14 May 2012

Jasad YAHUDI DIHINA di KUBAH MASJID NABAWI




Qubbatul Khadhra’ (kubah hijau) yang terlihat megah di Masjid Nabawi berfungsi menaungi makam Rasul Saw yang mulia didampingi kedua sahabatnya sekaligus mertuanya iaitu Abu Bakar Siddiq ra, dan Umar bin Khattab ra.

Tempat tersebut dahulunya adalah rumah baginda Rasul Saw kerana setiap Rasul yang diutus oleh Allah Swt dimakamkan di mana dia wafat. Sebagaimana sabda Nabi Saw: Tidak dicabut nyawa seorang Nabi pun melainkan dikebumikan dimana dia wafat. (HR. Ibnu Majah)

Sejarah bercerita, ketika Nabi sampai di Madinah, pertama sekali dikerjakan Nabi Saw adalah membina Masjid Nabawi dengan membeli tanah berharga 10 dinar kepunyaan dua orang anak yatim Sahl dan Suhail berukuran 3 x 30 m.

Bangunan yang sederhana itu hanya berdindingkan tanah yang dikeringkan, bertiangkan pohon kurma dan beratapkan pelepah kurma. Sebelah Timur bangunan Masjid Nabawi dibina rumah Nabi Saw.

Manakala di sebelah Barat dibina ruangan untuk orang-orang miskin dari kaum Muhajirin yang pada akhirnya tempat itu dikenali dengan tempat ahli Suffah (kerana mereka tidur berbantalkan pelana kuda).

Pada tahun ke-7 H, Nabi mengadakan perluasan Masjid Nabawi ke arah Timur, Barat, dan Utara sehingga berbentuk bujursangkar 45 x 45 m dengan luas mencapai 2.025 m2 .

Program jangka panjang untuk memperluas Masjid Nabawi seperti yang kita lihat sekarang ini diisyaratkan oleh Nabi Saw dengan sabdanya menjelang wafat: “Selayaknya kita memperluas masjid ini”.

Hingga pada tahun ke-17 H, Amirul Mukminin Umar bin Khattab khalifah kedua, memperluas ke arah Selatan dan Barat masing-masing 5 m dan ke Utara 15 m, dan diteruskan oleh Usman bin Affan khalifah ketiga memperluas ke arah Selatan, Utara dan Barat masing-masing 5 m pada tahun ke-29 H.

Akhirnya pada masa Khalifah Bani Umayyah Al-Walid bin Abdul Malik pada tahun 88 H, memperluas ke semua sisi Masjid Nabawi termasuk ke arah Timur (rumah Nabi) dan bilik-bilik isteri Nabi (hujurat) sehingga makam Nabi Muhammad Saw, Abu Bakar Siddiq, dan Umar bin Khattab termasuk sebahagian dari masjid dan berada di dalam masjid yang sebelumnya terpisah dari masjid.

Inilah yang menjadi perbahasan para ulama dan fukaha di dalam Fikih Islam, iaitu mendirikan bagunan seperti rumah kubah, madrasah, dan masjid di atas kubur. Kerana Nabi Saw bersabda : Allah mengutuk umat Yahudi dan Nasrani yang membuat kubur para nabi mereka menjadi masjid-masjid (tempat peribadatan). (HR. Bukhari Muslim)

Hadis di atas difahami oleh sebahagian ulama terutama di kalangan pengikut Syekh Muhammad bin Abdul Wahab (Th. 1115 H/ 1703 M di Masjid Saudi Arabia, dan aliran ini disebut oleh saingannya sebagai aliran Wahabiyah, dan di Indonesia dengan aliran Salafi).

Secara umum, tidak boleh melakukan kegiatan ibadah di atas kubur, berdoa menghadap kubur, dan membina kubah di atas kuburan.

Terakhir ada seorang manusiaI(YAHUDI) yang memanjat kubah hijau Masjid Nabawi untuk menghancurkan KUBAH tersebut, lalu disambar petir secara tiba-tiba dan mati. Mayatnya melekat pada kubah hijau tersebut dan tidak dapat diturunkan sehingga sekarang . Namun ada usaha cuba memadamkan fakta ini dengan mengatakan kawasan yang disimen itu adalah jendela KUBAH itu. Adalah tidak logik mengatakan itu adalah jendela untuk tujuan pembersihan. Usaha ini tidak pernah berhasil...kerana memang 
mayhur kisah tentang usaha JAHAT YAHUDI itu, 

Adalah tidak logik mengatakan ada JENDELA, Seni BINA ISLAM tidak bina  JENDELA pada KUBAH. Kedudukan JENDELA pula tidak logik dan mengapa disimen setebal itu? Bukankah muat sekubur JASAD dibawahnya jika dlilihat ketebalan SIMEN itu. Mengapa cerita mayat di atas KUBAH HIJAU ini di nafikan???



Usaha itu sebenaarnya antara cubaan memadamkan dan memutuskan KECINTAAN UMAT INI DENGAN MENGHAPUSKAN BARANG-BARANG PENINGGALAN BAGIND SAW; AGAR HUBUNGAN CINTA UMAT DENGAN NABI MUHAMMAD SAW TIDAK BERSAMBUNG. WAHABI di MAKKAH TELAH MENJADIKAN MEROBOHKAN RUMAH NABI SAW dan menjadikan TAPAK RUMAH NABI  SAW sebagi TANDAS. Tujuan jahat menghapuskan kesan sejarah dengan alasan mengelakkan amalan BID'AH sebenarnya merekalah yang mahu memutuskan hubungan CINTA UMAT ini kepada Baginda saw.

Jika berkesempatan cuba lihat satu klip video YOUTUBE berkaitan GELAS NABI saw yang dibawa dari LONDON kembali ke CHECHNYA. Melihat gelas Baginda saw sahaja boleh menggetarkan jiwa apatah lagi jika dapat duduk di dalam rumah NABI saw. Umat Ini sangat merindukan Baginda saw. Kerinduan ini  adalah ubat dan mampu meningkat kan keimanan umat ISLAM. Perkara ini lah yang mahu dihapuskan YAHUDI dan TALI BARUT mereka. Perasaan CINTA menjadi mekar saat melihat apa sahaja Barang milik Baginda saw (ATSAR)

Syekh Zubaidy, ahli sejarah Madinah menceritakan ada seorang soleh di kota Madinah bermimpi, dan terdengar suara yang mengatakan “Tidak ada seorang pun yang dapat menurunkan mayat daru KUBAH itu, agar orang yang di kemudian hari dapat mengambil, i’tibar”.

Hingga sekarang mayat tersebut masih ada dan dapat disaksikan terus dengan mata kepala. Bagi yang tidak dapat berkunjung ke sana dapat mengakses internet google “Ada Mayat di atas Kubah Masjid Nabawi”.

Pengajaran yang dapat diambil dari kisah ini, terlepas dari kebenarannya, bahwa kembali kepada Tauhid yang murni seperti zaman Rasul Saw adalah tujuan dari dakwah Islam dan misi para Rasul dan umat Islam mesti menerimanya, jika tidak ingin menjadi orang musyrik.

Akan tetapi pemeliharaan nilai sejarah dan para pelaku sejarah juga penting, kerana Allah berfirman : Sungguh di dalam sejarah mereka terdapat pengajaran bagi orang-orang yang berakal. (QS. Yusuf : 111).

Akhirnya jika pelaku sejarah tidak boleh dikenang, tidak dimuliakan, tidak dihormati, kuburnya diratakan, bagaimana kita mengambil pelajaran dari sejarah tersebut?

Adapun maksud Nabi Saw Allah mengutuk Yahudi dan Nasrani menjadikan kubur sebagai tempat ibadah, adalah menyembah kubur. Semoga kita dapat pengajaran. Wallahua’lam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger