29 Mar 2012

HAPUSKAN SIS dari MALAYSIA.

SIS (SISTERS in ISLAM )dilihat mula melatah apabila PAS mahu menghalaunya atau menguburkannya. Pelbagai tuduhan dibuat..hakikatnya mereka sudah mula goyah dan mencari punca untuk mendapatkan perlindungan. Melihat kenyataan yang dibuat dalam berita HAIRAN..

"KUALA LUMPUR: Sisters In Islam (SIS) menyifatkan usul Pas untuk mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dan mengharamkan pertubuhan itu sebagai satu tindakan mundur dan tidak demokratik.

Pengurus Kanannya, Marina Chin Abdullah dalam satu kenyataannya berkata, usul dibuat pada Muktamar Pas, kelmarin, adalah tanggapan prejudis terhadap SIS dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan bersuara.

"Usul itu hanya membuktikan keangkuhan dan sifat tidak demokratik Pas yang mencanangkan prinsip demokrasi dan tidak akan mendiskriminasi mana-mana pihak dalam pilihan raya lalu.

"Kita percaya ramai rakyat memilih Pas pada pilihan raya umum lalu kerana prinsip demokrasinya, namun kini parti terbabit mula mengabaikan apa dikehendaki rakyat. Ia juga menunjukkan Pas tidak boleh bertolak ansur dengan kepelbagaian pendapat di negara ini," katanya.

Muktamar Pas menerima usul untuk mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat SIS dan mengharamkan pertubuhan itu jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam.

Usul agama itu yang dikemukakan Pas Shah Alam dibuat selepas menyedari aliran dan pandangan SIS boleh mengelirukan rakyat dan mengancam akidah umat Islam terutama golongan muda serta mereka yang berfikiran sekular.
Marina menegaskan, pertubuhan yang sudah wujud 20 tahun itu sentiasa berpegang kepada ajaran Islam sebagai agama yang membawa keadilan kepada seluruh umatnya.

Melihat mereka melatah satu perkataan sahaja bagi menjawab kembali dakwaan SIS.."BENGONG !".. Jika sudah benar, kenapa mahu takut? Sebab mereka sudah tahu mereka memang bersalah maka cuba mengalih isu kepada orang lain tidak demokratik pula .Sedang SIS banyak membawa kekeliruan kepada masyarakat ISLAM, Berselindung atas nama ISLAM tetapi apa yang sebenarnya yang cuba diperjuangkan..GAGASAN LIBERALISME mungkin agenda utama!!!

MARI sama-sama kita melenyapkan hayat SIS dari terus memporak perandakan masyarakat. Berhati-hatilah dengan mereka , kerana mereka ibarat alat kepada musuh ISLAM, mengelirukan agama ISLAM dan menjauhkan masyarakat darpada TAFSIRAN ISLAM YANG SEBENAR kepada TAFSIRAN HAWA NAFSU.

MARILAH kita sama-sama mendesak MAJLIS FATWA memutuskan perkara ini.. SIS lah punca kepada kecelaruan masyarakat. Mahu mendidik masyarakat, tapi sendiri haru- biru lagi celaru... Ntah pepe ntah.

Saranan pemuda seperti dalam MalaysiaKINI juga merupakan jalan keluar yang ditunjukkan harap mereka faham ...








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger