Definisi Jihad telah secara
terancang cuba diubah para Orientalis Barat yang berdendam dengan umat Islam
yang menentang mereka. Usaha mereka merobek dan mencuri hasil bumi umat Islam
menjadi sukar lantaran subjek jihad yang diajar kepada anak bangsa oleh pondok
dan pesantren memberi kesedaran peri pentingnya memelihara maruah dari, bangsa,
agama, dan Negara dari. dicabuli bangsa penakluk.
Usaha Amerika melabur puluhan
juta USD ke tempat-tempat sumber umat Islam memahami agamanya sendiri cuba
diganggu gugat dengan menimbulkan polemik dan fitnah agar masyarakat tidak lagi
mendekati sumber pemahaman mereka terhadap agama sendiri.Sehingga mereka
menjauhkan diri dan anak-anak mereka dari terlibat memelihara kekuatan UMMAH
ini. Polemik kredibiliti dan fitnah atas dasar memerangi keganasan menyebabkan
tekanan melalui media dan kerajaan diguna pakai agar masyarakat menjauhi
institusi pondok dan pesantren menghukum dengan label-label tajaan media
orientalis; tiada masa depan, melatih pengganas, fanatik, taksub, dan
sebagainya yang sengaja menimbulkan rasa curiga dan prejudis masyarakat yang
akan merugikan mereka sendiri.
Sistem sedia ada menyebabkan
pondok tersisih dan dianggap out dated( ketinggalan zaman) dari arus masa.
Suasana semasa meletakkan institusi pondok jauh terkebelakang , tidak terbela.
Ibu dan bapa lebih melihat sekolah lebih
terjamin masa hadapan duniawi . Tiada lagi memikirkan anak dihantar ke institusi
pendidikan untuk membantu membaiki ummah. Sebaliknya tumpuan telah beralih
kepada agar anak hidup mewah, ada kerja dan terjamin masa depan untuk perut
sendiri semata-mata. Biarpun beratus ribu dilaburkan ibu bapa; asal anak jadi
cerdik pandai ilmu fardhu kifayah...tapi sebenarnya jauh ketinggalan ilmu
fardhu ainnya. Sistem nilai yang keliru ini telah dipaksakan keatas umat islam
hingga secara beransur kebusukan penyakit umat berakar umbi melahirkan generasi
individualistic yang materialistic lagi penuh kepura-puraan dalam dunia tanpa
sempadan ini . Sistem persekolahan sekarang berdepan krisis sosial yang parah
hakikatnya. Agama menjadi isu sampingan ; bahkan di subjekkan untuk lulus periksa.
Bukan dijadikan panduan hidup.
Realitinya pondok hanya pilihan terakhir yang
menyebabkan anak-anak yang tiada harapan sahaja diletakkan disitu. Berdepanlah
guru-guru pondok mendidik anak bangsa yang tidak tahu membaca, menulis ,
mengira. Bukankah sepatutunya mereka yang mempunyai IQ sehebat ADI PUTRA
diletakkan di institusi itu ..atau sesiapa sahaja yang genius di institusikan
disitu agar lahirlah dari umat ini ULAMA yang berkredibiliti dan hebat?
Bukankah untuk kebaikan umat jua? Maka di mana justifikasi transformasi
pendidikan olahan kerajaan setakat ini? Atau disebalik program pembodohan
rakyat terhadap agamanya memberi
keuntungan kepada PEMERINTAH agar dapat terus memerintah rakyat yang sudah di
lemahkan iman mereka dengan sistem yang mengunci mati mereka dalam alam ini?
Atau dalam erti kata lain..proses halus orientalisme menawan jiwa rakyat
setelah apa yang dipelajari dari sejarah panjang penentangan Golongan Pondok
atau Pak Kiai (di Indonesia) atau Ulama serta Aulia’ terhadap kewujudan mereka
secara biadab di nusantara ini. Dalam perang fizikal di tanah melayu, walaupun
mereka berjaya menawan negeri Raja
Melayu namun jiwa MELAYU ISLAM selamanya tidak sekali-kali kerana disana ada
JIHAD yang memisahkan antara kita dan mereka.
Pondok yang dianak tirikan inilah asal sumber
perjuangan bangsa Melayu yang mempunyai roh sebenar. Ulama dan Umara bersama
rakyat atas institusi yang dipelihara sumber manhaj keilmuan bersumber Haramain; sanad yang bertali sampai
kepada baginda Rasulullah saw. Berkembang dari ISTANA;dari sini juga
terpendamnya kekuatan aliran ahli sunnah wal jamaah. Para Orientalis sangat
menekuni masalah ini. Dari Acheh ke jawa, dari sumatera ke Thailand..Melaka ke
Pasai. Mereka berdepan kerajaan Islam yang peradabannya dijana dari kekuatan
pengamalan Islam yang dibawa Syaikh Yaman dan Haramain berjiwa tasawuf sehingga
jatidiri terpasak kukuh dalam darah orang Melayu di rantau JAWI ini. Maka
sesuatu yang hebat dari umat ISLAM tidak boleh dibiarkan subur. Dan mereka serta anak didik mereka merancang melemahkan umat Islam terhadap sumber agama mereka sendiri. Bukan
sahaja pondok, bahkan Al Quran juga tidak terlepas dari cubaan licik mereka mengubah
cara penterjemahan, kredibiliti,dan isinya. Bahkan Berselawat kepada BAGINDA saw pun menjadi isu BID'AH yang memeningkan masyarakat ?
Perlu diingat unsur Islam adalah
daya pendorong terkuat dalam mengembangkan tenaga orang Melayu di Nusantara
untuk menentang penjajahan pemikiran ini. Sejarah membuktikan Melayu bersedia
berubah atas sebab KEAGAMAAN (CINTA ALLAH DAN RASULULLAH SAW). Usaha kaum SUFI antara sumbangan terbesar dalam
pemurnian pemahamn Umat ISLAM terhadap agama mereka. Usaha dan Peranan kaum
SUFI dalam menyampaikan ISLAM secara aktif di Tanah Melayu ini di buktikan
dengan Dominasi TASAWUF menjadi pegangan awal umat Melayu.
Saat Negeri Umat
Islam terjajah dan hilang kuasa politik; tasawuf mengambil tempat sebagai
alternatif kepada penyebaran dakwah Islamiah bukan sahaja di Tanah Melayu
bahkan jua di seluruh dunia. Usaha kelompok ini mendapat perhatian para orientalis.
Dan serangan dan label bertalu-talu di talakan keatas kelompok yang MEMANIFESTASIKAN
CINTA MEREKA KEPADA ALLAH DAN RASULNYA dalam ertikata yang sebenar. Sehingga masyarakat jua menjauhi mereka. Inilah yang dicita-citakan ORIENTLIS apabila rakyat menjauhi TOKOH AGAMA yang benar. Ilmu tasawuf dilabel sesat, pengamal bid'ah dan berbagai tuduhan yang membuktikan mereka JAHIL. Sedangkan diri mereka yang tersesat dari mencari ALLAH mereka tidak nampak lantaran buta mata hati. Ilmu TASAWUF hanya dapat difahamai dari pengamal TASAWUF. Merujuk pakar astronomi tentang HAKIKAT ILMU TASAWUF memanglah mendapat jawapan yang tidak adil...FIKIRKAN
Sebuah JIHAD menentang kezaliman
PENJAJAHAN sebenarnya bukan bertujuan menjajah TANAH dan HASIL BUMI, bahkan JIWA,
PEMIKIRAN, dan lebih parah KETAUHDAN UMAT secara berkala dengan strategi
SEKULARISME SEJAGAT mereka.Umat Islam terlena terlalu lama
dibuai mimpi khayalan ciptaan BARAT. Nilai agama dalam kehidupan dikikis
sehingga nipis dan rapuh. Semangat JIHAD di ubah dan mendapat tafsiran yang
menguntungkan ORIENTALISME dan menyeronokkan nafsu. JIHAD adalah berjuang membangunkan kecanggihan dan
kemajuan MATERIALISME. Sehingga manusia hidup kepura-puraan apabila jiwa kering
CINTA kepada ALLAH swt lantaran sibuk membangunkan kenikmatan JASMANi(Materialsime)
terlupa membangunkan ROHANI. Jiwa tiada tenang. Bahkan resah dan gelisah tidak
puas kerana merindukan ILAHI. Kesibukan Materialisme sengaja dipaksakan DAJJAL
dan IBLIS untuk melupakan manusia asal dirinya dan kemana tempat kembali
mereka.
Asal kita adalah ROH, Jasad hanya
tempat roh menumpang dan akan binasa dimamah ulat. Jasad hanya “sistem”, sedang
diri mu adalah ROH yang merindukan TUHAN-NYA. Dari Allah kamu dating dan kamu
akan kembali menghadapNYA. Maka gunakan “sistem” kepada tujuan asal ia dicipta.
Ilmu inilah yang barat tidak mahu UMAT ISLAM hayati kerana ia akan merugikan
usaha mereka.
Penjajahan ini sejarah PAHIT:umat Islam menerima kesan kehancuran TAMADUN MENJADI HAMBA ALLAH. Umat ISLAM menderita lantaran keliru ..sehingga berbahsa seperti PENJAJAH yang bertuhan kepada DIRI mereka , AKAL mereka..sehingga sombong dan lupa diri. RENUNGILAH...
No comments:
Post a Comment