Daku menerawang kekusutan, mencari jawapan yang terpendam jauh dalam hijab rahsia, lalu menemuinya di sini. Aku memetik sebuah artikel yang menggali rahsia yang semakin ditinggalkan muslimin ...
TEKNOLOGI ROHANIAH vs TEKNOLOGI DAJJAL
Selagi umat Islam bertuhan pada akal (CAHAYA RENDAH: MUKTAZILAH), mereka akan terus lemah dan tak akan mampu menentang teknologi (Dajjal) yang berasaskan hukum akal, hukum sebab dan musabab di alam zahir. Dajjal dan kuncu-kuncunya (ILLUMINITI, FEEMASON) mendalami rahsia cahaya dan gelombang (LIGHT and WAFE FREQUENCY) bagi mewujudkan kekuatan mereka sehingga terpukau dunia (LUCIFER (DFAJJAL) THE MASTER OF ILLUSIONS) dengan kehebatan yang dicipta. Sedangkan umat Islam yang benar-benar mendalami rahsia Allah memiliki kehebatan yang berkali-kali ganda menggunakan teknologi gelombang dan cahaya rohaniah (CAHAYA ROHANI).
Asif Bakhtiar di zaman Nabi Allah Sulaiman a.s dapat mengalihkan istana Ratu Balqis menggunakan teknolgi cahaya rohaniah. Komunikasi arahan antara kem tentera di zaman Sultan Salahuddin al-Ayubi turut menggunakan teknologi zikir pada qalbu. Begitu juga Kiyai di Jawa yang memindahkan kubah ke binaan masjid yang sedang disiapkan menggunakan teknologi cahaya zikir.
"Berzikir adalah untuk mengingati ALLAH semata-mata, bukanlah pula mencari kelebihan-kelebihan. Perkara ini amat penting."
Barat hanya mampu menggunakan gelombang akal (KUASA MINDA:PSIKIK, HIPNOSIS, SUB-CONCIOUS MIND) dalam melakukan komunikasi rahsia, sebagaimana digunakan oleh agen CIA, MOSSAD, KGB dan lainnya. Mereka tidak mampu mencapai kekuatan rohaniah kerana ia hanya dimiliki umat yang mengucap dua kalimah syahadah dengan faham dan beramal dengan ikhlas (JIWA IHSAN).
Kursus “Mind Power” dan “Tenaga Dalam” (dengan pelbagai nama) masih lagi dalam hukum sebab musabab, ia dalam frekuensi gelombang yang rendah. Sebab itulah ia dapat digunakan oleh semua manusia tanpa mengira agama (BUDDHA, YOGA, NINJA) dan cara hidup. Cuma, bagi yang Islam diajarkan zikir pada wajah luarnya.
Ada juga di kalangan mereka yang cuba ‘mengIslamkan’ aliran ilmu tersebut dengan dibelakangnya ditampal perkataan “Islam”, “Sufi”, “Makrifat” dan seumpamanya, malah setengahnya mendakwa ianya ilmu ulama dan wali Allah… sedangkan hakikatnya ia tetap berasaskan ajaran bertuhankan kuasa diri, kuasa akal, kuasa alam yang sama dengan orang kafir.
Mereka ini sebenarnya terperangkap dengan ajaran Dajjal melalui kuncu-kuncunya yang berusaha mengheret umat Islam berada dalam gelanggang mereka iaitu teknologi berasaskan akal, diri dan alam ( NATURE and LOGIC ). Dengan cara ini, mereka dapat melemahkan umat Islam dan sampai bila pun umat Islam tak akan mampu menewaskan mereka ( melaui pemisahan JIWA AGAMA ). Teknologi akal (HUKUM AKAL )mereka sudah jauh ke depan, kita hanya menjadi pengikut sahaja.
Jika mahu berperang pula, kita perlu membeli senjata mereka dan mereka akan menjual senjata yang second class kepada kita. Mereka memberi kita pesawat yang tidak boleh bertahan lama untuk terbang, atau kapal selam yang tak berapa boleh menyelam(eg: kapal selam SCORPENE Malaysia yang tak boleh tenggalam selepas dibeli)
Kita bukannya mahu meninggalkan teknologi akal, bahkan perlu mengambil sepenuhnya jika mampu. Tapi kita jangan sampai meninggalkan kekuatan kita yang sebenarnya iaitu kekuatan teknologi rohaniah.
hasil tulisan :
al-faqir Walid Ibrahim Mohamad Asy-Syathari
hasil tulisan :
al-faqir Walid Ibrahim Mohamad Asy-Syathari
No comments:
Post a Comment