28 Jun 2009

Berpusing macam gasing atas jalan raya...


Isuzu D-max

Cuba lihat pautan ini :http://www.youtube.com/watch?v=pCtqFPfuKWs
: http://www.youtube.com/watch?v=G6HA0IhFPw8

Hujan tiba-tiba terasa lebat, hatiku berdesis jalan licin ni... Selalunya jika hujan aku memandu dengan lebih berhati-hati... jika emakku disebelah selalu beliau akan bersuara..mirul.perlahan sikit ! Apabila meter mencecah 110 keatas ... Pemanduan sebegitu menjadikan aku tertekan jiwa muda sentiasa memberontak, mahu kebebasan..ya itulah ego yang tersembunyi yang sebenarnya memakan diri.

Kemalangan sebuah van degan sebiji kereta...remuk, terbalik, maut...... siapa sangka?
Inilah TADBIR ALLAH swt

Namun sekarang berbeza, aku bersama dengan sahabatku bermusafir ke utara menemannya atas urusan kerja, tiada orang menegurku. Ya kali ini tiada siapa yang mahu menegurku, selagi minyak boleh ditekan...selagi itu akan ku habiskan pedal minyak sehingga lantai bawah .. 140-150 km per jam tidak terasa semasa memandu ISUZU D-max. Ianya semasa perjalanan pulang, sepanjang perjalan pergi sahabatku sahaja yang memandu...120 km per jam..namun kekal 110 selepas sekali speed trap dalam pertengahan perjalan... Ditaqdirkan ALLAH dalam keadaan lesen mati... saat kenderaan tersebut ditahan polis kerana melebihi had laju hanya kepada ALLAH diserahkan segala urusan. mmm...nafs dihela lega , polis lepaskan kami begitu sahaja dengan nasihat...JANGAN LAJU SANGAT... sehabis lesen dikembalikan semula, kenderaan dipacu sahabatku sehingga ke UTP...bukan nasihat itu yang menjadi tajuk perbualanku dengan sahabat yang sorang ini sebaliknya, Keajaiban yang dirasakan berlaku kerana terlepas disaman"...

Itu perjalan pergi, tetapi perjalanan balik aku yang pandu.... keadaan berbeza.. itulah aku... kenderaan itu dirasakan sangat mengujakan, kemas merasakan keadaan di dalamnya, padat pecutannya..ya, aku terlupa nasihat polis...aku merasakan tidak mengapa kerana kenderaan ini berwibawa itulah sangka ku...Keyakinan diletak pada kereta!! . Dalam perjalan balik agak 3 kali aku berhenti di RNR..pertama mengisi minyak, kali ke 2 menunaikan solat jamak (RnR TAPAH)... selepas itu aku sambung memandu..seingatku..aku memang membaca doa menaiki kenderaan..al fiil, al inssyirah...dan ayat Dengan Nama ALLAh aku bertawakkal.. kali yang ke 3 adalah selepas kejadian...

15 minit pertama hujan agak renyai-renyai...pada 27/6/2009, jam sekitar 3 petang..hilai tawa dalam kereta berbual-bual mengisi kebosanan adalah suasana biasa sepanjang permusafiran pulang ini. Tiba-tiba hujan dirasakan semakin lebat , melihat kekuatan kenderaan ini meredah hujan ini, terasa tayar melekat atas jalan meredah hujan yang lebat... 120 km sejam malar sepanjang hujan ini. Mungkin tak mengapa, kereta sebesar ini dan seberat ini mungkin jaguh di atas jalan. Hujan? alah kacang ja.... mungkin itulah gambaran sikap ku terhadap hujan ini...jalan ini..kenderaan ini..

120 km sejam, atas jalan berkembar belakang ku 2 biji trelar panjang, penuh muatan, depan ku sebelah kiri sebiji BAS ... di laluan kanan sebiji PAJERO juga sedang memecut..kira-kira 120 km sejam juga... Saat itu di selekoh.. tiba-tiba lampu merah pajero bernyala..ia membrek memerlahankan kenderaan..saat yang sama aku baru sahaja memecut 120++ km sejam dan membrek memerlahankan kenderaan secara tiba-tiba...

Saat hidup dan mati! Aku tidak merasakan brek makan aku tekan brek dan lepas..tekan lagi..pelik....walaupun dibrek aku merasakan kenderaan tidak berhenti... inersia bertindak.. KERETA MELUNCUR ATAS JALAN!!


Mengelak pajero di depan aku memusing stereng...ke kiri, kenderan membuang kekanan., tayar belakang terheret kekanan jalan...brek dilepas, ditekan semula..kereta meluncur lagi ..aku tidak lagi mampu mengawal kenderaan...hampir-hampir melanggar bas didepan..aku memulas stereng sekali lagi...DEMI ALLAH itulah saat akal ku berhenti berfungsi...terlalu pantas....Kenderaan itu berpusing diatas jalan 360 darjah....dalam hujan lebat dengan jarak penglihatan 10 meter sahaja, pada kelajuan 100 km sejam, trelar dibelakang mengekori dan sebiji bas didepan... aku mendengar dari sahabatku bersuara melihat responku memulas stereng cuba mengawal kenderaan, semua panik..... "biarkan kereta berpusing!! Lepaskan sahaja.."Saat kereta habis berpusing 360 darjah...kereta mengundur ke arah pembahagi tepi jalan...

Akalku seperti berfungsi kembali...aku menekan brek dari kereta mengundur melanggar pembahagi jalan dan mungkin boleh menyebabkan jatuh ke bawah cerun... Kenderaan itu mengelungsur sedikit dan akhirnya berhenti... aku memandang cermin pintu kanan ku yang betul2 berdepan dengan sebiji trelar samar-samar dalam lebatnya hujan penuh muatan menghala ke arah ku.. yang memberikan " DOUBLE flash light".bertalu-talu....itu lampu amaran. aku betul-betul melintang atas laluannya....Bukan senang untuk ia membrek dengan muatan penuh dengan jalan yang licin..ia mungkin mengalami perkara yang sama seperti aku jika berbuat demikian.. Syukur kepada ALLAH, enjin ni tak mati... aku masuk gear satu dengan tenang dan terus membelok ke kiri membetulkan posisi kenderaan ke dalam laluan yang betul...

Kakiku dirasa bergetar, menggeletar..tanganku kemas pada stereng juga merasakan menggeletar..perasaan KEBEGHAH( seperti baru pulih dari panik)...kereta dipandu 80km/j..terasa allignment tayar lari dari kestabilan...sedikit bergegar....Suasana dalam kereta senyap...Bercampur aduk dalam otak dan hati.. perasaan terawang-awang.. syukur, sedih, menyesal...gembira, takut..semuanya dalam satu. Aku bersuara... apa yang engkau rasa? ..aku memecahkan suasana senyap kaku itu kepada sahabat disebelah yang seperti baru pulih dari panik.....seperti teragak-agak sahabatku menjawab dengan kata-kata yang menyebaban aku terdiam..."Kita berada dalam tadbir ALLAH swt tadi"...ana rasa macam mati hidup semula aku bersuara !!!

Ini satu persitiwa yang tak akan aku lupakan... timbul penyesalan dalam diri..rasa mahu melunaskan semua tanggungjawab sebagai khalifah atas muka bumi., ketaatan kepada ALLAh yang ditangguh-tangguh... dosa-dosa yang dibuat.. Sangat besar pengajarannya untukku..Kepada ALLAh aku bersujud..bersyukur diselamatan kami... masih memberikan kami peluang bertaubat dan melunaskan amanah yang terpikul dibahu... diberi kelapangan untuk memperbaiki diri sebelum mengahdapNYA.. Ini suatu yang sangat berharga dalam hidupkue ALLAH HUROBBI!!!Sepanjang perjalan pulang dengan purata 80 km/jam , ada 2 biji kereta yang masing-masing melanggar pembahagi jalan juga mengalami situasi yang hampir sama :diselekoh..dan menggelungsur atas jalan, kerana terlalu laju!!!...teruk remuknya... takpasti samada semua penumpangnya selamat...kepala aku membayangkan betapa keadaan kami dengan trelar yang penuh muatan tersebut... kemlangan yang berlaku...Aku beristighfar panjang, mengucap syjur tak terkira..tak terungkap lagi dengan kata-kata...

Allah sahajalah pelindungku..Yang menurunklan Kitab...Dan hanya DIA sahajalah yang memantu orang-orang muslim.

( Buat pembaca ini adalah kisah benarku... perkongsian ini kita ambil iktibar..doalah semoga ALLAh ampunan dosa-dosaku, maaf atas segala kesilapan ku selama ini., rupaya ada umur lagi untukku terus memperbaiki diri.. Aku berusaha untuk memperbaiki semula diri ini..

yang sangat penting berhati-hati dijalan raya.. INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG..Beringat sebelum KENA)

Contoh perlanggaran ISUZU DMAX:


3 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah, semuanya selamat...
Insaf ana nak bawa laju2 kat jln raya...
Kdg2 kita akan alpa bila berada dlm keadaan selesa...
Sentiasalah muhasabah diri...
Nasihat utk semua dan diri ini juga...

Jundiummah said...

Perkataan berhati-hati memberi makna yang baru dalam hidup ana....bahkan ia sangat berbekas...

Anonymous said...

bawa laju lagi la pahni deh! biasala darah muda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger