3 May 2012

Usaha Orientalisme Mengubah Pemikiran dengan jalan..

Sejarah Orientalisme menguasai negeri UMAT ISLAM di rantau ini melalui tempoh masa yang panjang cuma berubah bentuk dimensi penaklukan. Tidak sedikit penentangan yang diterima oleh pihak ORIENTALIS. Kebangkitan umat Islam dipelopori para Aulia' serta alim Ulama. Melalui institusi Raja dan Pondok kefahaman Islam yang suci difahami Masyarakat lalu menjadi darah daging mereka. Dari institusi ini jugalah mulanya usaha menentang segenap Usaha Merobek akidah Umat Islam atas nama Penaklukan. 

Jihad yang mengalir dalam jiwa umat Islam menyebabkan kerugian kepada pihak mereka kerana walaupun berjaya menawan negeri mereka gagal menawan jiwa Umat negeri itu. Semenjak itulah usaha orientalis menimbulkan keraguan umat ini kepada agama islam semakin menjadi-jadi .  Hasrat mereka agar kita mengikut telunjuk barat dalam beragama . berbagai cara licik dan halus digunapakai dalam merubah pemikiran. peperangan pemikiran ini lah yang lebih merbahaya dari peperangan konvesional kerana walaupun negara kita merdeka..namun jiwa telah tertawan . 

Tidak seperti sejarah ..Negara ini mereka tawan namun jiwa tidak sekali-kali.. Usaha memisahkan unsur KETUHANAN pada jiwa umat ISLAM berjalan sampai kehari ini ...hingga setiap aspek kehidupan kita dikuasai Doktrin Sekularisme tanpa disedari, tanpa perlu menghentikan umat Islam dari berhenti bersolat.

berikut beberapa strategi Para Pemuka Orientalis melancarkan serangan pemikiran pada Skala Dunia. demi mengawal pemikiran umat dunia.

Ini Meletakkan umat Islam pada dunia khayalan dan melekakan mereka asal usul dan matlamat hidup mereka.

Racun berbahaya mereka disalurkan melalui beberapa wasilah; antaranya:

1. Cintakan Sukan
Manusia perlu disibukkan dengan kecenderungan mereka terhadap FIZIKAL mereka. Dasar Sukan menjadi agenda melucutkan iman umat Islam. sehinggalah tiada lagi peranan agama Dalam bersukan seperti yang digariskan dalam acara prestij DUNIA. SUKAN OLIMPIK. Dengan slogan Kebebasan Individu, kita disuburkan menuntut hak melakukan apa sahaja mengikut kehendak nafsu bukan lagi Tuhan yang menciptakan diri sehingga masyarakat rosak dek melakukan penghinaan terhadap Syariat secara terbuka tanpa segan silu. Agenda ini melucutkan rasa malu dan pembudayaan sukan tanpa menutup aurat menjadi suatu kegilaan dan keseronokan ; ibarat berpesta meraikan MAKSIAT kepada TUHAN. Bukankah ini budaya tamadun ROM sekian lama.? Begitu sekali racun merosakkan umat ISlam sehingga kelubak biawak kita ikuti mereka.

2. Budaya Berhibur
Hiburan mendapat definisi yang berbagai. Namun hiburan yang disertai dengan keserakahan nafsu disuburkan bersama budaya yang mencabut iman Umat Islam. ROKOK, ARAK,..penaja utama hiburan yang menyeronokkan. Artis di solek dengan solekan yang menyebabkan mereka digilai, dicintai..sehingga melebihi pula cinta ALLAH dan RASULULLAH. Jika cinta pada Allah dan Rasul menghancurkan nafsu jahat,  maka cinta kepada ARTIS tiada lain menyuburkan kejahatan nafsu. Artis adalah alat DAJJAL mempromosikan hiburan mencabut iman dengan sangat berkesan. Artis dijadikan ikon dan sumber petunjuk walaupun mereka bernama JUSTIN BIEBER( AHLI ILLUMINATI PENYEMBAH IBLIS) dalam menjalani kehidupan. bermula dari berpakaian, bergaul sehingga hilang ALLAH dan RASULULLAH. Maka tampil mereka dengan keadaan berpakaian tapi bertelanjang bulat.Sehingga tua hampir habis usia masih tiada menyedari diri mereka diperguna merosakkan UMMAT. Biasa didengar artis mengucap syukur kepada ALLAH tetapi sebenarnya mereka sedang mempromosikan maksiat kepada ALLAH. Maka berlapik pula mereka dengan kata ..mereka yang mengkritik tidak memehami HASIL SENI..dan begitulah lagak bahasa seperti ahli falsafah Perancis yang atheis bahasanya. Usaha mereka menegakkan benang yang basah ,..atas nama mencari makan...guna memuaskan perut dan nafsu semata. Maka bukanlah menyalahkan Penghibur..tetapi mereka dan dibelakang merekalah menyebarkan BUDAYA BERHIBUR dan kerosakan  dan kesesatan yang melata kepada anak MUDA.

3.Menyuburkan Potensi nafsu
Bagaimana usaha mencabut rasa bertuhan dalam jiwa umat Islam. dengan menjadikan sesuatu selain Allah dalan rasa bertuhan itu.? Maka suburkan nafsu mereka agar bertuhan mereka dengan Nafsu kerana ia lebih mudah dan menyeronokkan. Maka ingatlah wahai taulan, neraka itu dikelilingi perkara yang disenangi Nafsu. Alam ini diperlihatkan indah pada mata oleh sihir iblis agar mempengaruhi jiwa manusia sehingga terbelenggu jiwa dengan nafsu. Nafsu tidak pernah berhenti jika diturutui, ia akan terus mahu menyusu sehingga mati...Dari sebilik emas, ia mahukan pula selembah emas..apa cara asalkan ia mahu dipuaskan. Jika manusia bertuhan nafsu. Maka mudah sekali menawan jiwa umat Islam. Di lemparkan apa-apa yang dilihat indah pada mata maka gugurlah mereka ibarat kelkatu menuju bulan. Perempuan, Harta, Takhta, Kemewahan, Keselesaan, Emas, Wang Ringgit...tidakkah kalian merasa indah menikmati semua diatas ? Pamerkan di papan-papan iklan, dalam siaran iklan; dengan slogan yang menarik jiwa; akan semua keindahan ini agar manusia terus diberikan cita-cita khayalan dan palsu agar mereka bermatian berusaha mendapatkannya sehingga mereka lupakan urusan negeri akhirat mereka.

4.Mendifinisikan sosial 
Definisi sosial mengikut tafsiran barat lebih bersifat individualistik. Budaya mementingkan diri serta berentetan dari ajaran Kristian yang dipesongkan atau bercelaru. Usaha barat memusnahan sistem Kekeluargaan di timur dengan sistematik melalui penerapan atau menjual idea yang merosakkan pemikiran pendidik anak di rumah (ibu), ketua keluarga (ayah) dan yang dididik di rumah (anak) sehingga mereka hilang peranan dan tidak mengikut fitrah asalnya. Usaha yang sama dilakukan bagi menghancurkan sistem keluarga di Barat Sistem budaya kerja yang ada menekan ayah, ibu pula bekerja untuk profesion serta diri ; bukan khidmat pada suami. Maka anak-anak pula terabai; konflik berterusan antara peranan ayah dan ibu. Maka si anak merujuk kepada rakan diluar yang dilihat lebih memberi perhatian dan menjadi tempat . Dalam suasana mendesak ini faktor kepentingan memelihara struktur sosial masyarakat sangat penting dan wajib dimulai dari sel Keluarga. Wajar dicermati sudut kacamata ISLAM di Timur ini. Keruntuhan sistem keluarga faktor kes SOSIAL meningkat kalangan masyarakat. Si ayah yang JAHIL. si Ibu yang SOMBONG...dan si anak yang mewarisi BODOH SOMOBONG. Maka melahirkan keluarga PORAK PERANDA didalamnya, aman damai dilihat dari LUARNYA

5. Seksualiti
Budaya ini menjadi Perangsang Keruntuhan Tunggak maqasid Syariah. Saat membiarkan diri dikuasai nafsu sehingga mentafsirkan sesualiti setara dengan TAMADUN BABI DAN ANJING meletakkan manusia lebih hina dari tamadaun hawaan tadi. Terbaru atas dasar Kebebasan hak Individu. Mereka menuntut agar kecenderungan kebebasan mengamalkan LBGT mereka diterima secara rasmi dan diluluskankan peruntukan undang-undang.

6. Matrialisme
Fahaman Materialisme menyuburkan kecintaan kepada MAKHLUK Allah sehingga hilang ALLAH dalam Jiwa . Kesibukan umat Islam membangun materialisme sehingga terikut-ikut pentafsiran barat dalam memisahkan ketuhanan dalam kehidupan sangat licik. Penumpuan jiwa hanya pada kenikmatan jasadi. Hilang keperluan rohani. Perlu dirisaukan manusia tidak dapat menikmatti makanan. namun tidak perlu risau jiwa tiada bersolat atau solat tiada khusyuk. Semakin subur jasad kita diikat pada kenikmatan duniawi, semakin tenggelam pula potensi rohani sehingga tidak sanggup keluar dari ruang keselesaaan yang tersedia oleh materialisme ini. Katil yang empuk penting, maka apa lagi nak difikirkan bangun malam hari bersunyi dengan Ilahi? kenderaan dan rumah yang selesa penting , apa lagi nak difikirkan keperluan bersolat atau tanggungjawab kepada si miskin. Subur fahaman materialisme, jiwa terikat kepada hal-hal rendah di bumi untuk keperluan jasad yang akan jadi makanan ulat. Jiwa kosong, berdosa, tiada makrifat, tiada dirisaukan lagi. sebab perlukah diambil peduli? Maka manusia hidup kepura-puraan. Zahir dilihat bergembira, tetapi batin merintih merana mencari kebahagiaan hakiki yang tiada dijumpai dalam khayalan materialisme yang akan binasa.

7.Serangan Penerbitan
8. Gerakan NGO
9. Intelektual
10. Politik 
11.Ekonomi
13.Pendidikan
14.Perundangan
15.Media
16. Fesyen
17. Kecantikan
18. Makanan
19 Kerja
20.Muzik
21.Pembudayaan Nilai Negetif 
22. Teknologi
23. Slogan
24. Menaja Pemikir Sesat
25. Pengiklanan
26. Trend gadjet hp,laptop
27. Games
28. Animasi
29. Perfileman

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger