23 Mar 2012

SAS

18 mac 2012  Sabtu - 25 Rabiulakhir 1433

Hari ini aku menonton satu drama di TV Al-Hijrah yang bertajuk ‘Lorong Waktu’.. 

...aku tersentak dengan jawapan yang diberi oleh Sabrina anak murid Haji Husin...Plot datang penjual selipar, yang mengatakan selipar itu adalah selipar yang pernah dipakai oleh Rasulullah SAW. Tetapi ramai di situ tidak mempercaya ...Si penjual selipar itu. Masakan selipar atau nama glamornya ‘capal’ yang nampak baru lagi bagus  itu milik Nabi SAW. Sedangkan Rasulullah SAW telah wafat 1400H lalu mestilah selipar itu nampak usang dan lusuh.

Maka terjadilah dialog antara Haji Husin,tetamunya,anak muridnya dan penjual selipar.

Haji Husin : Siapa yang mahu beli selipar ini?
                   (lalu diberi kepada tetamu A)

Tetamu A  : Selipar ini mungkin selipar biasa bukan miliknya Rasulullah SAW.Hanya plastik biasa yang   dibuat di HongKong (lalu diberi kepada tetamu B)

Tetamu B  : Saya tidak mahu membeli selipar ini, jika anda mahu wang saya akan
                    berikan.

Penjual selipar : Saya tidak mahu wang tanpa menjual barang saya. Saya rela tidak
                          tidak ambil wang anda jika selipar saya tidak dibeli orang.

Haji Husin : Jadi siapa yang mahu membeli selipar ini?
                    (lalu diserah pada Sabrina,anak muridnya)

Haji Husin  : Jangan pandang selipar itu sebagai wang. (katanya pada anak muridnya)
Sabrina  mengerti lalu membelinya.

Selepas penjual itu beredar, tetamunya bertanya kepada Haji Husin mengapa Sabrina membeli selipar itu sedang sudah terang memang selipar itu bukan milik Rasulullah SAW.Kata Haji Husin, hanya Sabrina dapat menjelaskan keadaan.

Tetamu A : Apa alasanmu tentang pembelian selipar tadi padahal kamu tahu itu bukan selipar yang dipakai oleh Rasulullah SAW?

Sabrina  : Memang pada dasarnya selipar itu bukan milik Rasulullah  SAW tetapi saya Cuma menolong penjual selipar itu untuk memperoleh wang yang halal. Lagipun Pak Haji ada katakan tadi jangan pandang kerana wang. Maka saya fikir selipar ini adalah perantaraan  Rasulullah SAW dengan kita untuk  menolong orang yang miskin.

Maka tergamam tetamu-tetamu itu dengan jawapan dari Sabrina. Mereka bersama-sama menyebut tasbih kepada Allah SWT. Dan merasakan diri mereka kerdil sangat dihadapan Sabrina.

 Jika benar cinta kita kepada Allah dan Rasulullah SAW, maka tiada masalah untuk kita membantu golongan susah kerana Rasulullah SAW sangat dekat dengan golongan miskin dan menyayangi anak yatim. Subhanallah!

Wallahualam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger