8 Jun 2009

Teori Hologram dan Teori Reptilian Shapeshifter

October 8th, 2008 · Teori Kemunculan Dajjal

OLEH BLOG: http://ibnuyaacob.com/?p=124

bush_family

Para pengkaji barat sejak akhir-akhir ini menunjukkkan kesungguhan mereka membongkarkan bahawa semua pemimpin atau individu-individu yang berkaitan Illuminati dan AntiChrist adalah tidak normal.

Teori mereka cuba menegaskan bahawa terdapat ketidaknormalan perilaku pada sesetengah individu yang berkaitan Presiden Amerika. Di sini mereka cuba membuktikan bahawa individu-individu yang terlibat dengan pentadbiran adalah bukan manusia.

Walaupun agak keterlaluan dan kelihatan tidak logik. Namun kesungguhan itu patut dihormati daripada tiada berteori langsung.

Di bawah ini dipaparkan video bagaimana ibu kepada George Bush iaitu Barbara Bush dicurigai sebagai bukan manusia. Imbasan dibuat dengan kaedah hologram dalam sebuah rancangan TV Live.

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=rHgIk8qPHuM]

Pengkaji video di atas mendapati keganjilan pada kerdipan mata Barbara Bush. Beliau mengambil selang masa yang lama untuk berkerdipan. Percakapannya juga seperti bukan membaca teks tetapi seolah-olah diprogramkan.

Teori Hologram ini adalah kesinambungan daripada Teori Reptilian Shapeshifter yang berpendapat individu-individu tertentu dikenalpasti sebagai bukan manusia melalui anak mata dan kerdipan mata.

Teori Reptilian ini lebih terkenal di bawah penyelidikan Bro. Hashem melalui videonya Hashemfilm dan diikuti oleh beberapa pengkaji lain di Youtube.

Wallahu’alam.

P/S : Teori Hologram dan Teori Reptilian Shapeshifter bukanlah teori yang dibawa blog ini malah bertentangan sama sekali. Namun demikian, kami paparkan juga sebagai tanda menghormati pengkaji lain. Walaupun berlainan bangsa dan agama, semua orang berhak mengemukakan pandangan mengikut pemahaman dan ilmu masing-masing.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...