11 Apr 2008

Lagi kebiadaban BARUA UMNO...Cabul Hakl MAHASISWA>>.SENAT UIA KUDA_KUDA UMNO

UIA mula bertindak ke atas aktivis Parti Mahasiswa
Intan Abdullah
Thu | Apr 10, 08 | 11:37:19 am MYT





HAMIDON ABDUL HAMID
Deputy Rector
(Student & Alumni Affairs)


KUALA LUMPUR, 10 April (Hrkh) - Pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) didakwa tidak profesional dalam mengendalikan kes seorang mahasiswanya, Meor Isfandi Meor Azizan yang tamat pengajian yang kini menghadapi pertuduhan terlibat dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Kesan daripada pertuduhan tersebut, Meor ditahan dari menerima pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional yang terakhir di samping melarang beliau mengambil transkrip keputusan penuh peperiksaannya.

Dalam suratnya kepada Harakahdaily, Meor mendakwa tindakan UIAM menggantung dan menafikan haknya sebagai tidak profesional kerana beliau belum dibuktikan bersalah melakukan kesalahan-kesalahan sepertimana pertuduhan.

Beliau juga mendakwa pihak universiti hanya menghubunginya menerusi telefon dan menggunakan email sahaja bagi tujuan memaklumkan kepadanya untuk hadir ke prosiding yang telah ditetapkan pada 8 April.

Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, Meor dimaklumkan pula bahawa prosiding tersebut sekali lagi ditangguhkan tanpa sebarang alasan diberikan.

Selain itu, beliau turut mempertikaikan tindakan UIAM yang dikenakan ke atasnya setelah beliau menyempurnakan pengajian pada November tahun lalu.

"Adakah saya masih berstatus pelajar kerana saya tidak mengikuti apa-apa subjek di universiti, tidak membayar yuran pengajian dan penginapan?

"Adakah saya dikira bersalah jika saya mencari apa-apa kerja yang lain dan terlibat dalam mana-mana parti politik, NGO dan sebagainya selepas saya menamatkan pengajian saya?" katanya ketika dihubungi Harakah.

Jelasnya, pihak UIAM turut menuduh penglibatannya dalam menubuhkan sebuah parti politik mahasiswa, Parti Mahasiswa Negara (PMN) yang tidak mendapat kelulusan daripada pihak universiti.

Pihak UIAM telah menghantar surat pertuduhan kepadanya dan mendakwa penglibatannya dalam pilihan raya umum lalu yang jelas melanggar peraturan universiti.

"Disebabkan itu, pihak UIAM telah menahan saya dari menerima PTPTN yang terakhir dan melarang saya untuk mengambil transkrip penuh dari universiti," ujarnya.

Oleh sebab itu, beliau mengalami kesukaran untuk memohon mana-mana kerja kerana gagal mengemukakan transkrip keputusan penuh pengajian dan mungkin juga beliau akan ditahan dari menerima ijazah sewaktu konvokesyen nanti disebabkan kelewatan menjelaskan yuran terakhir dan melakukan penjelasan-penjelasan teknikal lain yang perlu dilaksanakan oleh seorang graduan. - mr

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger