10 Jun 2009

robot ular Israel Defense Force (IDF)






Baru-baru ini Israel Defense Force (IDF) mendedahkan bahawa mereka sedang membina sejenis robot ular yang bakal digunakan di dalam peperangan pada masa akan datang.

Menurut IDF, robot ular ini dibina dengan saiz lingkungan 2 hingga 3 meter panjang, manakala warna ular tersebut kemungkinan diletakkan dengan warna celoreng seperti kebanyakan baju tentera.

Fungsi ular robot ini sebenarnya lebih kepada tugas mengintip dan merekod suara-suara di sekelilingnya dan disimpan di dalam memori terbina dalam. Pergerakannya pula di kawal dari jauh melalui satu sistem satelit berkomputer.

Selain itu, menurut IDF juga, ular robot ini juga berfungsi untuk mencari mangsa-mangsa runtuhan bangunan yang tersepit. Kebolehan ular ini menyelinap masuk ke tempat-tempat terselindung akan digunakan untuk menyelamat mangsa runtuhan.

Dalam laporan akhbar Jerusalem Post, IDF mendedahkan lagi bahawa mereka akan meningkatkan fungsi ular robot ini kepada pembawa bom ke tempat-tempat musuh. Atau mungkin ular ini sendiri akan menjadi bom bergerak. Projek membina ular robot ini kini sedang diusahakan oleh penyelidik-penyelidik di Universiti Ben Gurion, Israel.

Namun demikian, mereka bukanlah orang pertama yang mencipta robot-robot kecil jenis ini. Pada 1970-an telah Prof. Shigeo Hirose dari Department of Mechanical and Aerospace Engineering di Institut Teknologi Tokyo telah pun menjalankan kajian tentang pembinaan robot bagi kegunaan ketenteraan.


Sumber artikel: http://ibnuyaacob.com/?p=1068#more-1068

Untuk Video ular robot yahudi: http://www.youtube.com/watch?v=R14Y8h2xNRI&feature=player_embedded




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger