Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan
tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan
serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah
membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama
penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku
sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat
mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan
Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program "Malam
Selamatkan Palestin" di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang
disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan
kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah
sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada
saya :
1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah
kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera
Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan
mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut
seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan
burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan
tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat
tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.
2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera
Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat
mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak
dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh
dengan mudah.
3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid
yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan
besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak
ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya
melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket
bajunya.
4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan
ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila
ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-
apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih
ada di tempat pelancarnya.
5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen
kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai
pakaian puti dan melemparkan pasir ke matanya.
6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS
yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen
memakai pakaian ala tentera seperti biasa.
7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan
bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid
dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah
seorang lelaki.
8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan
lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki.
Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah
swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan
yang lebih ramai.
Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama
serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad
ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu,
mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula
dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke
laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah
salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami
di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada
mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu,
sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. " (Fussilat:52) .
Ustaz Halim www.inijalanku. wordpress. com
"I know Kung Fu"
12 hours ago
No comments:
Post a Comment