11 Apr 2008

Saba' keluarkan AKHBAR memberi kefahaman sebenar ISLAM kepada MASYARAKAT

Saba terbit akhbar alternatif untuk umat Islam
Salmiyah Harun
Fri | Apr 11, 08 | 6:49:11 am MYT

KUALA LUMPUR, 11 April (Hrkh) - Saba Islamic Media melangkah setapak lagi dengan menerbitkan sebuah akhbar 'The Criteria' yang memberi imput alternatif kepada umat Islam baik di Malaysia mahupun luar negara.

'The Criteria' yang sepenuhnya berbahasa Inggeris mula diterbitkan pertama kali pada akhir November 2007 dengan skala sebulan sekali.

Menurut Pengarah Urusan Saba Islamic Media, Sabariah Abdullah ketika melancarkan 'The Criteria' semalam, penerbitan akhbar itu sebagai platform kepada umat Islam memberi artikel semasa dalam dan luar negara.

Beliau juga akan menjadikan 'The Criteria' salah satu akhbar yang mempunyai mesej Islami yang tepat dan padat dengan fakta-fakta yang boleh dipercayai.

"Kita siarkan berita bukan yang ditokok-tambah tetapi maklumat benar apatah lagi cerita-cerita yang sensitif yang boleh dibaca oleh orang Islam dan bukan Islam," katanya.

Saba turut melancarkan 'The Criteria online' yang menyediakan berita setiap hari di lama web www.criteria.com.my.

"Berita dan artikel 'The Criteria' tepat dan padat, tidak rugi kita melanggan akhbar ini,"katanya yang berharap akhbar itu akan menjadi akhbar mingguan.

Akhbar berkenaan turut mendapat kerjasama erat dengan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim).

The Criteria mempunyai 20 halaman yang mengandungi lapan kandungan utama antaranya personaliti, teknologi, pelancongan, rencana, kesihatan dan sukan.

Dalam pada itu, seorang pembaca Saadiyah Akashah yang ditemui selepas pelancaran itu berkata, kemunculan akhbar seperti 'The Criteria' amat dialu-alukan.

Beliau berpendapat, akhbar itu perlu mencari sedikit kelainan dari segi pemberitaan yang lebih terperinci terutama mempelbagaikan pihak yang memberi pandangan.

" Kalau boleh jangan mengikut rentak akhbar arus perdana sebaliknya menyerlahkan fokus utama yang lebih mendalam,"katanya. - mks.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger