30 May 2012

Rahsia AIS



Rahsia Disebalik Ais- Menceritakan Keagungan Penciptanya..



Hiasan
ZAT di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia. Banyak sungguh fakta kelebihan ais. Secara saintifik, dalam blog ini telah diterangkan dengan lebih mendalam dalam katagori Teori Tekanan. Secara ringkasnya berikut ialah fakta kelebihan ais;
 Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
 Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
 Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
 Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
 Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
 Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
 Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
 Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
 Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
 Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
 Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
 Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
 Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
 Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
 Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.





 Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
 Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
 Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
 Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.
 Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
 Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
 Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
 Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
 Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
 Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
 Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
 Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah.
 Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
 Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
Air sejuk ada kebaikan dan keburukannya. Bg pesakit asma, air sejuk tidak berapa elok. Kesimpulannya, pesakit asma tidak digalakkan guna air sejuk banyak-banyak untuk elak daripada mendapat kemudaratan daripada mendapat kebaikan.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Colour Vibration Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

24 May 2012

1 Cerita , 1 Kapal Selam, 1 rasuah,bikin 1 Malaysia dan 1 PMnya panas


SUMBER: 1 DUNIA CACAMARBA

[HD] KUALA LUMPUR: Tinjauan Asia Sentinel terhadap syarikat bernama Terasasi di Hong Kong, yang pengarahnya ialah Abdul Razak Baginda dan ayahnya Abdul Mulim Baginda telah mendapati bahawa syarikat itu adalah syarikat misteri yang tidak diketahui punca perniagaannya.

(Abdul Razak dan isteri didakwa pemilik syarikat misteri di Hong Kong) 


Terasasi, yang disenaraikan antara 142 syarikat di satu bangunan pada 3 Lockhart Road di Wan Chai Hong Kong cuma disenaraikan sebagai sebuah syarikat tempatan.



Terdahulu Asia Sentinel mendedahkan bahawa syarikat kontroversi tersebut telah digunakan untuk menerima duit komisyen sebanyak Euro 36 juta (RM144 juta) daripada pembelian kapal selam Scorpene daripada sebuah syarikat pertahanan Thales International yang berpusat di Perancis, yang lebih dikenali sebagai Thint Asia. 



Wang tersebut, dakwa Asia Sentinel telah disalurkan ke akaun milik perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.



Laman web tersebut berkata penyaluran dan pengendalian wang haram di Hong Kong adalah satu jenayah serius, dan mempercayai bahawa pihak berkuasa di Hong Kong sedang menyiasat dakwaan yang ditimbulkan terhadap Terasasi.



Laporan yang ditulis oleh John Berthelsen, Editor Eksekutif akhbar The Standard di Hong Kong turut mendapat perhatian media Hong Kong, Ming Pao.



Menurut Merdeka Review, Ming Pao telah melaporkan pada 7 April 2012, bahawa sebuah syarikat Hong Kong diheret dalam kes ini, di mana sebuah syarikat Perancis disyaki menyogok Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sekarang, yang menyandang jawatan Menteri Pertahanan ketika kes ini berlaku.



Hasil daripada usaha Suaram, skandal kes pembelian kapal selam Scorpene kini sedang didengar di mahkamah Perancis.



Temu ramah Najib



Majistret Perancis Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang dilantik ke Tribunal Paris Grande de Instance telah memberitahu hasrat mereka untuk menemu ramah Najib dan orang kanannya satu ketika dulu Razak Baginda.



Bagaimanapun peluang untuk pihak berkuasa Perancis untuk menerumah perdana menteri daripada sebuah negara berdaulat atas kes rasuah adalah sangat tipis, walaupun persoalan ini akan merumitkan pelan Najib untuk melawat Eropah pada masa depan,” tulis John, sambil menambah beliau tidak pasti samada pihak berkuasa Perancis sudah meminta bantuan daripada Hong Kong untuk membantu siasatan mereka.



Selain orang kanan Najib, Razak Baginda juga dinamakan sebagai kekasih kepada Altantuya Shariibu yang dibunuh kejam di Shah Alam pada 2006 setelah dikatakan datang menuntut komisyen daripada penjualan kapal selam yang dijanjikan kepadanya.



Di satu sidang Dewan Rakyat, telah didedahkan bahawa syarikat Perimekar Sdn Bhd telah menerima sebanyak Euro 114 juta (RM457 juta) sebagai komisyen pembelian kapal selam daripada satu anak syarikat Thales dan DCN, Armaris.



Perimeker pada masa itu adalah satu syarikat yang dimiliki KS Ombak Laut Sdn Bhd yang dimiliki oleh Razak Baginda dan isterinya Mazalinda.


Perimekar kini dimiliki 20 peratus setiap satu oleh LTAT and Boustead Holdings.



Menurut laporan Agence France Press (AFP)siasatan akan menjurus kepada tiga kontrak untuk kapal selam bernilai € 1.2 bilion, yang telah ditandatangani pada 5 Jun, 2002.
Berdasarkan dokumen, kontrak tersebut mempunyai dua bahagian. Menurut dokumen yang dikaji, kontrak yang dimeterai mempunyai dua komponen:



Pertama ialah penjualan dua kapal selam yang dibina oleh DCNS pembinaan kapal tentera laut Perancis dan Izar firma pembinaan kapal Sepanyol, € 920 juta; 



Dan kedua ialah mengenai penghantaran "sokongan logistik" dari sebuah syarikat Malaysia, Perimekar Bhd , bernilai € 114 juta, untuk melatih kumpulan pertama anggota TLDM seramai 200 orang.



Menurut AFP, perjanjian tersebut melibatkan komisyen RM457 juta yang dibayar ke Perimekar, kontrak C5 untuk bisnes kejuruteraan yang dimeterai pada Ogos 2000 antara DCNI, sebuah anak syarikat DCN dan Thales International Asia bernilai Euro 30 juta (RM132 juta).



Yang ketiga, ialah penjanjian rundingan yang ditandatangani pada Oktober 2000 antara Thint Asia dan Terasasi.



Menurut John, penyiasat Perancis sedang juga menyiasat satu invois yang dikeluarkan oleh Terasasi pada Ogos 2004 bernilai Euro 359,450 (RM1.44 juta) yang dihantar ke Thint Asia.



“Bagi penyiasat, perkara ini seolah-olah… menunjukkan bayaran yang dibuat ke Terasasi pada akhirnya tiba di tangan Najib, menteri pertahanan ketika itu atau Razak Baginda,” tambahnya.



Para penyiasat Perancis turut berkata Terasasi menerima bayaran daripada Thint Asia, termasuk satu bayaran berjumlah Euro 360000 (RM1.44 juta) yang disertakan dengan nota, “Razak hendakkan bayaran ini dibuat segera.”



“Tiada indikasi Razak mana yang dirujuk, Najib Razak atau Razak Baginda,” tulis beliau.



Dokumen di mahkahmah Perancis telah mendedahkan bahawa jumlah wang yang disalurkan daripada Thint Asia ke Terasasi ialah sebanyak Euro 3 juta (RM12 juta) ketika Terasasi masih di Malaysia dan Euro 33 juta (RM132 juta) tatkala ia menjadi syarikat di Hong Kong.


P/s: Kalau orang putih memanggil nama orang, misalnya Najib Razak, bahagian mana yang disebutnya, Najib atau Razak? 

Dato Seri Najib Tun Razak Berdepan Kes Rasuah heboh di LUAR NEGARA..

SUMBER: DUNIA CACAMARBA

Katuk Dulang Paku Serpih,
Mengata orang , Padahal Diri yang Lebih..

Dato' Seri kenalah bersihkan nama dari segala fitnah ini. Siapakah yang memerangkap dato ni ( :)..ehem,ehem). 1 Malaysia sedang menanggung 1 Malu sebab , 1 KES ni sebabkan 1 DUNIA kecoh pasal kredibiliti 1 Malaysia punya PEMIMPIN HARAPAN MASA DEPAN 1 MALAYSIA....

Dato kena bijak jangan cepat melatah..nanti 1 Malaysia nampak Dato bersalah, jadi Dato kena sentiasa nampak cool..cuma kenalah buat sesuatu. 1 Malaysia menanti dengan debar yang mencungap sebab 1Malaysia nak PRU 13 dah ni...

Dato' kami dibelakang Dato'..tapi kalu DATO memang salah..kami ramai-ramai tolak DATO masuk 1 LOKAP.

IKUTI LAPORAN AKHBAR dari 1 AKHBAR ni..ZASSSS


[HD] KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi akan disapina agar datang ke mahkamah Perancis untuk memberikan keterangan. 


Peguam Suaram yang baru pulang dari Perancis Fadiah Nadwa Fikri berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada mahkamah Perancis tentang saksi-saksi yang akan dipanggil itu.



Turut disenaraikan sebagai saksi adalah bekas penasihat Najib, Abdul Razak Baginda dan isterinya Mazlinda.



Mahkamah Perancis sedang menyiasat dakwaan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpean yang dibuat oleh syarikat Perancis.



“Bila kami berjumpa dengan hakim pada 16 Mac lalu, kami telah serahkan senarai saksi yang perlu disapina agar datang ke mahkamah.

“Kami memberikan nama Najib Tun Razak, Zahid Hamidi and Razak Baginda,” kata Fadiah dengan mendapat tepukan gemuruh dari lebih 2,000 yang hadir dalam ceramahnya di Third Mile Bazaar, Kuching Ahad lepas lapor Free Malaysia Today.



Apabila kesnya difailkan di Perancis, Zahid berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh.



Namun, baru-baru ini selepas namanya disebutkan sebagai saksi, Zahid berkata beliau keberatan untuk pergi ke sana kerana tidak ada dana yang cukup untuknya.



"Siapa akan membayar kos penerbangan dan hotel saya di Perancis, " soal Zahid.



 

Fadiah (gambar) dalam ceramahnya berkata, rakyat Malaysia sedia membayar kos penerbangan dan hotel Zahid di Perancis asalkan beliau sedia memberikan keterangan.


Menurut beliau, jika mereka enggan datang menjadi saksi selepas sapina dikeluarkan, mahkamah akan mengeluarkan notis sekali lagi.



Jika gagal hadir juga, mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa mereka hadir.



"Dan jika mereka gagal lagi, Interpol (International Police) boleh mengeluarkan amaran dan boleh ditangkap dan dibawa ke mahkamah Perancis," katanya. 



Sementara itu, rakyat Malaysia mula memberikan respon ke atas laporan ini dengan berkata mereka sedia menyumbang untuk membolehkan mereka berdua (Najib dan Zahid) menjadi saksi.



"Saya akan menyumbangkan RM1.00 dari wang yang saya cari dengan susah payah untuk menampung kos mereka. Jika tak cukup, saya boleh tambah RM1.0 lagi," kata Cheong Seng Keong.



Namun katanya, "Saya tidak mahu menyumbang untuk kondom mereka."

SATU DUNIA KECOH BEB PASAL PM KITER NI RASUAH....PERGH...PANAS BEB..
PRU13 TUNGGANG LANGGANG LAH JAWABNYA DATO NAJIB nih...
Kredit kepada empunya paparan skrin.
P/s: Walaupun Tuan Chua sebelum ini mendakwa Najib mempunyai imuniti sebagai PM, TM berharap Interpol mempunyai kuasa menangkap mereka untuk menjadi saksi di Mahkamah Perancis....


Kerjaan TURKI menjawab KJ yang bermasalah

Pendidikan di TURKI boleh sahaja percuma, Dalam MALAYSIA sahaja yang kecoh ..bukan nak bagi PERCUMA bahkan kerajaan buat berniaga lagi...jadikan pelajar BERHUTANG+ INTEREST dengan pelbagai alasan tak muansabah. SISTEM korup. Belum bekerja , RAKYAT yang warganegara sudah dibelit denagn HUTANG bila habis belajar. Dalam masa bantu rakyat, BUNUH RAKYAT sendiri ...sistem pendidikan di niagakan untuk kepentingan mereka( siapa lagi BEB ...?)

Patut MALAYSIA belajar dari TURKI bagaimana mampu menyara rakyat mereka dengan PENDIDIKAn PERCUMA. Bukan menegakkan benag yang basah..

Ikuti ..ZASSSS....

SUMBER: VIDEO

Jelas dalam video kat atas neh kedutaan turki mengesahkan bahawa ;

1. Pendidikan sekolah dari sekolah rendah sampai sekolah tinggi = 11 tahun adalah PERCUMA.

2. Dulu pelajar kena bayar untuk buku tetapi sekarang satu sen pun tak perlu bayar. Semakin lama semakin banyak kemudahan sediakan untuk rakyat mereka.

3. PERCUMA untuk rakyat turki = warganegara turki of course.

4. Pendidikan universiti jika universiti kerajaan juga adalah PERCUMA. Walaupun ketika baru2 masuk mereka kena bayar sesuatu tetapi ia adalah sangat2 murah selebihnya ia adalah percuma.

5. Hanya universiti swasta di turki jek kena bayar. Memang mahal.

Jadi jika kj bercakap pasal demo kenaikan yuran tue, aku rasa ia mengenai universiti swasta kot. Bukan pasal universiti kerajaan. Tempat terhad menyebabkan ada yang terpaksa pergi ke swasta sebab nak belajar tapi tak malu ke dengar bila Orang Turki sendiri cakap Malaysia kaya sebab ada petroleum tapi pendidikan percuma tak wujud disini? ..( buat berniaga lagi ada-MANSUH PTPTPU)

GEORGE SOROS MENDEDAHKAN DIRI MAHATHIR...

Siapa lagi yang akan mendedahkan diri seseorang melainkan MUSUHnya..begitulah yang dihadapai mahathir setelah Musuhnya George soros mendedahkan tentang Mahathir. Apapun ,,semua perlu sedar bahawa George Soros juga adalah musuh UMAT ISLAM..kerana YAHUDI ini juga merancang menakluk dunia dengan menindas negara lain dengan HUTANG (Pengurus Dana Dunia). Ikuti pembongkaraan oleh BANGKOK POST yang telah dialih bahasa;


23 May 2012 - Mahathir, PM ke 2 paling Rasuah di dunia - Wartawan Dunia.


SOROS MENJAWAB BEGINI, UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI DARI TUDUHAN UMNO.

''Saya sentiasa berkata bahawa Dr Mahathir adalah ancaman kepada rakyatnya sendiri.Kini anda dapat melihat kesan kebodohan beliau apabila ringgit telah susut separuh nilainya dalam masa semalaman dan ekonomi merundum.


Tindakannya telah menyebabkan kepayahan kepada berjuta-juta rakyat Malaysia sendiri. Mahathir telah membina projek-projek mega yang tidak berguna pada kos yang sangat mahal bagi negara.

Menara telekom di Kuala Lumpur dan bangunan tertinggi di dunia menunjukkan betapa bodoh kamu. Bukan sahaja ia menyebabkan kesesakan jalan raya, ia benar-benar tidak mempunyai sebarang tujuan.

Jika anda memerlukan tanah tinggi untuk telekom antena, gunung berdekatan di situ ada secara percuma.Menara ini tidak berguna kerana tingginya dari tanah hanya 300 meter.

Satelit menjadikannya tidak perlu langsung. Seorang yang bodoh memang tidak pandai menjaga wangnya.

Perkara yang utama ialah anda memang bodoh dan adalah wang itu milik rakyat Malaysia. Anda memperolehi 20% dalam setiap projek, anda mempunyai hartanah di Jepun dan berbilion-bilion saham melalui rasuah telah diperolehi.

Ketiga-tiga anak lelaki anda mempunyai harta bernilai 8 bilion USD. Di manakah mereka mendapat wang ini? Sudah tentu, rasuah. Anda dikenali sebagai Marcos Malaysia, memperkayakan diri sendiri sehingga berbilion ringgit.

Anda berani untuk menitiskan air mata buaya semasa mesyuarat perwakilan UMNO mengenai gejala rasuah.Tetapi kamu adalah yang paling rasuah diantara semua perdana menteri sebelumnya.

Si pencuri menangis dan berharap rakyat akan memfokus kepada yang lain. Siapa yang berani untuk berkata apa-apa apabila ketua terperangkap dengan tangannya di dalam balang gula-gula?

Anda berkata kebijaksanaan bukan milik orang Barat sahaja, Begitu juga kebodohan. Anda mempunyai kebodohan yang lebih sehinggakan orang tidak akan percaya.

Berbilion-bilion telah digunakan untuk membina dua bangunan tinggi Petronas, bangunan yang tidak mendatangkan manfaat kepada sesiapa. Mereka kini berdiri sama tinggi, simbol kebodohan dan sikap tidak bertanggungjawab.

Sebaliknya mereka hanya menambah kesesakan lalu lintas. Apa pula dengan kes mendapatkan semula 10 pulau di Kedah? Sama sekali tidak masuk akal dan bodoh. Sudah tentu faedah anda 20%.

Dan jambatan diseberang dari Melaka ke Sumatera merentasi perairan antarabangsa? Mengapa tidak membina jambatan ke bulan? Saya pasti anda masih boleh mendapatkan 20% anda. Anda memanggil saya penyangak. Bagaimana penyangak boleh mendapatkan begitu banyak wang?

Dengan membenarkan jualan masa singkat dan meminjam berjuta-juta saham daripada bank, kami sebagai pengurus dana telah memperolehi berjuta-juta untung akibat kurangnya pengalaman dan peraturan-peraturan anda yang lemah.

Anda kehilangan semua wang rakyat Malaysia, oleh itu andalah sebenarnya penyangak. Sekarang anda tahu sudah terlambat untuk menyesal.

Dari diktator rasuah kepada IBM Yang Terkecil Di Australia, anda dikenali sebagai egomaniak mulut jahat, di UK sebagai perasuah haram jadah kerana pembelian bodoh studio filem dan loji kereta lumba Lotus bernilai 290 juta ringgit dan empangan Pergau hasil dari pinjaman tidak bijak dari pihak UK.

Semua ini tidak berguna kepada kami tetapi anda masih mahukannya. Bagaimana pula dengan peristiwa membeli kapal selam rosak British melalui ejen anda, sudah tentu. Ejen atau broker diadakan untuk memperoleh berjuta-juta daripada kerajaan Malaysia.

Pembelian anda sudah tentu kurang 50% lebih daripada apa yang anda bayar. Pembelian 9 hospital dari UK, arkitek kami tidak menyokong kesemua industri tempatan anda dan British menghantar peralatan perubatan yang telah usang.

Reka bentuk yang teruk, dari satu hujung ke hujung yang lain adalah sejauh setengah kilometer dan tiada CT-scan, keperluan yang mustahak sekali.

Di UK muka anda muncul dalam tidak kurang daripada 17 akhbar sebagai diktator yang Rasuah. Di Malaysia, anda dikenali sebagai IBM atau Mulut Tempayan antarabangsa. Di Jepun mereka memanggil anda si otak kecil.

Di pulau-pulau Pasifik, di panggil Santa Claus kerana memberi nasihat kiri dan kanan. Di Amerika Selatan, mereka memanggil anda burung nuri kerana seorang bercakap banyak tetapi tidak tahu apa yang dicakapkannya. Di Manila Marcos yang masih hidup.

Di Malaysia, berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan untuk menarik pelancong tetapi anda bercakap benda yang bukan-bukan sehingga menakut-nakutkan pelancong asing. Apabila dia senyap orang akan meragui sama ada dia bodoh, tetapi, apabila dia membuka mulutnya semua keraguan ini ternyata hilang.

Begitu hebat senarai salah laku anda Walaupun saya bersetuju kebijaksanaan tidak di monopoli Barat kesemuanya, namun tindakan anda tidak mencerminkan kebijaksanaan juga.

EAEC anda benar-benar mendapat sokongan malah di Asia sendiri. Dialog Selatan-Selatan Anda juga menemui nasib yang sama dan apa pula kisahnya dengan Jambatan dari Semenanjung Malaysia ke Sumatera yang merentasi sepanjang 20 kilometer laluan perkapalan Antarabangsa?

Bagaimana seseorang menjadi sebegitu gila? Malah Jepun sekalipun tidak mempunyai wang sebanyak itu. Kebodohan ini seolah-olah lahir dari seorang individu sahaja iaitu kamu.

Koridor Raya Multimedia atau MSC yang merupakan konsep bodoh di Amerika Syarikat kerana kami rakyat Amerika telah lama mengetahui perkara itu lama sebelumnya. Walaupun boleh menjana wang, kita masih boleh meniru konsep ini bukan?

Mengapa anda mahu membelanjakan wang hasil titik peluh untuk projek sia-sia? Ia akan menjadi seperti projek Bakun, terbengkalai dan menjadi satu lagi gajah putih.

Saya selalu berkata ahli-ahli politik tidak sepatutnya terlibat dalam perniagaan. Setiap menteri anda juga adalah ahli perniagaan dan hampir semuanya sedang sibuk menambah harta.


Lihatlah Rafidah Aziz, yang dituduh menjual beribu-ribu Permit Import (AP) untuk setiap kereta bernilai 20-30 ribu ringgit Malaysia. Mengapa kerajaan anda tidak menjualnya supaya boleh mendapat wang? Dia telah memperolehi berjuta-juta saham yang untuk Bumiputera secara percuma sebelum dia bersetuju untuk menyenaraikan mereka.

Lihatlah Selangor, bekas Ketua Menteri yang mengumpulkan berjuta-juta untuk meluluskan bangunan tinggi daripada ahli perniagaan.

Dia mempunyai harta berbilion-bilion ringgit. Malangnya dia ditangkap dengan beberapa juta wang saku di Australia. Setiap ketua menteri menganugerahkan projek tidak berguna kepada kroninya kemudian mengumpul gaji rahsia di sebelah.

Lembaga Pembangunan Tanah dan Lembaga Pembangunan Ekonomi digunakan untuk menyelamatkan kerugian yang dialami oleh ahli-ahli politik .Keuntungan menjadi hak mereka, kerugian akan ditanggung badan-badan Kerajaan.

Bagaimana merapatkan jurang rakyat miskin apabila setiap projek disambar oleh ahli-ahli politik? Bagaimana negara anda boleh keluar daripada belenggu kemiskinan jika berbilion-bilion wang rasuah dibawa keluar dari negara ini. Lihatlah Ketua Menteri Sarawak yang menjual konsesi balak bernilai berbilion ringgit di bawah meja?

Dia menjual setiap bidang tanah kerajaan kepada setiap pengusaha tanpa tender, menggunakan syarikat-syarikat sendiri untuk mendapatkan kontrak kerajaan yang lumayan, menjual tandatangan kelulusan bagi bayaran ' anda bayar saya luluskan '.

Dia mempunyai 8 bilion USD tersimpan di luar negara. Beribu-ribu ekar tanah diberikan kepada satu atau dua syarikat manakala beribu-ribu orang miskin masih tinggal di rumah usang yang akan roboh, tiada air bekalan air bersih dan berak ke dalam sungai .

Beribu-ribu ekar tanah dijual kepada syarikat untuk perladangan manakala orang asli tidak mempunyai walaupun satu ekar diatas nama mereka. Dia menjual pasir berhampiran pantai untuk satu syarikat dan kemudian meminta kerajaan membelanjakan berjuta-juta untuk melindungi pantai untuk mengelak hakisan berlaku.

Dia kehilangan 300 juta wang kerajaan Sarawak apabila cuba mengeluarkan cip komputer. Dia telah membina pelabuhan di utara bandar di Sarawak di dalam air yang begitu cetek sehinggakan ia perlu pengorekan pada setiap tahun.

Perdana Menteri yang membina lebuh raya tanpa tender, kroni akan mendapat kesepakatan untuk menaikkan harga dua kali ganda.

Landasan lapangan terbang Langkawi anda telah dibina dua kali ganda kos oleh syarikat anda sendiri, Ekran. Negara Malaysia telah hilang sekurang-kurangnya 30 bilion pada 10 tahun terakhir pemerintahan penuh rasuah anda.

Satu bilion hilang dari pembelian pesawat perang Skyhawk hantu yang tidak seorang pun pernah lihat, adakah kapal-kapal ini masih di padang pasir Nevada, Amerika Syarikat?
3 bilion hilang dari skandal timah London, anda fikir anda boleh menawan pasaran timah di London tanpa mengetahui Amerika mempunyai stok simpanan yang banyak?

Kebodohan yang paling nyata. 6 bilion kilang keluli Perwaja , tiada siapa pun tahu ke mana wang itu pergi, skandal 3 bilion bank Bumiputra apabila George Tan menyogok semua pegawai bank untuk memberi pinjaman wang.

Kehilangan 6 bilion pertukaran wang asing oleh Bank Negara, si bodoh tidak akan tahu menjaga wangnya dan 6 bilion untuk membina tiga bangunan tertinggi di dunia, yang dibina oleh Jepun dan Korea dan perabot yang diimport dari Perancis dan bukan Malaysia,

dan 1 bilion hilang dari pembelian kapal perang British termasuk yuran yang dibayar kepada broker dan di bawah meja . Tambah 10 bilion yang anda curi dan 5 bilion yang diambil oleh para menteri.

PM kedua yang paling korup di dunia? Pada tahun 1997 mesyuarat Dunia Wartawan mengundi Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Dekad Ini. Ia kedengaran aneh kepada semua sehinggalah ia diketahui bahawa orang-orang yang mengundi menentangnya diancam oleh pegawai Hasil akan pekerjaan mereka.

Di New York Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1997 yang mesyuarat, telah mengenalpasti Perdana Menteri yang paling korup dekad itu adalah Presiden Suharto dan kedua, Dr Mahathir, Sebenarnya Dr Mahathir patut mengambil tempat pertama tetapi rasuah di Indonesia telah memungkinkannya mendapat penghormatan ini.

Lima puluh ribu pelajar tempatan tidak diberi tempat di universiti di Malaysia tetapi cukup baik untuk mengisi tempat-tempat di luar negara menyebabkan Negara kehilangan berbilion-bilion dolar. British dan Australia berfikir kenapa begitu bodoh?

Pelajar terbaik anda dihantar ke luar negara meningkatkan taraf mereka dan pada masa yang sama seperti dalam di kebanyakkan negara yang terbaik adalah berada di universiti tempatan dan yang ditolak dihantar ke luar negara. Seorang pelajar belajar universiti di Hong Kong yang jauh lebih berprestij berbanding rakan dari mana-mana universiti di Australia.

Anda telah telah dijajah oleh British begitu lama sehingga anda tidak boleh mendidik rakyat kamu sendiri. Di Hong Kong atau Singapura, kurang daripada 5% pelajar meneruskan pengajian di luar negara. Semua wang dijimatkan.

Negara anda dapat menjimatkan berbilion-bilion jika setiap pelajar di luar negara dipanggil semula ke universiti tempatan, dan pada masa yang sama meningkatkan taraf hidup negara. Rakyat kamu masih berjalan tanpa kasut, tanpa tanah ladang, tanpa rumah, mandi di sungai dan berak ke dalam lubang di dalam tanah, tanpa air dan elektrik.

Bandar anda merupakan hutan konkrit tanpa tanaman dan kawasan lapang. KL dipenuhi dengan kesesakan lalu lintas. Namun anda masih terus membina bangunan tinggi. Kamu perlu turun dari langit dan berhenti berkhayal dan tegas meletakkan kaki anda di atas tanah.

Sekolah anda sempit dengan 500 orang pelajar dalam satu ekar dan beribu-ribu ekar diberi percuma kepada sesetengah ahli politik yang meninggalkan tanah mereka terbiar.

Taman-taman anda sedang diambil oleh ahli-ahli politik untuk membina rumah kedai dan setiap menteri kabinet adalah seorang ahli perniagaan yang membina jalan raya hanya untuk tanah kroni-kroni mereka.

siapa si penyangak? Rakyat Malaysia berdoa, "Ya Tuhan, kami bersyukur kerana dianugerahkan kayu balak, minyak dan tumbuhan, tetapi kemudian iblis dalam bentuk Mahathir yang tanpa otak dihantar kepada kami dan lihat, kami kembali seperti dahulu lagi.

Jadi, ambillah Dr Mahathir untuk kembali ke neraka dan kami akan hidup dengan aman. "Di China hukuman menggelapkan 1000 dollars adalah ditembak. Dengan 8 bilion yang anda telah curi, anda akan ditembak 80 ribu kali. Sekarang anda mengetuai kempen anti-rasuah. Kita semua tahu apa yang pernah anda lakukan.

Lihatlah diri anda di cermin. kamu akan melihat betapa teruknya kamu. Kemudian gunakan tangan kiri anda untuk menggari tangan kanan sendiri.

Anda telah meletakkan pemimpin pembangkang dan anaknya di dalam penjara apabila mereka berkata di parlimen anda adalah PM terkaya di dunia. dan rakan sekerjanya, Karpal Singh selama 2 tahun.

Jadi, adakah saya akan mendapat ganjaran atau wang sogokan sekiranya sekarang saya katakan anda adalah PM paling daif di dunia ini?

3 orang anak anda duduk di atas lembaga pengarah lebih daripada 200 syarikat. Adakah mereka di didik di sekolah Harvard perniagaan untuk memperolehi kelebihan ini? Atau adakah ia kes anda tidak kenal saya, anda tidak boleh berniaga di Malaysia?

Berbilion ringgit wang Kumpulan Simpanan Pekerja dan Petronas serta dana awam digunakan untuk menyelamatkan anak-anak kamu yang mengalami kerugian apabila melabur dalam setiap yang anda fikir boleh menjana wang.

Sungguh tidak beretika dan rasuah. Setiap ahli politik anda sedang mengetuai berpuluh-puluh syarikat yang membuat beribu-ribu duit tanpa sebarang usaha, meminjamkan nama VIP mereka untuk meminjam berjuta-juta dari bank-bank tempatan tanpa cagaran.
 

Sekarang ia menjadi pinjaman tidak berbayar....(jadi kini PTPTN merugikan wang rakyat jika di jadikan percuma????)

Sekarang anda mahu 20 juta rakyat Malaysia mengorbankan kebodohan untuk seorang lelaki? 

Mengapa si bodoh tidak meletak jawatan dan mengakui dia mensia-siakan dan membolot wang yang paling banyak. saya boleh mengajar anda bagaimana meletakkan ekonomi anda di landasan yang betul tetapi pertama anda mesti meminta maaf kepada rakyat Malaysia. - Soros.

NOTA: 

1. USAHA GEORGE SOROS INI ANTARA USAHA YAHUDI DALAM PROTOKOL ZIONIS UNTUK MENIMBULKAN KEMARAHAN DALAM NEGARA DAN MENGHILANGKAN RASA PATRIOTIK PADA NEGARA AGAR MUDAH MEReKA MENERUSKAN SPEKULASI EKONOMI LEBIH-LEBIH LAGI SUASANA POLITIK YANG DILIHAT AGAK TEGANG KINI. NAMUN MALANGNYA HAMPIR KESEMUA YANG DITIMBULKAN GEORGE SOROS ADALAH BENAR....

2. TIDAK KIRA SESIAPA JUA MENJADI PEMIMPIN , SAMADA UMNO ATAU PAKATAN RAKYAT (KHUSUSNYA ISLAM) TANPA SIFAT TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH DALAM DADA, MEREKA AKAN SESUKA HATI MERAMPAS HAK RAKYAT. RAKYAT MENJADI MANGSA -MEREKA YANG MEMBUAT DUIT ATAS BELAKANG RAKYAT. MEREKA BERMUKA MANIS / KATA-KATA MANIS TETAPI MENIKAM RAKYAT TANPA BELAS KASIHAN. 

PEMIMPIN APABILA BERKUASA MEREKA MENDABIK DADA; JADI PILIHLAH MEREKA YANG BENAR-BENAR MAMPU MEMIMPIN RAKYAT DAN MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT. PROTOTAIP-PROTOTAIP SOLAN MEREKA BANYAK MENIPU RAKYAT. APA YANG MEREKA LAUNGKAN TIDAK SELARI DENGAN TINDAK TANDUK MEREKA.

JALAN TERBAIK ADALAH REHATKAN MEREKA DARI TERUS MELAKUKAN KEZALIMAN. BARAH MEREKA TIDAK BOLEH DIUBATI TETAPI HARUS DI TUKAR GANTI DENGAN YANG BARU. 

SEMPENA PRU KE 13 INI- PILIHLAH  MEREKA YANG LAYAK SAHAJA....BUKAN YANG MENJADI PETUALANG DALAM BANGSA...KALAU SUDAH TERANG MEMANG PENJENAYAH RASMI MENGAPA ADA RAKYAT MASIH SANGGUP BERSEKONGKOL? KERANA RAKYAT ITU MEMPERJUANGKAN PERUTNYA SAHAJA....BUKAN ANAK CUCUNYA.

14 May 2012

Jasad YAHUDI DIHINA di KUBAH MASJID NABAWI




Qubbatul Khadhra’ (kubah hijau) yang terlihat megah di Masjid Nabawi berfungsi menaungi makam Rasul Saw yang mulia didampingi kedua sahabatnya sekaligus mertuanya iaitu Abu Bakar Siddiq ra, dan Umar bin Khattab ra.

Tempat tersebut dahulunya adalah rumah baginda Rasul Saw kerana setiap Rasul yang diutus oleh Allah Swt dimakamkan di mana dia wafat. Sebagaimana sabda Nabi Saw: Tidak dicabut nyawa seorang Nabi pun melainkan dikebumikan dimana dia wafat. (HR. Ibnu Majah)

Sejarah bercerita, ketika Nabi sampai di Madinah, pertama sekali dikerjakan Nabi Saw adalah membina Masjid Nabawi dengan membeli tanah berharga 10 dinar kepunyaan dua orang anak yatim Sahl dan Suhail berukuran 3 x 30 m.

Bangunan yang sederhana itu hanya berdindingkan tanah yang dikeringkan, bertiangkan pohon kurma dan beratapkan pelepah kurma. Sebelah Timur bangunan Masjid Nabawi dibina rumah Nabi Saw.

Manakala di sebelah Barat dibina ruangan untuk orang-orang miskin dari kaum Muhajirin yang pada akhirnya tempat itu dikenali dengan tempat ahli Suffah (kerana mereka tidur berbantalkan pelana kuda).

Pada tahun ke-7 H, Nabi mengadakan perluasan Masjid Nabawi ke arah Timur, Barat, dan Utara sehingga berbentuk bujursangkar 45 x 45 m dengan luas mencapai 2.025 m2 .

Program jangka panjang untuk memperluas Masjid Nabawi seperti yang kita lihat sekarang ini diisyaratkan oleh Nabi Saw dengan sabdanya menjelang wafat: “Selayaknya kita memperluas masjid ini”.

Hingga pada tahun ke-17 H, Amirul Mukminin Umar bin Khattab khalifah kedua, memperluas ke arah Selatan dan Barat masing-masing 5 m dan ke Utara 15 m, dan diteruskan oleh Usman bin Affan khalifah ketiga memperluas ke arah Selatan, Utara dan Barat masing-masing 5 m pada tahun ke-29 H.

Akhirnya pada masa Khalifah Bani Umayyah Al-Walid bin Abdul Malik pada tahun 88 H, memperluas ke semua sisi Masjid Nabawi termasuk ke arah Timur (rumah Nabi) dan bilik-bilik isteri Nabi (hujurat) sehingga makam Nabi Muhammad Saw, Abu Bakar Siddiq, dan Umar bin Khattab termasuk sebahagian dari masjid dan berada di dalam masjid yang sebelumnya terpisah dari masjid.

Inilah yang menjadi perbahasan para ulama dan fukaha di dalam Fikih Islam, iaitu mendirikan bagunan seperti rumah kubah, madrasah, dan masjid di atas kubur. Kerana Nabi Saw bersabda : Allah mengutuk umat Yahudi dan Nasrani yang membuat kubur para nabi mereka menjadi masjid-masjid (tempat peribadatan). (HR. Bukhari Muslim)

Hadis di atas difahami oleh sebahagian ulama terutama di kalangan pengikut Syekh Muhammad bin Abdul Wahab (Th. 1115 H/ 1703 M di Masjid Saudi Arabia, dan aliran ini disebut oleh saingannya sebagai aliran Wahabiyah, dan di Indonesia dengan aliran Salafi).

Secara umum, tidak boleh melakukan kegiatan ibadah di atas kubur, berdoa menghadap kubur, dan membina kubah di atas kuburan.

Terakhir ada seorang manusiaI(YAHUDI) yang memanjat kubah hijau Masjid Nabawi untuk menghancurkan KUBAH tersebut, lalu disambar petir secara tiba-tiba dan mati. Mayatnya melekat pada kubah hijau tersebut dan tidak dapat diturunkan sehingga sekarang . Namun ada usaha cuba memadamkan fakta ini dengan mengatakan kawasan yang disimen itu adalah jendela KUBAH itu. Adalah tidak logik mengatakan itu adalah jendela untuk tujuan pembersihan. Usaha ini tidak pernah berhasil...kerana memang 
mayhur kisah tentang usaha JAHAT YAHUDI itu, 

Adalah tidak logik mengatakan ada JENDELA, Seni BINA ISLAM tidak bina  JENDELA pada KUBAH. Kedudukan JENDELA pula tidak logik dan mengapa disimen setebal itu? Bukankah muat sekubur JASAD dibawahnya jika dlilihat ketebalan SIMEN itu. Mengapa cerita mayat di atas KUBAH HIJAU ini di nafikan???



Usaha itu sebenaarnya antara cubaan memadamkan dan memutuskan KECINTAAN UMAT INI DENGAN MENGHAPUSKAN BARANG-BARANG PENINGGALAN BAGIND SAW; AGAR HUBUNGAN CINTA UMAT DENGAN NABI MUHAMMAD SAW TIDAK BERSAMBUNG. WAHABI di MAKKAH TELAH MENJADIKAN MEROBOHKAN RUMAH NABI SAW dan menjadikan TAPAK RUMAH NABI  SAW sebagi TANDAS. Tujuan jahat menghapuskan kesan sejarah dengan alasan mengelakkan amalan BID'AH sebenarnya merekalah yang mahu memutuskan hubungan CINTA UMAT ini kepada Baginda saw.

Jika berkesempatan cuba lihat satu klip video YOUTUBE berkaitan GELAS NABI saw yang dibawa dari LONDON kembali ke CHECHNYA. Melihat gelas Baginda saw sahaja boleh menggetarkan jiwa apatah lagi jika dapat duduk di dalam rumah NABI saw. Umat Ini sangat merindukan Baginda saw. Kerinduan ini  adalah ubat dan mampu meningkat kan keimanan umat ISLAM. Perkara ini lah yang mahu dihapuskan YAHUDI dan TALI BARUT mereka. Perasaan CINTA menjadi mekar saat melihat apa sahaja Barang milik Baginda saw (ATSAR)

Syekh Zubaidy, ahli sejarah Madinah menceritakan ada seorang soleh di kota Madinah bermimpi, dan terdengar suara yang mengatakan “Tidak ada seorang pun yang dapat menurunkan mayat daru KUBAH itu, agar orang yang di kemudian hari dapat mengambil, i’tibar”.

Hingga sekarang mayat tersebut masih ada dan dapat disaksikan terus dengan mata kepala. Bagi yang tidak dapat berkunjung ke sana dapat mengakses internet google “Ada Mayat di atas Kubah Masjid Nabawi”.

Pengajaran yang dapat diambil dari kisah ini, terlepas dari kebenarannya, bahwa kembali kepada Tauhid yang murni seperti zaman Rasul Saw adalah tujuan dari dakwah Islam dan misi para Rasul dan umat Islam mesti menerimanya, jika tidak ingin menjadi orang musyrik.

Akan tetapi pemeliharaan nilai sejarah dan para pelaku sejarah juga penting, kerana Allah berfirman : Sungguh di dalam sejarah mereka terdapat pengajaran bagi orang-orang yang berakal. (QS. Yusuf : 111).

Akhirnya jika pelaku sejarah tidak boleh dikenang, tidak dimuliakan, tidak dihormati, kuburnya diratakan, bagaimana kita mengambil pelajaran dari sejarah tersebut?

Adapun maksud Nabi Saw Allah mengutuk Yahudi dan Nasrani menjadikan kubur sebagai tempat ibadah, adalah menyembah kubur. Semoga kita dapat pengajaran. Wallahua’lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger