Nak memikul Islam bukan perkara senang, Dr mujahid Yusuf Rawa, MP PR pernah beberapa kali mengungkapkan perkataan ini pada suatu sesi temuramah delegasi sahabat sefikrah di ibu Kota tidak lama dulu. Dengan harapan memperolehi buah fikiran dan pandangan beliau tentang gerakan Mahasiswa dan Gerak Kerja Amal Islami di kampus. Tidak mengecewakan , beliau memberikan idea-idea yang bernas dan bermanfaat untuk kami semua.
Dimana jua posisi, apa jua pangkat, tahapan manapun kesusahan, sesibuk manapun kita...untuk menyumbang kepada gerak kerja amal islami ini adalah menjadi kewajipan kepada kita menggerakkannya. Sumbangan kita samada dalam bentuk tenaga, buah fikiran, duit, dan apa-apa sahaja peluang yang mampu digunakan meningkatkan prestasi gerak kerja Harakah ISlamiyyah ini wajiblah digembeling bersama-sama. Adalah tidak adil kita melemparkan berbagai-bagai tuduhan mendabik kita orang paling banyak menyumbang kepadaIslam, kerana bukan itu persoalannya: yang paling penting mengajak semua orang disekeliling kita terutama yang menerima tarbiyyah seperti kita, tamrin bersama, rehlah bersama, iftar bersama-sama kita pergi ge gelanggang dan berpencak bersama memikul beban dakwah ini.
Setiap gerak kerja kita pasti mengalami khilaf. Dalam mendepani masalah dan pencarian kepada persoalan utama dalam amal islami juga kita akan berdepan dengan khilaf dan pendapat yang sangat banyak. Masing-masing mempunyai pendapat dan sistem nilai tersendiri dalam mengemukakan jalan penyelesaian, hakikatnya tanpa sikap berlapang dada dan melazimkan diri dengan perbincangan yang membelakangi syura ia merupakan penyakit membarah dalam Harakah Islamiyyah.
Syura adalah institusi paling tinggi dalam hierarki Harakah Islamiyyah. Ia adalah penyelesaian perselisihan antara kita. Setuju atau tidak, apa sahaja keputusan hatta selepas bertegang leher dan tumbuk-tumbuk meja didalam menghasilkan ijtihad yang padu, keputusan selepas syura mestilah didokong semua ahli gerakan Harakah Islamiyyah. Tiada lagi kata-kata seperti pemboikotan syura kerana ia jelas bertentangan dengan akhlak dan merosakkan gerak kerja amal ISLAMI ini. Kecuali lah sememangnya keputusan itu dilihat sangat mengancam jemaah, maka kita wajib suarakan dan kemukakan pandagan ataupun mintalah penjelasan ; itulah salurannya . Tanpa kekuatan Syura, Jamaah akan terumbang - ambing dilambung badai, membuat keputusan-keputusan berat memerlukan kekuatan dan pengalaman yang sangat banyak. Syuralah yang memudahkan dan punca penyelesaian ; memanglah silap sangkaan sesetengah ahli jemaah yang mengandaikan syura menyusahkan, mengongkong , dan tidak memahami realiti semasa (konteks gerak kerja mahasiswa )
Usaha meleraikan diri dari keputusan syura, membelakangkan syura dan juga menafikan institusai ini berperanan pemutus perselisihan antara kita akan membawa kepada perpecahan fikrah-fikrah yang berbeza, dan menatijahkan gerak kerja yang tidak sepadu. Maka wujudlah istilah...Pendakwah-pendakwah pinggir-pinggiran yang membantu apa yang ia rasakan mahu bantu tetapi bukan speerti yang keputusan yang diSyurakan. Bahkan pula ia akan menjerumuskan setiap ahli jemaah kepada perbahasan-perbahasan yang panjang dan berjela-jela tanpa sediktipun menatijahkan keputusan dan gerak kerja yang betul-betul mampu menyelesaikan masalah utama; Kesepaduan Gerak kerja Kita. Setiap marhalah , punyai persepsi berbeza , pemikiran yang tidak holistik sudah pasti menatijahkan usaha membantu yang bersifat serpihan . Bagi marhalah TANFIZ, QUWWAH (kekuatan) yang mereka miliki mampu memutuskan keputusan, tetapi adakah selari dengan kehendak harakah Islamiyyah ini? Maka itulah pentingnya kita sama-sama meyelesaikan perselsisihan ini di medan SYURA.
Sahabat sahabiah
Persaingan memperjuangkan IDEALISME MAHASISWA dalam mendokong gerakan di kampus (sebagai contoh) bukanlah alasan paling ampuh untuk menjadikan institusi syura ibarat AJK TUGAS-TUGAS KHAS dalam satu-satu organisasi program. Ada atau Tidak syura ini- langsung tidak membekas apa-apa kerana SYURA dilihat lemah, tidak berjiwa besar, tidak memahami realiti IDEALSIME MAHASISWA KAMPUS, dan apa jua alasan yang diberikan...ia adalah kekeliruan kita dalam memahami MANHAJ NABAWI ini. Kitalah yang perlu memperkasakan SYURA, kitalah yang perlu tampil memberikan gambaran kepada SYURA dan KITALAH TERKEDEPAN MEMASTIKAN SYURA BERADA tepat di tempatnya dan berperanan membantu gerak kerja kita. Itulah kefahaman yang sepatutnya kita sama-sama dokongi demi menjamin kesepaduan AMAL kita. Janganlah kita syok sendiri , Sura dengan cara syura, ahli engan cara mereka- merasakan kita buat yang baik untuk jemaah tetapi sebenarya kita sedang melumpuhkan keseluruhan gerak kerja HARAKAH ISLAMIYYAH ini.
Memperanankakn syura dengan sebaik mungkin adalah misi utama dan pertama andai kes studi ini benar -benar berlaku dalam lapangan amal islami kita.Rujuk lah kembali Fiqh Sirah yang ada, kita telalu banyak membazir masa membahas dan mengulangi kesilapan yang sama...dan ia dibahas dan dimuhasabah lagi dan lagi. Akhirnya kita sendiri buntu dan tumpul akal, kita hilang kekuatan dengan sendirinya. Dan kita tertanya-tanya apakah jalan peneyelsaiannya? masing-masing membuat ijtihad masing-masing....dalam kes yang sama andai semua membuat ijtihad sendiri dalam perkara yang besar kita akan melihat DIVERSITI fahaman gerak kerja yang akhirnya mencapah dan dilihat sebagai BAGUS, lebih-lebih lagi semasa membentangkan strategi dan PT (Syok Sendiri). Namun di akhirnnya, apabila MUHASABAH..keputusannya adalah GAGAL. Kita tidak boleh merasakan kegagalan ini sebagai takdir atau kita telah berusaha ataupun Allah hukum kita kerana dosa kita ,kerana syarat asal dan awal belum kita penuhi:
HAK SYURA.
Ahli yang berada dalam SYURA dan sistem apungan sekitarnya perlu memikirkan secara serius masalah ini. Sebelum terlambat baiklah kita selaraskan perselisihan pendirian kita terhadap Peranan Syura, dan Autoritinya sebgai pemutus perselisihan pendapat antara kita.Kemudian bolehlah kita mulakan dengan rangka membina dan menjana kekuatan Gerak Kerja Amal Islami ini. Apapun ini merupakan pendapat penulis berdasarkan pengamatan dan perbincangan bersama sahabat-sahabat dalam lapangan amal Islami ini. Semoga ia sedikit sebanyak memberi manfaaat berguna guna perjuangan menegakkan Agama Islam yang kita cintai ini.
Salam Perjuangan
al faqir ilallah jundi Ummah.
1 comment:
akak cuba faham apa yang igin di sampaikan. asasnya tulisan ini banyak memberi dorongan dan galakkan pada ahli harakah untuk menghayati syura dan prinsip syura.
Post a Comment