berharap akhbar itu akan menjadi akhbar mingguan.

Akhbar berkenaan turut mendapat kerjasama erat dengan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim).

The Criteria mempunyai 20 halaman yang mengandungi lapan kandungan utama antaranya personaliti, teknologi, pelancongan, rencana, kesihatan dan sukan.

Dalam pada itu, seorang pembaca Saadiyah Akashah yang ditemui selepas pelancaran itu berkata, kemunculan akhbar seperti 'The Criteria' amat dialu-alukan.

Beliau berpendapat, akhbar itu perlu mencari sedikit kelainan dari segi pemberitaan yang lebih terperinci terutama mempelbagaikan pihak yang memberi pandangan.

" Kalau boleh jangan mengikut rentak akhbar arus perdana sebaliknya menyerlahkan fokus utama yang lebih mendalam,"katanya. - mks.

7 Apr 2008

Universiti Rumah Lahirkan Mayat Hidup



Universiti adalah 'rumah penyembelihan' - Sayyid Abul 'Ala Maududi
Ali Bukhari Amir
Wed | Mar 26, 08 | 3:36:35 pm MYT

Sedang saya mengembara dan berkelana sendirian di lautan maklumat maya yang bergelora atau dalam bahasa penjajahnya; 'internet' saya menemui sebuah petikan ucapan yang menarik untuk kita renungi bersama:-

"Dear students! You have spent many years of your life at this institution to acquire education. You have eagerly been waiting for the day when you will reap the harvest of your labour in the form of a degree. I am aware of your emotions on this occasion, and that is why it pains me to express my thoughts so bluntly.

Frankly speaking, I consider this Alma Mater, in fact all Alma Maters of this kind, slaughter houses rather than educational institutions. The degrees to be awarded are in fact death certificates, issued when the murderer is satisfied that he has accomplished his task; fortunate are those who escape from this organised butchery with still some spark of life.

I have not come here to congratulate you on receiving these death certificates. I am, rather, overwhelmed with grief to see you in such a miserable plight. I am like someone seeking a person who might still be alive among a mass of corpses."

Ucapan di atas adalah titipan bicara Sayyid Abul 'Ala Maududi (1903-1979) kepada kaum mahasiswa yang melihat universiti sebagai 'rumah penyembelihan' yang mencetak segulung 'sijil kematian'. Berikut adalah terjemahannya dalam bahasa Melayu:-

"Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat di mana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus-terang kepada kamu pada saat ini.

Walaubagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.

Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk. Aku seperti seseorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat di sini."

Tamat petikan ucapan Abul 'Ala al-Maududi.

Sama ada kita mahu bersetuju atau tidak, hal itu terpulang kepada pandangan masing-masing. Tetapi, jika diteliti dengan rinci terasa ada kebenaran dalam ucapan tersebut. Sebenarnya, apa peranan tertinggi kaum pelajar? Apa hubungan pelajar dengan masyarakat dan rakyatnya? Apa tujuan universiti ditubuhkan dan apa kaitan kena-mengenanya kaum kapitalis dengan universiti?

Mari kita tinggalkan dahulu soalan ini kepada sesiapa yang suka menjawabnya �

Universiti bagaikan 'rumah penyembelihan'?

Kembali kepada ucapan al-Maududi. Meneliti ucapannya, kita melihat sepertinya beliau sudah tidak lagi mempercayai universiti. Mungkin universiti itu di luar negeri atau di Pakistan. Beliau tidak mengupas dengan lebih rinci. Oleh itu, mari kita anggap semua universiti sama saja sifatnya; 'rumah penyembelihan'. Dan pelajar itulah yang akan disembelih. Penyembelih, mungkin TNC HEP atau Kementerian Pengajian Tinggi.

Tapi jangan lupa. Al-Maududi mungkin telah hilang kepercayaan ke atas universiti sebagai 'rumah penyembelihan'. Tetapi beliau masih menaruh harapan tinggi ke atas mahasiswa-mahasiswa yang diucapkannya sebagai:-

"Alangkah bertuahnya kepada mereka (mahasiswa) yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan."

Lalu, al-Maududi menyifatkan dirinya sebagai:-

Aku seperti seseorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat di sini."

Secara ringkasnya kita boleh membuat kesimpulan awal bahawa al-Maududi mungkin hilang rasa percaya ke atas sistem pendidikan universiti, tetapi masih menaruh harapan tinggi ke atas para mahasiswa universiti. Sebab itulah beliau menafsirkan dirinya sebagai seorang pencari 'manusia (mahasiswa) yang masih hidup dalam timbunan mayat' di rumah penyembelihan yang bernama universiti.

Tapi, tidak diketahui apakah punca al-Maududi berkata demikian. Mungkin, beliau telah dihalau daripada memberi ceramah di universiti seperti UKM membatalkan ceramah mengenai Palestin kerana panel jemputannya dikatakan tidak serasi dengan pihak atasan UKM pada tahun lalu.

Atau, beliau mungkin kecewa ke atas sejenis sistem berhutang yang dikenakan terhadap pelajar yang belajar di universiti yang mana kadar faedahnya (riba) membebankan pelajar sehinggakan hal itu diibaratkan beliau sebagai tindakan menyembelih pelajar laksana PTPTN menyembelih mangsanya?

Ini semua adalah teka-teki yang belum dapat dirungkai dan menjadi sebuah misteri yang belum terungkap dengan jelas kebenarannya. Khaled Nordin belum tentu dapat jelaskan hal ini kerana beliau masih baru menjawat jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi.

Sepatutnya, Khaled membawa isu ini dibincang di UTM ketika beliau membawa lambang Umno, BN di UTM sebelum pilihan raya lalu kalau beliau tahu Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi akan melantiknya kepada jawatan berkenaan sebagai suatu langkah persediaan.

Ini kerana, pelajar yang sedar dan yang enggan disembelih telah pun muak, loya serta melugai dengan kenyataan terbaru Kementerian Pengajian Tinggi berhubung cadangan pindaan Auku. Ini sudah pasti akan melibatkan pindaan mengikut suka hatinya, pelajar dan pensyarah yang rela hidung mereka dicucuk hari ini untuk disembelih pada keesokan harinya.

Mahasiswa dan pensyarah yang tidak rela hidung mereka dicucuk untuk disembelih sudah pun menghidu bahawa pindaan Auku 1971 ini tidak bertujuan memansuhkan artikel 15 (1), (2), (3) dan lainnya yang memberi kebebasan kepada warga kampus berpolitik dan menjalankan kegiatan akademik yang ada kaitannya dengan politik negara.

Jadi, mana mungkin Khaled akan terfikir kedudukan universiti sebagai 'rumah penyembelihan' sebagai yang dilontarkan al-Maududi pada awal-awal perbincangan tadi.

Kepada golongan pakcik makcik kita yang pernah mengikuti silibus atau kurikulum usrah-usrah sejak 1970-an dahulu tentunya terdedah dengan kupasan al-Maududi dan Hasan al-Banna di dalam usrah mereka. Dalam erti kata lain, pemikiran al-Maududi dan al-Banna adalah seangkatan zaman.

Suatu masa dahulu saya pernah menulis sedikit di ruangan ini tentang betapa tingginya harapan al-Banna terhadap golongan mahasiswa sehingga beliau membuat suatu muktamar rapat umum khas untuk menyampaikan wasiat kepada golongan pelajar. Maka, demikian dengan al-Maududi. Harapannya menggunung. Cuma, penyampaiannya sedikit berbeza bercampur nada kecewa.

Hubungan pelajar dan rakyat amat erat

Makcik Hamsiah, 53, seorang suri rumah dari Kelang melihat golongan tua yang baru pulang dari Mekah kerana menunaikan fardhu haji boleh dianggap sebagai graduan dari 'universiti' Allah.

"Sepatutnya, datuk nenek yang sudah mendapat 'ijazah' kerana menunaikan haji di Mekah ini akan kembali ke pangkuan keluarga dan menasihatkan cucu-cicit dan anak-anak mereka supaya jangan terpengaruh dengan kehidupan dunia yang bersifat sementara.

"Tapi, realiti yang terjadi kini sudah berbeza. Mereka kembali dan cuma menjamu para tetamu dengan kurma dan air zam zam. Mereka seolah-olah terlupakan urusan dakwah kepada keluarga masing-masing," kata makcik itu kepada saya dulu.

Saban tahun, kita mendengar dan melihat paparan kisah pelajar sekolah rendah dan menengah yang mendapat keputusan terbaik dalam UPSR, SPM dan STPM. Di universiti, kita akan melihat hal yang sama berlaku. Tapi, dengan ilmu mereka, apakah masyarakat berubah menjadi baik?

Inilah madrasah tarbiyyah peninggalan Rasulullah s.a.w yang diwarisi al-Banna dan al-Maududi. Misalkan Gua Hira' adalah 'universiti' terpencil tempat baginda berkhalwat dan bersuluk hingga didatangi mahaguru Jibril a.s yang menyampaikan wahyu pertama.

Sesudah itu baginda turun daripada gua untuk menyebarkan dakwah dan risalah kebenaran. Dan kaedah inilah yang cuba diterapkan oleh al-Banna di mana usrah menjadi tempat berhimpunnya para sahabat untuk mengkaji al-Qur'an untuk disebar kepada keluarga dan masyarakat sekitar.

Usrah itu medan akliah, lapangan akademik yang bertenaga memancarkan sinar pencerahan ke atas masyarakat sekitar. Sememangnya, begitulah cara sinar-sinar kebenaran itu terhimpun dan terkumpul di suatu tempat, lalu limpahan sinar itu tercurah ke lembah gelap yang lain pula.

Sudah berapa banyak sekolah didirikan? Sudah berapa banyak 'universiti dhirar' dibina? Tapi, ada berapa banyak kes jenayah diselesaikan? Musa Hassan datang berceramah tentang jenayah di USM pun cuma untuk menyindir Kelantan banyak jenayah, apa kes? Patutlah jenayah makin teruk menjadi-jadi. Dua SB dihantar untuk merakam (menyembelih?) ucapan NC USM, apa kes?

Tepatlah, universiti sekarang sudah berubah menjadi 'rumah penyembelihan'. Sekolah-sekolah, universiti-universiti tidak lagi berperanan sebagai Gua Hira' tempat Nabi Muhammad bertemu mahagurunya; Jibril a.s dan tidak seperti Buddha menerima pencerahan di bawah pokok Bodhi.

Tidak ramai pelajar bertindak sebagai nabi-nabi

Sudah tidak ramai lagi kaum terpelajar yang bersikap bagai nabi-nabi, rasul-rasul dan wali-wali yang menyendiri, bersuluk, berkhalwat di sebuah tempat yang sunyi. Dan, akhirnya setelah dia mencapai pencerahan atau menerima wahyu daripada 'universiti', mereka keluar menyebarkan risalah agama. Selepas berijazah, mereka mencari kerja dan bernikah. Itu saja.

Alangkah mulia dan keramatnya seorang kanak-kanak tadika, Pasti dan Taski yang belajar doa makan dan minum daripada ustazahnya. Dan, apabila makan minum bersama keluarga, anak itu akan menegur ayah dan ibunya: "Kenapa abi dan umi tidak baca doa dulu sebelum makan?"

Jikalau al-Maududi masih hidup, tentu beliau berkata lebih kurang begini: "Yang belum menjadi 'rumah penyembelihan', hanya tadika, Pasti dan Taski dan kindergarten sahaja."

Dalam tradisi pendidikan Islam warisan Hujjatul Islam Imam Abu Hamid al-Ghazali, antara peranan ilmu ialah mendidik jiwa agar lunak dan patuh kepada Allah. Tetapi, menurut al-Ghazali, dalam proses didikan itu, apabila sampai waktunya, guru perlu meninggalkan sang murid kerana hati murid itu sudah tidak dapat lagi dirawat.

Dalam suasana masyarakat hari ini, mahasiswa, rakyat atau golongan bawahan kita masih lagi boleh dirawat kerana dalam hati mereka sentiasa ada sikap merendah diri dan ingin bertaubat apabila dirundung masalah. Kita hanya berdepan dengan masalah orang atasan. Buktinya, walaupun kalah dalam pilihan raya, mereka masih belum berubah dan angkuh mempertahankan kuasa sehingga sanggup menderhaka kepada sultan. Mereka ini tidak boleh dirawat lagi.

Bak kata Fansuri, "Melentur buluh biar daripada rebungnya. Nanti apabila jadi buluh, dia boleh berkata kepada musuhnya, sekarang bertemulah buku dengan ruas. Atau, bolehlah dibuat rakit untuk berkelana dan mengembara mencari pengetahuan. Tapi, kalau buluh itu tidak kuat juga, barulah 'disembelih' untuk diisikan pulut dibuat lemang pada akhirnya."

6:13 pagi, 26 Mac 2008
Sekolah Pemikiran Kg Baru.

5 Apr 2008

TNC HEP KECUT PERUT.

TNC HEP UKM dikatakan kecut perut selepas tindakannya menghalang MB Kedah turun ke dalam kampus atas satu tiket jemputan oleh persatuan anak-anak Kedah dipersoalkan masyarakat.

Sumber dalaman mengatakan beliau memohon maaf kepada Sultan dan kepada wakil mahasiswa anak negeri Kedah menggunakan telefon.

Insiden seperti ini tidak seharusnya berulang lagi memandangkan ia akan mencemarkan institusi universiti.

Insiden yang berlaku boleh di lihat dalam blog lepas.

Apa-apapun sepatutnya memang ia memohon maaf ,cuma liputannya mungkin dirahsiakan untuk menjaga maruah universiti (UKM).

Syabas TNCHEP anda melakukan sesuatu yang betul

UMNO guna YAHUDI menagi PRU

Tidak ragu lagi. Pernah suatu masa aku berbincang dengan beberapa sahabat yang lain, mereka membangkitkan berkaitan isu UMNO pernah menggunakan YAHUDI bagi mendapatkan dana untuk perjuangan sekular mereka.

Nah sekarang sudah terjawab dengan pendedahan hubungan diplomatik ini.Anda menilai.....





Terjemahan:


Perdana Menteri,
Jabatan Perdana Menteri,
Blok Barat, Aras 3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia

------------------------- ------------------------- ----------------------

SULIT No Ruj: PM/Pers/AHO/01/121 Jld 1

Tarikh : 16 Ogos 1999

Yang Dihormati Encik Ehud Barak, Pertama-tamanya bagi pihak UMNO, Barisan Nasional dan Kerajaan Malayisa dan juga bagi seluruh Rakyat Malaysia, Saya ingin menyatakan setinggi-tinggi tahniah dengan pemilihan tuan sebagai Perdana Menteri. Walaupun terlambat sedikit, kami mendoakan kejayaan tuan dalam kerjaya pada masa kini dan pada masa akan datang.

Sepertimana yang tuan sudah maklum, Menteri Luar saya, Encik Syed Abdul Hamid Albar akan menemani saya pada sessi yang seterusnya di Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang akan berlangsung di New York pada bulan September. Saya dengan tulus ikhlas berharap satu perjumpaan dapat diatur dengan Menteri sejawat dengannya iaitu Encik David Levy untuk membincangkan pengumpulan dana untuk parti saya bagi menghadapi pilihanraya umum di Malaysia. Saya percaya, melalui kecekapan dan kwibawaan pihak tuan, kita boleh berhubung dengan 'Tabung Clinton' untuk tujuan menghancurkan Perjuangan Para Pejuang Islam di Malaysia.

Adalah terlalu awal untuk menyatakan ini tetapi ingin saya menyatakan sekali lagi kesetiaan saya pada perjanjian yang telah ditandatangani dan dipersetujui pada tahun 1985 yakni pihak tentera US boleh menggunakan pengkalan tentera kami pada bila-bila masa sebagai balasan kepada bantuan kewangan ini. Adalah diharap agar pihak tuan dapat menyampaikan mesej ini kepada Yang Dihormati Puan Madeleine Albright.

Adalah menjadi satu harapan saya jika dapat membentuk pendekatan baru dalam menubuhkan perhubungan diplomatik dengan Tel-Aviv walaupun saya terpaksa meyakinkan anggota-anggota kabinet dalam kerajaan dan juga rakyat untuk mengelakkan wujudnya penentangan yang tidak diingini.Dengan ini, saya menghargai kerjasama dan harapan yang diberikan oleh Jabatan Negeri Amerika Syarikat.

Sekali lagi saya bagi pihak parti, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan mendoakan kejayaan tuan.

Yang benar



tt.mahathir
.................. .....



s.k. Duta Malaysia ke USA

sumber;

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&f

4 Apr 2008

Cina dan India sudah berubah, Melayu bila lagi????

Dr Rosli Yaakop
Fri | Mar 28, 08 | 10:38:25 am MYT
"Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah ia bersama. Hartanya dan segala yang diusahakannya tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemuggah kayu api. Di lehernya sejenis tali dari tali-tali yang dipintal." (Ayat 1-5, Surah 111, Al-Masad).

Tanpa diduga, Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu (PRU Ke-12) menimpakan lipatan maut kepada gabungan 14 parti Umno-Barisan Nasional (BN) sekali gus mendedahkan bahawa parti itu bukannya kebal. Inilah keputusan pilihan raya yang terburuk bagi BN dalam sejarah.

Ia menghantar 'shock-wave' ke seluruh negara lalu menghumbankan pemimpin dan penyokong BN ke dalam keadaan tergamam dan tidak percaya. Pemimpin dan penyokong pakatan BA terkejut gembira kerana menerima bonus di luar dugaan.

BN dilanda tsunami

Dosa-dosa yang lakukan terhadap rakyat, khususnya sedari zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri hingga kini akhirnya menemukan BN buku dengan ruas dengan kuasa keramat rakyat. Di atas kapangan dosa itulah BN membina kekuasaan dan kerana kapangan dosa itu pula rakyat menjatuhkan hukuman. BN dilanda tsunami, ditimpa malang yang ditempa sendiri. Allah itu Maha Besar lagi Maha Adil.

Keputusan PRU Ke-12 jelas menunjukkan bahawa kuasa keramat rakyat menimpakan pukulan maut kepada BN. Ia hilang kuasa di empat buah negeri dan Wilayah Persekutuan Dengan buaian kuasa keramat rakyat memihak kepada pakatan PAS-PKR-DAP (BA), ia berjaya menawan negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor dan mengekalkan kerajaan PAS Kelantan. BA menawan 10 daripada 13 kerusi parlimen Wilayah Persekutuan.

Serangan ganas BN ke atas kerajaan PAS Kelantan dengan selogan 'Merawat Rakyat Kelantan' telah dikalahkan dengan pukulan maut.

Rakyat Kelantan betul-betul menghayati slogan 'Masa untuk Berubah' meninggalkan BN dalam skala besar. Umno Kelantan kini merawat luka yang parah.

PAS memasuki PRU Ke-12 dengan cita-cita untuk mempertahankan Kelantan dan menawan kembali Terenggagu. Pakatan BA pula bercita-cita untuk menafikan majoriti dua pertiga kepada BN. Cita-cita untuk merampas pemerintahan dari kerajaan BN memang ada tetapi ia tidak mampu dilafazkan dengan terbuka kerana keyakinan yang ada hanya samar-samar. Namun, dalam tempoh berkempen, pemerhati politik telah mengesan perkembangan yang menyebelahi BA.

Unjuran

Wujud unjuran bahawa BA mampu memenangi sehingga 40 kerusi Parlimen di seluruh negara. Pada saat terakhir sebelum hari pengundian pada 8 Mac, wujud pula ramalan di mana BA akan memenangi sehingga 70 kerusi Parlimen dan akan menawan beberapa buah negeri di samping mempertahankan Kelantan. Pemimpin BN tertekan dan terjebak di dalam keadaan di antara percaya dan tidak percaya. Sesuatu yang drastik perlu dilakukan segera lalu diarah SPR membatalkan penggunaan dakwat secara unilateral supaya di sana wujud ruang untuk memanupulasi perjalanan pilihan raya. Serangan media diperhebatkan. Semuanya terbukti terlambat.

Mimpi ngeri menjadi kenyataan pada dini hari 9 Mac. Dengan tiba-tiba dan tanpa diduga, BN runtuh dilanda tsunami. Lidah pemimpin kelu tidak mampu berkata-kata. Sidang media dinihari 9 Mac tertangguh begitu sahaja. Soalan wartawan tidak mampu dijawab. Abdullah dan Najib tidak keluar suara. Angkat tangan pun nampak tidak bermaya. Mereka tergamam dan terkejut.

PAS gagal di Terengganu

PAS gagal menawan semula negeri Terengganu tetapi luka dan kesedihan dari kekalahan ini terawat bila kuasa keramat rakyat menghasilkan kemenangan besar kepada BA di lima buah negeri dan Wilayah Persekuatan. PAS menambah negeri Kedah ke bawah naungannya.

Di samping itu, BA berjaya membina tapak di negeri-negeri lain termasuk kelahiran sulung Dun PAS di Negeri Sembilan apabila Mohd Taufek Abdul Ghani, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan memenangi kerusi Dun Paroi dalam Parlimen Rembau dengan majoriti selesa 1107 undi. Kecuali negeri Melaka, Sabah dan Sarawak, PAS sudah ada wakil di Dun setiap negeri.

Kuasa keramat rakyat juga memungkinkan BA menimpakan pukulan maut kepada parti-parti MCA, MIC, Gerakan dan PPP, rakan kongsi kanan Umno. Kecuali pemimpin tertinggi MCA (Ong Ka Ting), pemimpin tertinggi MIC (S Samy Vellu), Gerakan (Dr Koh Tsu Koon) dan PPP (M Kayveas) kecundang.

MIC hilang kesemua kerusi parlimen kecuali 3. MCA hanya menang 17 kerusi parlimen daripada 40 yang diperuntukkan kepada parti itu. Gerakan hilang kesemua kerusi Parlimen yang diperuntukkan kecuali dua. PPP tidak memenangi sebarang kerusi.

Enggan letak jawatan

Bagi Abdullah Badawi, beliau kehilangan sokongan rakyat negeri beliau sendiri - Pulau Pinang. Hanya beliau dan Nor Mohamed Yackop (orang yang dikatakan telah menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugiaan berbilion-bilion ringgit dalam spekulasi haram pertukaran wang asing yang dilakukan oleh beliau dengan menggunakan akaun-akaun pegawai bawahan beliau) yang menang, masing-masing di parlimen Kepala Batas dan Tasik Gelugur. Yang lainnya dimenangi DAP (7) dan PKR (4) sekali gus menimbulkan persoalan: Apakah layak bagi beliau untuk terus memimpin kerajaan BN?

Kesemuanya, seramai 4 Menteri dan 10 Timbalan Menteri BN tumpas. Juga, ramai Setiausaha Parlimen kecundang.

Gesaan, termasuk dari mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir dan ahli parlimen Jerlun, Kedah yang baru, Mukriz Tun Mahathir, supaya Abdullah Badawi mangakui 'anak yang lahir' dan meletakkan jawatan tidak dihiraukan.

Telur di hujung tanduk

Kalau ditolak kerusi parlimen Sabah dan Sarawak, BN hanya memenangi 84 kerusi berbanding 80 yang dimenangi BA. Ini bermakna BN sudah hampir kalah di Semenanjung dan kalaulah tiada rakan kongsi dari Sabah dan Sarawak, BN sudah hilang kuasa. Kedudukan kerajaan BN sudah seperti telur dihujung tanduk. BA hanya memerlukan 30 kerusi lagi untuk mendapat majoriti mudah (112) dalam Parlimen.

Sekiranya sesuatu berlaku sehingga membawa sebahagian ahli Parlimen Umno di Semenanjung dan Sabah dan ahli parlimen Sarawak menyeberang ke BA, kedudukan kerajaan BN boleh tergugat. Apakah ini yang menjadi maksud apabila Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI), Penasihat PKR menyatakan bahawa BA bukan 'an opposition Government' tetapi 'a Government-in-Waiting'? Dalam politik pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Memang umum mengetahui bahawa DSAI mempunyai rakan karib dalam Umno dan mempunyai hubungan peribadi yang akrab dengan pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak. Tidak boleh ditolak bahawa beliau mungkin merancang untuk merealisasikan kerajaan BA.

Masa untuk berubah

Kekalahan teruk parti MCA, MIC dan Gerakan menunjukkan perubahan ketara di dalam cita rasa politik kaum Cina dan India. Kuam Cina secara masif menolak MCA dan Gerakan lalu memberi sokongan padu kepada DAP dan PKR dan juga PAS sementara kaum India pula, juga secara masif, menolak MIC lalu memberi undi kepada DAP dan PKR dengan limpahan kepada PAS. Ini berlaku khususnya di negeri Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Hanya di negeri Johor, Pahang, Melaka, Sabah dan Sarawak kaum Cina memberi sokongan padu kepada BN khasnya parti komponen BN yang berasaskan kaum Cina.

Perubahan di kalangan pengundi Melayu tidak merata dan pada keseluruhan, skalanya tidak sebesar perubahan yang lakukan oleh kaum Cina dan India.

Di Kelantan, perubahan cita rasa politik orang Melayu yang ketara memberi kemenangan besar kepada PAS. Umno membiayai kepulangan anak Kelantan yang bekerja dan bermastautin di luar Kelantan dengan harapan mereka mengundi calon-calon UMNO tetapi sebaliknya berlaku. Mereka mengundi calon PAS.

Di Sabah pengundi Melayu dan Bumiputera yang lain masih lagi tidak berganjak. Mereka terus memberi sokongan padu kepada UMNO dan parti komponen BN yang lain.

Di negeri-negeri Selatan Semenanjung - Johor, Melaka dan Negeri Sembilan yang memang terkenal sebagi kubu Umno -sokongan orang Melayu kepada PAS dan PKR semakin meningkat tetapi belum lagi mencapai skala yang memungkinkan calon kedua parti ini meraih kemenangan besar.

Di Negeri Sembilan, sedikit peningkatan pengundi Melayu yang menyokong calon PKR dan PAS dibantu pula oleh buaian (swing) ketara pengundi Cina dan India telah memungkinkan PKR meraih empat kerusi Dun (Sikamat, Ampangan, Port Dickson dan Chuah) dan satu kerusi parlimen (Teluk Kemang) dan PAS pula memenangi Dun Paroi. Kesemua ini adalah kawasan bandar. Teluk Kemang ialah bandar pelancongan sementara Paroi, Ampangan, Sikamat, Port Dickson dan Chuah adalah bandar-bandar baru (new township).

Hampir di kesemua kawasan parlimen dan DUN, majoriti calon BN terus menguncup. Di parlimen Rembau misalnya, majoriti kemenangan calon BN merosot daripada dari 10,000 dalam PRU11 kepada sekitar 6,000 dalam PRU Ke-12 ini.

Umno bagaimana pun, terus menguasai Melayu kampung yang nampaknya sukar berubah. Calon PAS bertanding di kawasan di mana pengundi Melayu merupakan dua pertiga dari seluruh pengundi, kesemuanya berdepan dengan calon Umno. Semua calon PAS kalah sekali gus menunjukkan bahawa sokongan orang Melayu Negeri Sembilan kepada Umno masih teguh di kawasan kurang maju yang merupakan 'Malay heartland' di Negeri Sembilan seperti Jelebu, Kuala Pilah, Tampin dan kawasan didominasi peneroka Felda Jempol.

Perubahan pengundi Melayu di negeri Johor telah memenangkan dua calon PAS di DUN Sungai Abong dan Dun Maharani. Di Melaka terdapat peningkatkan besar dalam undi yang diperolehi calon PAS hampir di semua kawasan tetapi skalanya belum cukup besar untuk menukar kekalahan kepada kemenangan.

Di Perak, PAS memenangi 6 kerusi Dun menggambarkan bahawa sokong orang Melayu kepada PAS semakin kuat. Persefahaman yang wujud di antara parti DAP, PKR dan PAS dalam PRU Ke-12 ini membolehkan calon PAS meraih undi bukan Melayu. Walau bagaimana pun, perubahan ketara cita rasa politik kaum Cina dan India yang di dalam PRU Ke-12 ini mengundi calon-calon parti pembangkang telah membolehkan BA menerajui kerajaan negeri Perak.

Diperhatikan bahawa cita rasa politik pelbagai kaum turut berubah di negeri Perlis tetapi skalanya masih tidak cukup besar untuk menukar kekalahan BA kepada kemenangan.

Perubahan cita rasa politik pengundi pelbagai kaum di negeri Terengganu sukar dirumuskan kerana di sana ada tuduhan penyelewengan dalam bentuk kehadiran pengundi hantu yang mengelabui penilaian. Penilaian tepat tidak boleh dibuat. Namun, di sana tetap wujud perubahan cita rasa politik pengundi Melayu sekali gus memungkinkan parti PAS menawan semula 8 kerusi Dun dan satu kerusi parlimen. Cubaan pihak PAS untuk meminimumkan kehadiran pengundi hantu telah menimbulkan sedikit huru-hara tetapi pada keseluruhannya, usaha untuk menghalang fenomena pengundi hantu di Terengganu tidak berjaya.

Kaum Melayu Pulau Pinang rata-rata masih teguh bersama Umno. Walau bagaimanapun, sedikit buaian pengundi Melayu yang memihak kepada BA telah memenangkan calon PKR dan mengekalkan kerusi DUN PAS. Bersama-sama kemenangan besar DAP, Pulau Piang jatuh ke tangan BA.

Perpaduan orang Melayu wajib di bawah sepanduk Islam

Arah aliran ketara yang timbul dari PRU12 ialah ia menampakan bahawa PAS semakin mendapat tempat dalam hati orang Melayu. Sekiranya arah aliran ini berkekalan dan mantap, akan dapat dilihat nanti bahawa Umno hanya akan menjadi parti bagi orang Melayu yang didominasi sekularisma sementara orang Melayu yang didominasi pemikiran Islam akan berjemaah di dalam jemaah PAS. Oleh itu, memandang kehadapan maka yang dapat dilihat ialah medan pertembongan Melayu lawan Melayu akan menjadi menjadi medan Melayu didominasi sekularisma lawan Melayu didominasi Islam.

Di sini harus ditekankan bahawa prinsip yang harus, bahkan wajib, menjadi pegangan orang Melayu ialah orang Melayu akan hanya selamat di dunia dan akhirat apabila mereka kembali menghayati Islam sebagai cara hidup. Ketuanan Melayu hanya akan selamat apabila Islam menjadi tunggak ketuanan itu. Status ekonomi, sosial, budaya dan politik orang Melayu akan hanya kembali ke tingkat yang dihormati apabila Islam dijadikan asas perjuangan. Tiada perpaduan sejati dan hakiki bagi umat Melayu kecuali perpaduan di bawah sepanduk Islam. Inilah pengajaran besar untuk umat Melayu yang terhasil dari PRU Ke-12. Ini selari dengan perkembangan Islam seluruh dunia hari ini.

Pecahnya tembok perkauman

Perubahan yang berlaku dalam pola pengundian dalam PRU Ke-12 boleh diringkaskan seperti berikut:

* Pengundi Cina berubah kepada mengundi calon parti DAP dan di kawasan di mana calon DAP tidak bertanding mereka memberi undi kepada calon PKR dan juga kepada colan PAS. Perubahan cita rasa politik pengundi Cina berlaku dalam skala yang cukup besar sehingga melumpuhkan parti berasaskan kaum Cina yang menjadi anggota BN, iaitu, MCA dan Gerakan. Pengundi Cina mengundi calon PAS merupakan satu fenomena baru dalam pola pengundian di Malaysia.

* Perubahan cita rasa politik kaum India amat ketara. Dalam skala yang amat besar, mereka menolak parti MIC dengan memberikan undi mereka kepada parti PKR, DAP dan juga PAS sekali gus memadamkan MIC dari peta politik Malaysia. Juga, pengundi India mengundi calon PAS merupakan satu perkembangan baru dalam politik tanah air.

* Tidak boleh dinafikan bahawa cita rasa politik pengundi Melayu turut berubah di dalam PRU Ke-12 ini sekali gus memungkinkan parti PAS mengekalkan pemerintahan di Kelantan dan menambahkan Kedah ke bawah naungannya. Ini bermakna semakin ramai ahli Umno mengundi calon PAS dan juga calon PKR. Namun, rata-rata, kesetiaan orang Melayu masih pada Umno. Kesetiaan orang Melayu kepada Umno tetap dirasakan dengan ketara di negeri-negeri yang memang terkenal sebagai kubu Umno, iatu, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis dan Sabah.

* Secara perbandingan maka boleh dirumuskan bahawa skala perubahan cita rasa politik dalam PRU Ke-12 ini paling besar berlaku pada kaum India diikuti kaum Cina dan yang paling kecil ialah perubahan di kalangan orang Melayu.

* Untuk pertama kali dalam sejarah negara kita melihat pengundi Malaysia tidak lagi mengundi mengikut jalur kaum di mana pengundi Melayu mengundi calon Umno sahaja dan pengundi bukan Melayu mengundi calon dari bangsa mereka masing-masing. Dalam PRU Ke-12 ini kita melihat pengundi pelbagai bangsa mengundi calon perlbagai bangsa pula sekali gus memecahkan pola pengundian mengikut kaum. Calon PAS terutamanya menikmati ganjaran besar apabila pengunidi bukan Melayu buat pertama kalinya mengundi calon-calon PAS dalam skala yang lebih besar sehingga dengan penambahan sedikit pengundi Melayu yang mengundi calon PAS bersama-sama dengan undi kaum Cina dan India yang lebih besar, telah memungkinkan calon-calon PAS menang dengan majoriti yang selesa di kebanyakan kawasan yang ditandingi.

Sesungguhnya pengundi Malaysia pelbagai bangsa telah manghayati slogan 'Masa Untuk Berubah.' PRU Ke-12 menyaksikan tembok perkauman yang dibina BN telah runtuh. Ketaksuban kaum berakhir.

"Katakanlah (Muhammad). "Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki dan engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa pun yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha kuasa atas segala sesuatu." (Ayat 26, Surah 3, Ali Imran)

Dhaka, Bangladesh, 15 Mac 2008

UMNO guna politik kotor dalam kampus!!!!






Entah dimana silapnya mana mungkin seorang TNC HEP berlaku biadab dan seolah-olah terlalu melampau latahannya sehingga sanggup mengenepikan mandat Sultan dan rakyat yang memilih wakil atau pemimpin mereka .Naib Canselor UKM,
Prof. Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin terkena palitan arang ini mungkin perlu menasihati anak buahnya dalam melakukan tindakan yang dilihat kurang bijak dalam berdepan dengan isu yang besar ini.



TNCHEP UKM :Prof Dato Dr Mohd Wahid Samsudin.(Inilah KUDA_KUDA UMNO)

Kes yang berlaku berikutan MB Kedah yang tidak dapat menghadiri program dalam kampus dengan alasan tidak mahu mengheret parti politik kedalam kampus merupakan pemikiran paling kampung dilihat di lakukan oleh seorang insan yang bergelar TNCHEP di sebuah kampus di UKM Prof Dato Dr Mohd Wahid Samsudin.

Hebat sangatkah insan ini yang begitu sombang dan sangat sumbang dalam bertindak mendahului dan menafikan mandat SULTAN dan Rakyat dalam memilih pemimpin. Mana rasionalnya sikap seseorang yang mempunyai status pemikiran aras tinggi ini.? Mungkin title PROF patut ditarik semula.

"Alasannya tidak munasabah kerana kenapa Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dibenarkan masuk ke UKM untuk merasmikan Majlis Perasmian Institut Islam Hadhari, sedangkan pada masa yang sama beliau merupakan Presiden Umno.

Kadang-kadang sifat prejudis seperti ini tidak sepatutnya merasionalkan perbuatan seperti ini.Singkirkan sahaja jika ia tidak lagi mampu memimpin kampus dengan baik. Hancur kampus dan hilang idealisme mahasiswa apabila ada seorang TNC HEP yuang cuba melaksnakan dasar pengasingan terhadap sistem politik yang ada.

Bukan ada niat politik pun, seorang MB mahu bersama rakyatnya,...memang itu tanggungjawabnya. Apa - apa pun sebelum menentukan nasib seorang TNC ini. ia perlu memohon maaf kepada MB dan rakyat. Silent protes seperti ini terhadap lantikan pimpinan dalam sistem demokrasi seperti Malaysia sepatutnya perllu ditangani dengan tegas.

Mungkin atas desakan pemimpin UMNO yang gusar dengan perjuangan mereka yang semakin tidak mendapat tempat dihati mahasiswa dan rakyat menyebabkan mereka cuba menyekat PROMOSI terhadap PAS. Kasihan melihat TNC HEP dipergubakan sebegitu rupa.Hilang kredibilitinya dan karismanya sebagai seorang tokoh akademik.

Jelas DOUBLE STANDARD yang diamalkan ...sehingga bagi menyekat MB untuk hadir di lampiaskan dengan alasan yang tak releven dan tidak boleh diterima.

Jelas!! penganjur faham realiti kampus : unsur politik..bukan ceramah politik yang nak diadakan..

Jemputan kepada Azizan Razak dibuat atas dasar beliau sebagai Menteri Besar Kedah yang diberi kepercayaan oleh rakyat Kedah dan diperkenan oleh Sultan Kedah.

"Ia bukan kerana beliau Pesuruhjaya PAS negeri Kedah atau pemimpin BA, kerana pihak penganjur faham dan mengerti peraturan universiti yang tidak membenarkan sebarang pemimpin parti politik untuk masuk ke dalam kampus," tegasnya.

Nah sekarang TNC HEP UKM seharusnya meberi penjelasan terhadap isu ini.

Penentangan jenis apa yang ia cuba lakukan???Bukankah ia sebenarnya yang tunduk dengan politik kotor UMNO???

Harakahdailiy menyatakan: Dato' Dr Mohd Wahid Samsudin melakukan tindakan yang merupakan suatu bentuk penyalahgunaan kuasa sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA).

Prof juga sepatutnya memberikan penjelasan berkaitan turut terlibat dalam strategi membantu Umno menawan Kelantan pada pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini dengan menghantar 1500 mahasiswa.

Pendirian yang tidak selari dengan tindakannya sendiri. Orang seperti ini tidak seharusnya di berikan penghormatan kerana gagal melaksanakan apa yang ucapkan..

Pembaca seharusnya menilai,mereka cuba memomokkan bahaya bahana politik dalam kampus .Sedangkan kita pun sendiri jelas dan faham isu yang cuba dibawa, bahkan PAS juga menghormati institusi UNIVERSITI.Bukan semberono sahaja kita memperbodohkan UNIVERSITI untuk politik..jauh sekali. Golongan intellek perlu melihat sudut ini dengan lebih matang dan lunak. Bukan atas dasar kepartian.

Apa salah seorang pemimpin berjumpa rakyatnya???Persoalan besar yang perlu dijawab PROF...

1 Apr 2008

Era Pasca PRU12

Kehancuran UMNO memuncak sehingga kini.

Paling haru PM..PAK LAH BADAWI yang kini mungkin ditimpa sakit jantung mengejut berikutan bahana tekanan yang diterima dek kekalahan parti yang diterimanya dalam pilihanraya ke12.

Retorika UMNO yang cuba mengheret rakyat kepada doktrinnya tidak menjadi kepada rakyat pada kali ini. Kelihatannya rakyat kini mula beralih arah kepada sesuatu yang lebih boleh diharap dan bergantung berbanding rejim UMNo yang tak habis-habis cuba membuat kacau.

Kewujudan UMNO sekarang ibarat telur dihujung tanduk, retak menanti belah...lebih teruk kewujudannya dan perjuangannya yang retorik ibarat ada tak menambah takda tak berkurang. Walau[un bakal muflis kuasa dalam kerajaan, bahtera kerajaan masih mampu di nakhoda Barisan Alternatif yang lebih terpahat di hati rakyat.

Kesetiaan ahli-ahli UMNo kini teruji, sedih tak hilang..sudah jatuh ditimpa tangga. Kini mereka seolah-olah cuba menutup bagkai gajah dengan nyiru. Kerap juga depa melatah sejak kebelakangan ini. Isu pernderhakaan terhadap Sultan bahkan Agong kita..juga terbukti UMNO lah petualang melayu yang sebenar, sudah terang lagi bersuluh? inilah sikap UMNO dan Kuli Batak UMNO( KPN)..ada double standard dalam menilai kesilapan mereka ? Naah sekarang, mereka terang-terang mencabar institusi kesultanan Melayu, Ketuanan Melayu yang mereka pertahankan kononnya. Mereka punya agenda sulit yang lebih penting dari Sultan sebenarnya. Isu Ketuanan Melayu, Institusi sultan hanyalah alat untuk melunaskan perjuangan mereka di mata rakyat Melayu. Menghisupkan sentimen kemalyuan dan mengapikan semangat perkauman yang berbaur niat jahat.

Kini terlalu banyak keburukan UMNo didedahkan, nahhh kita biarkan si luncai dengan labu -labinya. Kita yang mengggapai kemenagan kini seharusnya mengambil langkah tegap mencipta 1001 lagi kemenangan.

Untuk sampai ketahap ini kita mengambil masa setengah abad. Mungkin ini antara kenangan manis dalam rentetan dan selitan sejarah perjuangan kita mendaulatkan Islam.
Kita berada diatas atau dibawah kita tetap bersama Islam.

Sedarlah saudara ku kemenagan kita ini bukan bernatijahkan kerja kita, kerana rata-rata mengakui kita tidak pun membuat kerja kerana ramai yang berpeluk tubuhsemasa di medan atau tenaga pejuang diperlukan.Kita pun belum bersedia untuk menerima kemenagan sebenarnya. Jika dilihat dari sudut gerak kerja kita, meting lambat, kerja bertangguh, tarbiyyah tak berjalan, usrah tuiang-tuang, ...hakikatnya..Namun Allah kurniakan kita kemenangan dengan bantuan orang kafir.

Terduduk kita , tidak menjagkakan sesuatu seperti ini, tiba-tiba , ramai pula mereka yang menyorokkan semasa perang meletus kini menampakkan muka umpama kura-kura mengeluarkan kepala dari cengkerangnya.Biarkan ia berlalu. Kini suatu episod perjuangan baru pula..

Landskap politik Malaysia telah berubah dalam sekelip mata.bibit -bibit kegemilangan rakyat menyerlah dan bersinar embali. Mahasiswa kelihatannya mungin mampu membawa arus perubahan dalam gerakan Mhasiswa di kampus. Mereka punya suara di kalangan pemimpin yang adil.1001 harapan menggunung dari rakyat Malaysia diletakkan atas bahu kita. Dalam 4 tahun mendatang, jika kita tidak manfaatkan sebaiknya apa yang kita ada, keadaan mungkin berubah sekali lagi.

Begitu ramai orang sok-sek, sok-sek membincangkan dan melontarkan panmdangan bernas dalam era pasca PRU 12 kini. Perlu kita inmgat kemenagan ini harus kita isi secara bersama.kerana ia suatu kerja yang lebih penat dari mencapainya. Kerja tanpa henti dan sudah tentu lebih bannyak tenaga diperlukan. Kebergantungan kita kepada Allah juga perlu lebih kejap dan erat.

Jika Allah memberi kemangan ini, Ia jugalah berhak menariknya.

Apa-apapun kita perlu membina generasi yang lebih lasak berbanding sebelumnya..Tiada lagi meting lambat, usrahtuang, tarbiyyah tak berjalan, markas mati, perpecahan dalaman..dan bermacam-macam lagi masalah.

Kita iltizam dengan jemaah kita dan pemimpin yang kita bai'ah padanya. Moga Allah swt membantu kita dan memudahkan urusan kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger