28 Aug 2007

Meniti hari yang malang...

Hari ini aku melaui hari dengan sedikit dugaan...



Pagi ini aku menghantar sahabatku ke Fakultinya...yelah dah lewat bagun..tak terjangka kadang-kadang sebab sambung tidur lepas subuh. Keadaan seperti biasa, cuma entah kenapa serba tak kena hari ni. Bawa motor macam biasa tapi bila sampai disekatan jalan aku tak terperasan palang yang melintang jalan . Apalagi...BAM!! motor aku melanggar palang kayu 4x 3 inci ...secepat kilat palang itu membidas keting aku...ADUH!! demi Allah sangat sakit , aku hanya menahan kesakitan dengan mengucapkan Alhamdulillah..mungkin kafarah dari Allah swt buat ku..aku tak mem"brake" kerana nak hantar member sorang ni yang dah lewat 30 minit kuliah sejamnya... tambahan bahaya aku membrake kerana motor aku tak stabil, takut member aku jatuh motor pulak.Sebaik sahaja menghantarnya aku memecut terus ke fakulti untuk ke kuliah aku pula...kebas di kaki tak hilang lagi..aku buat tak tau jer..mungkin hilang lah nanti.



Sampai kat fakulti , aku diingatkan pula tentang tugasan 2 minggu lepas yang tak bersentuh apa-apa tetapi perlu dihantar hari ini. Ya Allah, dugaan apa pula kali ini?? aku memang tak teringat langsung. Mana nak ingat, buku yang sentiasa mengingatkan aku tentang tugasan yang perlu aku buat hilang entah kemana...Merenung jauh aku dibuatnya.Biasanya dalam keadaan ini Pelan B ialah COPY PASTE...pinjam orang punya, salin dan edit sikit...Sepanjang kuliah tadi aku siapkan tugasan ini...Berserabut kepala ditambah lagi dengan projek akhir aku pulak..Esok penasihat projek pulak nak jumpa seawal 9 pagi, dengan deraf soalan survei yang perlu diserahkan 2 hari lepas..juga tak bersentuh apa lagi...ini lah kelemahan aku sejak dulu..kerja last minit, kerana bertangguh..kerja tak pernah sempurna...Aku hilang rentak sem ini. Aku tenangkan diri, bilamana terfikir pulak bengkel projek yang diadakan Ahad lepas aku tak hadir...TERLUPA ! Habis !!! mana aku nak rujuk...???Course mate je lah tempat aku boleh buat rujukan.



Sesak dada dibuatnya, tetapi lega sikit kerana amali 3 jam petang ini dibatalkan pensyarah. Walaupun terasa dada lapang sikit namun tertekan jugak sebab keputusan ujian pertama dah keluar. Aku bersaing dengan rakan aku, sem ni aku kalah sikit dengannya, prestasiku merosot. Namun dalam keadaan ini aku tak boleh mudah jatuh semangat , semua ni dugaan dan menjadikan aku lebih tabah...



BAlik rumah sewa pulak , tambah serabut baju yang tak berbasuh sejak aku balik dari kem minggu lepas. bayangkanlah, sampai dah tak berapa nak ada baju untuk dipakai. Tak boleh jadi aku kata...aku angkur t semuanya masuk dalam besen dan mulakan senaman pinggang. Lenguh pinggang dibuatnya membasuh baju-baju tu...



Petang ni pulak aku ada janji jam 3 hendak berbincang dengan member aku berkaitan projek final. Proposal tak siap lagi, ..aku kena sedikan masa untuk memahami betul2 proses menyiapkan thesis aku, kalau tak habis semuanya..jadi amcam Bengkel tempoh hari...Aku ada masa 2 minggu lagi sebelum proposal dibentang.



Petang tadi baru balik dari perjumpaan dengan member berkaitan thesis ,aku berlanggar dengan kereta yang secara tiba -tiba membelok ke kanan dalm perjalana nak balik kerumah sewa. Aku terjatuh dari motor dan terhentak sedikit kat pinggul akau. Sakit nya rasa sampai sekarang..sengal-sengal sikit. Alhamdulillah aku tak terluka namu motor aku, tongkat bengkok keatas...Alhamdulillah..satu lagi ujian dari Allah swt...

Aku terfikir kembali , ini pasti suatu peringatan CASH dari Allah akibat dosa maksiat yang telah aku lakukan. Allah swt masih memberikan aku peluang untuk bertaubat kepadaNya...apa akan berlaku jika aku mati?? pasti aku akan menyesal tak habis. Kasih sayang ALlah tiada batasnya..kini aku sedar, semuanya ada hikmah..Allah swt sayang pada hambaNya , maka diperingatkan apabila kita jauh dari Nya...itulah yang akau alami..hari malang yang aku alaui memang wajar aku alami..kerana semuanya berpunca dari diri aku sendiri..Ya Allah. ampunkan dosaku, kezaliman ku, maksiat yang aku lakukan..hanya kepada Mu kami berserah diri, masukkan aku dalam rahmatMu..kurniakan aku kemaafan..AMIN!!!

22 Aug 2007

KATA -KATA DAN HATI

“Harry, open the door!”
“Harry, can you please open the door!”

Dua ungkapan dengan maksud yang sama, tetapi menghasilkan kesan yang berbeza.
Semasa saya kecil, Sesame Street adalah salah sebuah rancangan televisyen yang amat saya minati. Salah satu episod yang masih segar di ingatan saya ialah “The Magic Word“.

“The Magic Word” bertujuan mengajar kanak-kanak supaya menggunakan perkataan-perkataan yang sopan terutamanya apabila meminta pertolongan. Perkataan please, kindly dan yang seumpama dengannya adalah “The Magic Word” yang dimaksudkan.

AKAL DAN HATI

Saya sentiasa berhati-hati agar jangan perkataan saya menyinggung sesiapa. Maka saya juga mengharapkan yang sama dari orang lain. Ia adalah fitrah manusia. Allah mencipta manusia dengan akal dan hati, yang saling berbeza tabiat dalam memberikan reaksi kepada perkataan. Akal memproses logik. Hati memproses emosi.

Akal dan logik menghasilkan tahu.
Hati dan emosi mencetuskan mahu.

Apabila kita meminta sesuatu dari orang lain dengan menyebut “Ali, buka pintu tu”, ia adalah arahan kepada akal. Apabila akal memahami arahan tersebut, ia akan memberikan kefahaman tentang reaksi dan tindakan yang sepatutnya diambil terhadap arahan itu.
Tetapi arahan yang hanya mempedulikan akal, walaupun boleh difahami, ia mungkin tidak mencetus mahu. Arahan itu tidak mengambil kira soal hati. Sedangkan kemahuan datang dari hati.

Bagaimana kalau ayat yang sama diungkap dengan cara yang lebih sopan, seperti “Ali, tolong bukakan pintu tu. Terima kasih!”
Bagaimanakah perasaan dan kesediaan kita untuk bekerjasama dengan permintaan yang sedemikian rupa, berbanding arahan pertama?

Saya yakin, kita lebih bersungguh dan berkemahuan untuk memenuhi permintaan itu kerana perkataan “buka pintu” memberitahu akal, manakala perkataan “tolong” dan “terima kasih” menggerakkan hati.

Tidak bolehkah peraturan semudah ini kita amalkan dalam hidup?

LUQMAN DAN BAHASA KASIH SAYANGNYA

Lihat sahaja bagaimana Luqman menasihati anaknya. Beliau mulakan ungkapan nasihat itu dengan lafaz “Ya Bunayya“, yang boleh dimaksudkan sebagai “wahai anakku sayang”. Ia adalah lafaz akal dan hati. Luqman tidak bersikap angkuh terhadap anaknya atas status dirinya sebagai bapa. Malah kuasa kasih sayang dan bahasa yang mengungkapkannya, menjadikan nasihat itu lebih berkesan dan penuh hikmah.

Manusia tidak bertindak berdasarkan apa yang dia tahu (akal), tetapi manusia bertindak berdasarkan apa yang dia mahu (hati). Jangan lupa yang itu. Jangan hanya mengeluarkan arahan, tetapi manfaatkan fitrah manusia yang ada perasaan.

BAHASA TERHAKIS

Saya semakin merasakan betapa generasi hari ini semakin tidak mempedulikan bahasa. Tidak pandai berbahasa. Tidak bijak menutur kata. Saya tidaklah mengharapkan bahasa bangsawan atau sastera. Tetapi cukup dengan bahasa “The Magic Word” yang sudah begitu sebati dengan adat resam dan budaya kita.

Lihat sahaja pada mesej-mesej di shoutbox dan komen. Saya tidak bermaksud mahu memperlekeh sesiapa, tetapi saya tidak enak membaca tulisan yang tidak manusiawi. Tidak cerdik berkata-kata. Apakah kerana generasi muda hari ini semakin banyak berhubung di alam virtual, maka mereka menjadi tuli terhadap nilai-nilai kemanusiaan pada bahasa dan perhubungan?

Sengaja saya cetuskan Sesama Street sebagai muqaddimah kisah ini kerana saya ingin menunjukkan kepada pembaca betapa masyarakat Barat, masih ramai yang particular dan mengambil berat tentang hal ini. Mereka mengajar anak-anak mereka berbudi bahasa.

Bagaimana dengan kita yang Muslim ini? Islam yang mengajar kita bahawa muka dan bahasa yang manis itu adalah suatu kebajikan. Bagaimana dengan Melayu yang suka dikenali sebagai bangsa yang berbudi bahasa?

Sudikah kalian memikirkannya? Terima kasih

Dipetik dari:
ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Hikmah dari suatu Pengembaraan :Sorotan Sejarah Gilgamesh

Bagi seorang Muslim yang mengkaji Tamadun, langkahnya pasti diringi dengan usaha mengesan Tauhid dan Taqwa pada perjalanan jatuh bangun kehidupan manusia.
Walaupun sukar untuk diputuskan secara yakin bahawa tamadun-tamadun seperti Mesopotamia itu menerima utusan Rasul yang kita ketahui, namun galian-galian arkeologi dan kajian terhadap seni bina bandar-bandar seperti Ur, menampakkan kesan agama yang tinggi.

Agama itu pula mesti agama yang menjunjung Tauhid. Hanya Tauhid yang mampu memberikan perasaan bahawa manusia itu sama rata… kerana semuanya hamba kepada Dia.
Kerana itu di bandar seperti Ur, rumah ahli politik, ahli perniagaan, ahli agama dan rakyat biasa, semuanya di satu kawasan, yang mengelilingi pusat ibadat mereka. Reka bentuk seperti ini sukar berlaku kecuali dengan dorongan perasaan equality yang tinggi, dan hanya agama sahaja yang mampu mencetuskannya pada sebuah tamadun.

Renungi sahaja Kod Hammurabi.
“131. Jika isteri kepada seorang lelaki merdeka dituduh zina oleh suaminya, sedangkan dirinya tidaklah ditangkap ketika sedang berbaring dengan seorang lelaki lain, maka si isteri hendaklah bersumpah dengan nama Tuhan (bahawa dirinya tidak berzina) dan pulang semula ke rumahnya”

Itu adalah suatu petikan darinya. Hukum hakam yang tidak asing dari ajaran para Rasul yang kita ketahui.

MENCARI HIDUP KEKAL

Namun, apa yang menyentuh hati saya ialah pada kisah seorang wira yang terkenal di era berkenaan. Kisahnya lebih kepada sebuah epik. Namun disiplin sejarah mengajar kita untuk menyaring kisah-kisah seperti ini, untuk mencari intinya yang berkemungkinan besar sahih dan ada nilai sejarah.

Epic of Gilgamesh on Tablet

Itulah kisah Gilgamesh, seorang tokoh yang hidup di bandar Uruk sekitar 2600 B.C. Pelbagai lagenda ditulis mengenainya dan ia menjadikan Epic of Gilgamesh sebagai syair bertulis tertua di dalam sejarah manusia. Ditulis di dalam bahasa Sumerian sekitar 2000 BC, ia dilakar kemudiannya di dalam bahasa Babylon, Hittites, dan bahasa-bahasa lain di Asia Barat.

Gilgamesh yang mempunyai seorang rakan karib bernama Enkidu, tersentak dan dikejutkan dari kehidupannya dengan kematian Enkidu. Kematian itu telah menyedarkan Gilgamesh, dan kita jua mudah-mudahannya, terhadap batas kehidupan manusia. Kematian Enkidu telah mendorong Gilgamesh untuk merantau mencari jalan untuk mengelak kematian.

Kembara itu lebih kepada kembara memujuk diri untuk menerima hakikat kematian. Gilgamesh gagal bertemu jawapan, lalu pulang dengan kehampaan. Namun, Gilgamesh telah menulis dan merakamkan pengalamannya di dalam perjalanan itu, dengan kepercayaan bahawa itulah caranya Gilgamesh dapat kekal, terhindar dari kematian…

Hingga kini catatan itu mengekalkan nama Gilgamesh biar pun jasadnya mungkin sudah sebati menjadi tanah. Gilgamesh terus ‘hidup’ kerana hidupnya meninggalkan bekas.

HIDUP BIAR BERJASA

Inilah yang menyentuh saya, betapa hidup ini biarlah berjasa.
Pepatah Melayu sudah pun beralun di telinga seawal usia, bahawa harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Lihatlah kerana hidup yang serba tinggi dan penuh makna, penghulu kita, Rasulullah SAW itu sendiri dipujuk Allah pada hari kematian anaknya, bahawa Dia jua yang mengangkat nama baginda, terus segar dan mekar sepanjang masa… biar pun tiada zuriat lelaki pembawa nama.

(Al-Quran 94: 4)

Malah pada insan yang mati muda seperti Imam al-Nawawi. Biar pun pulang sebelum tua, matinya tidak mati, kerana jasadnya sahaja yang dikebumi dan pergi. Kerana hidupnya penuh dek jasa, berkongsi ilmu seluas angkasa, namanya terus segar dan saban hari disebut di majlis ilmu.

Alangkah kerdilnya hidup kita di alam ini. Usianya pula tak sepanjang mana. Kehidupannya jadi lebih tidak bermakna apabila kehadirannya tiada berbekas meninggalkan tanda. Bak kata pepatah, bagai melukut di tepi gantang.
Hidup biarlah berjasa.

Manfaatkan hidup ini dengan menabur kebaikan dan kasih sayang. Catatkan pengalaman hidup sebaik mungkin agar dengan lakaran itu, mati kita sekadar beralih tubuh, namun kesannya tinggal bersinar menyuluh.

“Apabila mati anak Adam, terputuslah secara pasti segala amalannya kecuali dari tiga perkara; Sedekah yang jariah, ilmu yang dimanfaatkan, serta anak soleh yang mendoakannya”
Taburlah budi, hidup memberi…

DIPETIK DARI:
ABU SAIF @ www.saifulislam.com

21 Aug 2007

Kasihan Umat Ini...

Maafkan aku kerana tidak dapat mengemaskini laman ni atas kesibukan yang terpaksa aku tempuhi 5 hari kebelakangan ini. Lima hari yang lalu aku menjalani amali di suatu suatu tempat yang sudah biasa sangat dikalangan warga fakulti aku, di sebuah hutan simpan yang menjadi medan penyelidikan.

Kem-kem sentiasa berkampung disini atas maksud menjalankan amali. Selalunya hujung minggu, masuk pada petang Jumaat dan keluar petang Ahad. Keadaan sebeigini amat lazim bagi warga fakulti perhutanan .Keseronokan yang diraih dalam kem - kem seumpama ini adalah adanya pengalaman baru yang sentiasa aku lalui dan peroleh apabila berurusan dengan mad'u yang berbagai-bagai ragam .

Sebagai seorang penghulu bagi sesi kem , kita akan bertanggung jawab bermula 2 minggu sebelum satu-satu kem. Persediaan dan perancangan mesti di rangka terlebih dahulu bersama- sama staf yang terlibat . Mesyuarat pasti akan memberikan rahmat dan kemudahan yang amat banyak , dan aku percaya akan perkara in kerana ia banyak membantu memudahkan urusan aku. Bahkan mesyuarat juga merupakan sunnah Nabi Muhammad saw....

Persediaan kadangkala tidak akan terjadi seperti yang kita harapkan, ditengah-tengahnya pasti ada halangan dan masalah yang timbul dari aspek teknikalnya sehinggalah ke peringkat dasarnya. Masalah inilah yang memberikan tekanan dalam kita berhadapan dengan sesuatu yang tidak kita harapkan, bukan mengharapkan kesempurnaan tetapi biarlah semuanya berjalan lancar walau apa pun berlaku. Namun hikmahnya, kita mematangkan fikiran kita dan mula memahami tabiat alam ini, fitrahnya, dan kehendaknya. Semakin susah kita , sebenarnya semakin kuat kita bergantung harap kepada Allah swt.

Sekadar perkongsian bersama dalam mengambil iktibar atas apa yang aku lalui. Satu perkara yang menarik perhatian aku untuk dikongsi bersama ialah berkaitan kesedihan dan nazaknya umat ini dalam berhadapan dengan arah tujuan hidup mereka. Mereka gagal menentukan prioriti antara keperluan dan matlamat , penting dan tak penting, keredhaan makhluk dan keredhaan Allah swt. Mereka sanggup bangun seawal 6.30 pagi untuk dapatkan markah bonus komitmen dalam amali, namun tidak untuk menunaikan solat subuh 2 rakaat bagi mendapatkan syurga Allah yang tidak terbayangkan kenikmatannya . Sedih melihat mereka gagal menentukan apa yang penting dalam hidup mereka. Mereka berkeluh kesah jika tidak kuliti makanan dalm kem teruk namun tidak berkeluh kesah denagan keadaan tidak menunaikan solat subuh ,Isyak untuk diri mereka.

Aku keliru dengan mereka ini, tidak percayakah mereka kepada kematian dan hari sesudahnya. Hidup ini bukan hanya untuk berbicara soal perut yang lapar dan kualiti makanan yang tak sedap..lebih dari itu. Dimana jiwa umat Islam sekarang. Inikah yang nak dihasilkan dalam sistem pendidikan yang ada. Kerisauan hanya pada markah, nombor ,kuiz, mata , hasil depan mata, keseronokan sementara?!!

mEREKA SEMUA RAKAN -RAKAN AKU , BAGAIMANA BOLEH AKU BANTU MEREKA YA ALLAH??? MUDAHKAN URUSANKU, BANTU MEREKA ...LAPANGKAN DADA MEREKA DENGANNUR DAN HIDAYANH MU YANG SANGAT MEREKA DAMBAKAN PADA SAAT INI....BUKA PINTU HATI MEREKA...KASIHANI MEREKA YA ALLAH..TUHAN KU YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG..

14 Aug 2007

Memahami Tabiat Perjuangan Islam

MUQADDIMAH

Perjuangan Islam bermaksud perihal umat Islam berusaha mempertahankan agamanya dan mengatasi pihak-pihak yang menentangnya.

Oleh kerana perkataan juang itu sendiri bermaksud melawan, maka persoalan perjuangan Islam itu menggambarkan betapa unsur perlawanan dn persaingan adalah satu perkara rutin dan lumrah yang pasti ada di dalam Islam dah dihadapi oleh umat Islam tidak kira bila atau di mana mereka berada.

Mahu tidak mahu, setiap muslim terpaksa menghadapi reality perlawanan atau perjuangan sama ada dalam bentuk perseorangan atau perkumpulan, hebat atau hanya pertentangan kecil mengikut tahap keimanan seseorang.

Demikianlah, sejak generasi Islam yang pertama pada zaman Rasulullah s.a.w. lagi, umat Islam telah dihadapkan dengan suasana perjuangan yang penuh dengan tekanan dan ujian.

PERJUANGAN DAN JIHAD

Di dalam bahasa Arab, perkataan yang paling sesuai dan sinonim dengan perjuangan adalah jihad. Jihad adalah kata terbitan (masdhar) yang berasal dari perkataan jahada bererti bersungguh-sungguh dan berpenatan mengerjakan sesuatu. Jahada pula bererti memerah tenaga.Jahada al-‘aduw bererti memerangi musuh.

Dari segi bahasa, jihad membawa pengertian berjuang berhabis-habisan untuk meningkatkan sesuatu matlamat. Al-Jihad menurut kebanyakan kamus bererti perang mempertahankan agama.

Dalam konteks Islam, pekerjaan yang paling bersungguh dan paling banyak risiko adalah peperangan atau usaha menegakkan kalimah Allah di hadapan ancaman pemerintah yang zalim sebagaimana dinyatakan dalam hadith Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:

Maksudnya:

Daripada Abu Sa’id al-Khudri katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim.”

Sebab itulah kebanyakan pentakrifan jihad pada zaman silan lebih merujuk kepada aspek peperangan.

Contohnya, ulama’ Mazhab Syafie memberi definisi jihad sebagai perang ke atas orang kafir untuk memenangkan Islam.

Manakala ulama’ Mazhab Hanafi pula mendefinisikannya sebagai menyeru kepada agama yang sebenar dan memerangi orang yang tidak menerimanya, dengan harta dan nyawa.

Imam Hassan al-Bana pula menyatakan bahawa:

“Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesam manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas pundak tiap-tiap muslim. Amanah menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusa menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran.”

Persoalan mengenai perjuangan dalam Islam juga merangkumi usaha umat Islam mengembangkan agama ini dengan menjalankan gerakan dakwah ke merata tempat di serata pelusuk dunia.

Lalu, di dalam usaha berdakwah itu,mereka menghadapi sekatan, ancaman dan cabaran yang datang dari kebanyakan orang- orang kafir serta sasaran dakwah yang tidak bersikap terbuka untuk mendengar dahulu seruan Islam.

Di dalam suasana ini, timbul perlawanan dan perjuangan menentang halangan, sekatan dan ancaman dari musuh dakwah.

Namun dalam konteks zaman mutakhir ini, perjuangan Islam khususnya dengan pengertian jihad, merangkumi aspek yang luas dengan tidak tertumpu kepada aspek peperangan bersenjata sahaja.

Bahkan ia lebih banyak cenderung kepada persoalan memperbaiki umat dan mempertahankan hak-hak umat Islam sama ada melalui gerakan bersenjata, penentangan terhadap pemerintah yang tidak melaksanakan Islam dengan saluran pilihanraya, penulisan dan sebagainya.

Pokoknya, di dalam usaha tersebut pada sepanjang zaman, mereka akan menghadapi cabaran dan tentangan dari musuh yang merupakan sebahagian dari ujian Allah s.w.t. Cabaran dan tentangan tersebutlah yang melahirkan reaksi dalam bentuk perjuangan.

AQIDAH ASAS PERJUANGAN

Islam meletakkan aqidah sebagai asas utama dalam perjuangan. Bahkan ia merupakan rahsia kekuatan Islam sepanjang zaman. Dengan kata lain, Islam tidak menjadikan isu sebagai landasan utama kerana persoalan aqidah adalah bersifat menyeluruh dan evergreen.

Perjuangan yang berasaskan isu akan tamat dengan selesainya isu berkenaan. Sebaliknya Islam sentiasa mengetengahkan isu-isu yang berpaksi pada aqidah untuk menjelaskan tuntutan sebenar tauhid.

Kalimah syahadah La ilaha illa Allah yang menjadi tema tauhid itu sendiri adalah suatu cetusan revolusi atau perubahan besar -besaran di dalam jiwa dan kehidupan manusia kerana ia bererti pengakuan kepada kekuasaan menghukum dan memerintah tertinggi yang disrahkan hanya kepada Allah.

Ia adalah cetusan revolusi terhadap kuasa duniawi yang telah merampas suatu sifat khusus Tuhan yang utama iaitu menentukan perjalanan dan peraturan hidup manusia . Islam adalah revolusi terhadap kenyataan hidup yang bersandarkan kepada rampasan hak Tuhan itu dan juga merupakan suatu pukulan maut ke atas sebarang peraturan dan kekuasaan yang tidak diredhai Allah.

Sebaliknya Islam menuntut manusia tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t. selaras dengan pengertian kalimah Islam sendiri.

Syed Qutb menyifatkan Islam merupakan revolusi di dalam kehidupan manusia. Dalam hubungan ini Syed Qutb menyatakan:

“Seorang yang menganut Islam itu sebenarnya telah melucutkan dari dirinya segala sesuatu dari zaman lampaunya di alam jahiliyah. Dia merasakan ketika dia mula menganut Islam bahawa dia memulakan zaman baru dalam hidupnya; terpisah sejauh-jauhnya dari hidupnya yang lampau di zaman jahiliyah. Sikapnya terhadap segala sesuatu yang berlaku di zaman jahiliyah dahulu ialah sikap seorang yang sangat berhati-hati dan berwaspada.”

Ibn Taimiyah pula menyatakan apabila ucapan La ilaha illa Allah itu merupakan ucapan yang sebenar,jadilah orang yang mengucapkannya itu ahliNya dan tergolong dalam golonganNya (golongan Allah), manakala orang yang mengingkarinya adalah musuhNya dan orang-orang yang dimurkaiNya.

Risalah Islam yang disebarkan melalui dakwah yang telah dimulakan oleh para nabi itu sendiri bersifat menyeru kepada Allah dan menentang taghut iaitu segala perkara atau sembahan yang bersifat merampas hak-hak ketuhanan sama ada dari sudut ibadah, undang-undang dan pemerintahan. Dalam perkara ini, Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al-Nahl ayat 36 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul kepada setiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah dan jauhilah taghut.”

Peranan utama para rasul yang diutuskan Allah adalah membawa petunjuk kepada hambaNya. Ia terdiri dari dua perkara penting yang saling perlu-memerlukan dan menyempurnakan di antara satu sama lain iaitu:

• Menyeru supaya beribadah dan mengabdikan diri hanya kepada Allah yang Esa

• Menyeru supaya menjauhi taghut

Jelas bahawa seruan Islam bukan setakat mengajak kepada kebaikan dengan menyembah Allah dan mentaatinya, tetapi dalam masa yang sama hendaklah menjauhi dan menentang taghut.

MATLAMAT PERJUANGAN ISLAM

Matlamat utama perjuangan Islam adalah untuk meninggikan kalimah Allah iaitu dengan terlaksananya syariatNya dan tunduknya segala fahaman, agama dan ajaran yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asy’ari r.a. katanya: Sesungguhnya seorang lelaki Badwi iaitu Arab desa datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya: “Wahai Rasulullah! Ada seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, ada juga seseorang yang berperang untuk membuktikan kejantanannya dan ada pula seseorang yang berperang untuk melihat kemampuannya. Oleh itu, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Barangsiapa yang berperang demi menegakkan kalimah Allah, maka beliaulah yang berada di jalan Allah.” (Riwayat Muslim)

Allah s.w.t. sendir menuntut agar agamaNya ini siletakkan mengatasi segala ajaran yang lain. Tuntutan ini jelas dinyatakan oleh Allah ketika menjelaskan tentang matlamat pengutusan Rasulullah s.a.w. kepada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dialah (Allah) yang telah mengutus rasulNya dengan hidayah petunjuk dan agama yang sebenar supaya dimenangkanNya atas segala agama walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin.” (al-Saff : 9)

Al-Maududi menyatakan:

“Sebagaimana halnya dengan din-din lainnya, din Allah ini juga menuntut bahawa seluruh wewenang mesti diserahkan kepadaNya semata-mata. Sedangkan semua din yang berlawanan dengannya mesti ditundukkan. Kalau tidak, ia akan dapat menuntut kepatuhan rakyat, kerana dalau din ini telah berlaku, maka tidak akan ada lagi din kerakyatan, kerajaan atau din kaum komunis.”

Tuntutan ini tidak bererti bahawa Islam bertindak memaksa manusia memeluk Islam dan menghapuskan terus ajaran lain secara kekerasan kerana kekerasan dan paksaan tidak akan menghapuskan apa yang ada dalam hati dan fikiran manusia. Ini dijelaskan dalm konsep dan etika peperangan dalam Islam antaranya ialah larangan manakut-nakutkan orang ramai,melampau, membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua yang sudah kabur pandangan, paderi-paderi, penjaga gereja, membakar pokok dan membunuh haiwan tanpa maslahah. Demikian juga difahami dari ayat ke 40 Surah al-Hajj:

Maksudnya: “Dan sekiranya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah .”

Tuntutan itu sebenarnya adalah supaya Islam mendominasikan seluruh suasana dan kekuasaan pemerintahan agar manusia dapat melihat kehebatan dan keagungan Islam lalu mereka akan menerima Islam sama ada sebagai agama anutan atau sebagai pemerintahan yang adil dengan secara rela. Firman Allah s.w.t. Surah at-Taubah, ayat 40:

Maksudnya:

“Dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah dan kalimat Allah itulah orang-orang tinggi.”

Tuntutan menzahirkan agama ini dijelaskan sehinggalah dalam soal peperangan. Tujuan peperangan dalam Islam sendiri adalah untuk memastikan bahawa Islam menjadi penentu dalam percaturan politik dan hidup manusia. Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:

“Dan perangilah mereka (orang-orang kafir) sehingga tiada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya menjadi semata-mata untuk Allah.” (al-‘Anfal : 39)

Menurut Saiful Islam, maksud dari perkataan ‘perangilah’ adalah agar kekufuran tidak melata dan agar din Allah di atas segala -galanya, sehingga din al-Islam ada di mana-mana.

PERJUANGAN TIDAK BERNOKTAH

Islam sentiasa menghadapi tentangan. Hasil daripada dua factor di atas, lalu timbul pula reaksi di kalangan manusia yang enggan tunduk kepada seruan dakwah Islam. Reaksi itulah yang menyemarakkan lagi pertentangan di antara Islam dengan musuh-musuhnya.

Contoh yang paling ketara daripada sirah Rasulullah s.a.w. ialah apabila baginda berdakwah dengan orang ramai tentang Islam supaya mengucap syahadah La ilaha illa Allah, dua orang lelaki Badwi dari kalangan yang hadir berkata:

Maksudnya:

“Ini adalah perkara yang dibenci oleh raja-raja (pemerintah). Kerana inilah kamu akan diperangi oleh orang-orang Arab dan orang-orang ‘ajam (bukan Arab).”

Peristiwa ini menggambarkan bahawa penentangan terhadap Islam adalah perkara yang sentiasa berlaku sebagaimana ia telah berlaku ke atas nabi-nabi yang terdahulu. Namun faktor utama penentangan itu bukanlah kerana faktor batang tubuh individu atau golongan yang menyeru, tetapi kerana seruan Islam itu sendiri.

Sebagaimana Rasulullah s.a.w. sendiri ditentang bukan kerana peribadi baginda yang sudah terkenal sebagai al-Amin dan pernah diberi kepercayaan menjadi hakim menyelesaikan masalah perletakan Hajar al-Aswad dalam peristiwa banjir besar di Makkah sebelum kenabian baginda s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya:

“Jihad itu berterusan sejak aku dibangkitkan sehingga umatku yang terakhir membunuh Dajjal.”

KONSEP KEMENANGAN

Kemenangan adalah satu perkara yang sentiasa menjadi matlamat dalam setiap perjuangan. Tidak kira perjuangan itu benar ( haq) atau batil, pejuang itu muslim atau tidak, masing-masing meletakkan harapan untuk mencapai kemenangan dengan berusaha untuk mengatasi yang lain.

Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri tentang kemenangan, berbeza dengan konsep kemenangan dalam agama atau ideologi serta fahaman lain. Di dalam al-Quran, Allah s.w.t. menggunakan beberapa istilah kemenangan iaitu al-falah, al- fawz, al-nasr dan al-fath. Masing-masing mempunyai pengertian yang berbeza.

Kemenangan dengan istilah al-falah melambangkan kemenangan yang umum dan menyeluruh meliputi segala aspek individu, masyarakat umum, dunia dan akhirat. Kemenangan al-fawz pula digunakan secara lebih khusus kepada kemenangan atau kejayaan di akhirat. Manakala kemenangan al-nasr pula adalah kemenangan dalam jihad kerana membela agama Allah ke atas musuh-musuhNya.

A. Kemenangan di Dunia

Di dalam al-Quran, golongan yang memperolehi kemenangan dunia (al-nasr) ini disebut sebagai ghalibun dan dzahirun. Ghalibun memberi maksud orang-orang yang mengalahkan, manakala dzahirun bermaksud orang yang menang.

Kemenangan di dunia disebut juga al-fath. Istilah al-fath digunakan oleh al-Quran dalam banyak ayat yang menyentuh tentang kemenangan besar. Contohnya, Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al-Fath ayat 1:

Maksudnya:

“Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.”

Ulama’ sejarah menggunakan istilah al-fath (pembukaan) di dalam setiap kejayan tentera Islam menawan sesuatu wilayah kerana mengambil pengajaran dari al-Quran. Sifat penaklukan itu bukan pemaksaan dan penjajahan, tatapi ia adalah pendedahan manusia kepada Islam, pemerintahannya dan keadilannya. Kemenangan di dunia dapat dilihat dari beberapa aspek sebagaimana dinyatakan di dalam Surah al-Nur ayat 55:

Maksudnya:

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad!) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang- orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).”

Tiga bentuk kemenangan al-nasr yang dijanjikan itu adalah:

a) Mendapat kuasa pemerintahan di muka bumi dengan penguasaan pendukung-pendukung ke atas negara atau wilayah dan memeang tampuk pimpinan.

b) Menguatkan agama Islam dengan mengurniakannya wewenang untuk menentukan kehidupan manusia. Dengan kata lain, Islam menjadi asas kehidupan dan undang-undang dalam negara.

c) Mewujudkan keamanan dalam kehidupan setelah mereka berhadapan dengan pelbagai ancaman, rintangan dan risiko dalam mengharungi perjuangan.

B. Kemenangan di Akhirat

Kemenangan di akhirat (al-fawz) adalah kemenangan yang sbenar. Walaupun pejuang-pejuang Islam itu kalah atau gugur di medan peperangan atau sebarang medan perjuangan lain, namun pada hakikatnya mereka telah beroleh kemenangan. Kemenangan inilah yang menjadi matlamat sebenar di dalam perjuangan Islam.

Allah s.w.t. menawarkan kemenangan di dalam firmanNya dalam Surah al-Saff ayat 10 – 12:

Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman ( syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar.”

Berdasarkan ayat di atas, kemenangan di akhirat itu meliputi empat perkara:

a) Mendapat jaminan keselamatan dari azab yang pedih di akhirat

b) Mendapat keampunan dari Allah s.w.t. atas segala dosa yang telah dilakukan

c) Dimasukkah ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai

d) Mendapat tempat tinggal yang baik khusus di yurga yang bernama ‘And

C. Kemenangan Adalah Janji Allah

Di dalam Islam, kemenangan adalah suatu yang pasti dan perlu diyakini oleh setiap muslim. Mereka perlu mengimani masa hadapan yang baik dan gemilang untuk Islam. Ini kerana terdapat banyak nas al-Quran dan al-Hadith yang memberitakan bahawa Islam akan berjaya pada suatu hari kelak. Ayat 55 Surah al-Nur tadi dimulakan dengan lafaz wa’ada bermaksud ‘telah menjanjikan’, di mana kemenangan di dunia (al-nasr) telah dijanjikan oleh Allah sebagai satu kemestian kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh apabila tiba masanya. Janji ini bukan sahaja dikhususkan buat umat Muhammad s.a.w., bahkan ia telah dinyatakan oleh Allah s.w.t. sejak zaman Nabi Daud a.s. lagi. Firman Allah s.w.t. dalam ayat ke 105 Surah al-Anbiya’:

Maksudnya:

“Sesungguhnya telah kami wartakan dalam kitab Zabur selepas peringatan bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.”

Janji Allah s.w.t. ini disebut pula dalam hadith Rasulullah s.a.w.: Maksudnya:

Dari Tamim al-Dari katanya: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan sampai urusan ini (agama Islam) ke setiap tempat yang sampai padanya malam dan siang. Dan Allah tidak akan membiarkan walau sebuah rumah di Bandar dan perkampungan mahupun di pedalaman melainkan akan dimasukkanNya agama ini melalui kemuliaan orang yang mulia atau kehinaan orang yang hina. Dengan kemuliaan Allah memuliakan Islam dan dengan kehinaan Allah menghina kekufuran.” Tamim al-Dari menyatakan bahawa aku telah mengalami perkara itu dalam keluargaku, yang Islam mendapat kebaikan, kemliaan dan kehebatan, manakala yang kafir mendapat kehinaan, merasa kerdil dan membayar jizyah.”

Hadith ini menerangkan bahawa agama Islam akan berkembang seluas-luasnya ke setiap penjuru dunia. Janji Allah dan RasulNya ini telah berlaku untuk peringkat pertamanya dengan berlakunya pembukaan-pembukaan negara Islam dan berkembangnya wilayah taklukan Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. hingga kurun ke-14 Hijrah.

D. Kemenangan Adalah Pertolongan Allah

Persoalan pokok dan perkara pnting yang membezakan konsep Islam terhadap kemenangan dengan konsep-konsep agama, ideology dan fahaman lain adalah unsur pertolongan Allah, Islam amat menitik-beratkan hubungkait manusia Islam dengan Tuhannya dalam perjuangan bahkan dalam setiap aspek kehidupan.

Para pendukung perjuangan Islam sentiasa diingatkan tentang peri pentingnya bergantung kepada Allah dan menyakini bahawa kemenangan hanya datang dari Allah apabila dikehendakiNya. Allah s.w.t. berfirman dalam ayat 10 Surah Ali ‘Imran dan 126 Surah al-Anfal:

Maksudnya:

“Dan tiadalah pertolongan kecuali dari Allah.” (Al-Anfal: 126)

Al-Nasr dalam ayat ini memberi pengertian pertolongan dan kemenangan di dalam perjuangan. Allah s.w.t. mengaitkan persoalan kemenangan dalam ayat ini dengan pernyataan bahawa Allah Yang Maha Perkasa untuk menunjukkan bahawa Dialah yang berkuasa memberi kemenangan kepada orang-orang beriman walaupun jumlah mereka sedikit dan kelengkapan mereka kurang berbanding dengan pihak lawan.

Manakala pernyataan bahawa Allah Maha Bijaksana menegaskan bahawa Dialah yang lebih mengetahui bilakah masa yang paling sesuai untuk mengurniakan kemenangan dan sebab apakah kemenangan itu tidak diberikan dalam semua keadaan.

Setiap pejuang Islam perlu menyakini bahawa kemenangan adalah kurniaan Allah dan bergantung kepada izin dan kehendak Allah. Bila-bila masa Dia boleh mengurniakan kemenangan atau menarik nikmat itu dan memberikan kekuasaan kepada golongan lain.

Justeru, para pejuang Islam perlu mengambil berat hakikat ini agar kemenangan Islam itu dibina atas dasar kefahaman dan penghayatan Islam dalam mengisi kemenangan.

Hakikat ini dinyatakan dalam firman Allah dalam Surah Ali ‘Imran ayat 26:

Maksudnya:

“Katakanlah (wahai Muhammad) Ya Allah! Engkau pemilik segala kekuasaan, Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabutnya dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Dan Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.”

Dipetik dari Jemaah Islam Dunia.

Korbankan Melayu Demi Islam?

Kita mesti menghapuskan kefahaman bahawa kalau masuk Islam, maknanya masuk Melayu!”, kedengaran ucapan sebegini di suatu pentas.

Itulah masalahnya, apabila orang Melayu yang jaga masjid. Buat malu Islam sahaja”, komen pembaca yang kesal dengan insiden saya dan rakan-rakan dihalau dari masjid.

Saya tidak mahu menukar nama kerana saya bukan masuk Arab atau masuk Melayu, tetapi saya masuk Islam”, tegas seorang saudara baru.

Ayat-ayat ini semakin lazim kedengaran.

Ketika masyarakat kita mula kritis dan mahu memurnikan agama, entah kenapa Melayu sering dipersalahkan. Semua kerosakan Islam di Malaysia, mahu dipersalahkan ke atas kemelayuan Melayu.

Puas saya menganalisa kemelayuan saya. Di manakah ciri Melayu saya yang telah memburukkan Islam? Saya tidak berjumpa.

Di manakah ciri Cina dan India, serta Eropah dan Amerika yang ada pada rakan-rakan saya yang dengan ciri itu telah menaikkan Islam? Saya tidak lihat faktornya ada pada bangsa mereka.

MELAYU VS. ISLAM?

Saya bimbang, dalam usaha kita untuk memurnikan Islam, kita menyalahkan Melayu secara melulu. Apakah ada pertentangan di antara menjadi Melayu dengan Islam?

Kini, kita selalu mendengar kisah betapa persoalan Melayu telah menjadi taboo dan menyulitkan sesetengah saudara kita yang mahu memeluk Islam. Mereka mahu Islam tetapi mereka tidak mahu kepada Melayu. Mereka mahu menukar agama dan kepercayaan, bukan adat dan budaya warisan.

Lalu garis pemisah antara Melayu dan Islam ditonjolkan. Yang baik itu Islam, manakala yang buruk-buruk itu dipikulkan ke atas ’masalah Melayu’, bukannya masalah Islam.

Saya percaya, jika hal ini tidak diperbaiki, akan timbul pula satu masalah lain. Sampai satu masa, orang akan takut dengan idea saudara baru dan ’Islam tulen’ yang diperjuangkan kerana ia memusuhi kemelayuan Melayu pula!Akan ada ibu bapa yang bimbang anaknya bakal mengahwini saudara baru kerana menantu itu hanya mahukan Islam dan menolak kemelayuan mereka.

Mari kita analisa komen pembaca-pembaca di dalam entry ”Muslim Pencemar Islam”. Berapa ramai yang menganalisa sudut manusia pegawai yang menghalau kami, dan berapa ramai yang segera mensabitkan hal ini ke atas kemelayuan Melayu.

MELAYU BURUKKAN SIKAP?

Saya tidak nampak, di mana kemelayuan Melayu yang mengajar manusia jadi biadab dan kurang ajar. Malah secara jujur, saya faham sebaliknya. Melayu amat menitik beratkan adab sopan.

Tidak memanggil orang yang lebih tua dengan nama.

Menerima berlapik, menolak beralas.

Menjaga bahasa berselang budi

Semua itu mendarah daging di dalam kemelayuan Melayu.

Kebiadaban pegawai itu bukanlah kerana mereka Melayu. Jika mereka itu benar orang Melayu, bahasanya bukan begitu. Cakapnya tidak melulu. Orang Melayu orang yang tertib. Tertib yang dikukuhkan oleh Islam yang menyuntik nilai Akhirat pada kebaikan yang dibuat.


SEMUA BANGSA ADA ‘DAKI’NYA

Siapa yang dapat menafikan kebiadaban dari bangsa lain?

Lama saya merantau ke negara Arab, biadab sebahagian (besar) mereka bukan kepalang.

Buruk-buruk Melayu, ponteng Solat Jumaat sorok-soroklah juga. Tetapi yang ’Arab’ duduk di depan kedai membilang orang yang ke masjid. Tiada malu.

Tidak amanah, suka menipu, kaki gaduh… asam garam dunia sekitar saya selama bermastautin di Dunia Arab.

Walaupun saya lazim memuji orang Turki, tetapi banyak juga kelat pahitnya mereka yang saya temui. Manusia khianat, berbahasa kesat, tetap ada dan sebahagian daripada realiti kehidupan mereka.

Biar pun saya memuji bangsa Eropah, sama ada yang English, Welsh, Scottish mahu pun Irish… mereka juga ada BANYAK sisi gelap yang menjijikkan keberadaan saya bersama mereka.

POTENSI MANUSIA

Semua manusia mempunyai potensi yang sama. Mereka berpotensi menjadi baik dan berpotensi menjadi buruk.

sawwaaha.JPG

Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya). Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (Asy-Syams 91 : 7-10)

Saya tidak perlu membuang kemelayuan saya untuk menjadi lebih Islamik. Malah banyak aspek kemelayuan diri yang saya pertahankan, malah menjadikannya sebagai sebahagian daripada perjuangan.

Saya amat menyayangi bahasa. Di samping belajar bahasa-bahasa asing untuk ilmu, ukhuwwah dan dakwah, Bahasa Melayu sentiasa saya pelihara kerana ia memberikan harga diri kepada saya yang menghormati diri sendiri.

Bercakap dengan betul dan baik di dalam bahasa ibu bapa saya adalah sebahagian daripada keutamaan hidup ini. Malah saya cukup tidak berkenan dengan generasi Melayu yang tidak pandai berbahasa. Bukan soal tatabahasa yang paling utama, tetapi berbahasa secara sedar untuk mengeluarkan warna diri yang baik atau tawar lagi hambar.

PUCUK MENJULANG AKAR MENCENGKAM

Saya sering umpamakan diri ini seperti pokok yang menjulang tinggi. Saya mahu dahan dan rantingnya mencecah tinggi melebar tepi, tempat bergantung segala hasil manfaat buat diri dan mereka yang mampir.

Tetapi saya mahu akar saya terus mencengkam bumi tempat saya dibenih dan tumbuh.

Biar pun saya cuba terjun ke pelbagai dunia yang amat asing dari kebiasaan orang Melayu, tetapi saya tidak mahu melepaskan akar umbi saya yang datang dari kemelayuan Melayu.

Saya boleh berdakwah di dalam Bahasa Inggeris, dan ketika berbahasa Inggeris, saya bukan hanya perlu bercakap di dalam Bahasa Inggeris, malah saya perlu berfikir dan bertindak, lain dari kebiasaan orang Melayu yang ada. Golongan ‘nobilities’ Melayu yang berbahasa Inggeris, bukan hanya mengalami perubahan bahasa, tetapi juga perubahan cara hidup, selera dan kecenderungan harian mereka. Saya perlu belajar untuk menghormati dan menyesuaikan diri dengan keadaan mereka.

Namun, saya tetap mengekalkan dakwah secara ‘selera Melayu’ saya. Berbahasa Melayu dengan dialek Perak dengan penuh yakin dan selesa, saya tidak lihat ia sebagai suatu kekurangan atau perkara yang memalukan, malah ia menjadi suatu kelebihan. Kuliah Maghrib adalah tempat saya berperanan.

Sebagaimana saya memaksa untuk meletakkan diri di dunia ‘asing’ seperti program IYEP dan MPF, saya juga terus mengekalkan Kuliah Maghrib, Kuliah Subuh dan pengajian kitab.

Apabila kita boleh berbahasa dengan bahasa mad’u, ia adalah isyarat pertama yang kita ini ‘memahami’ mereka.

Pokoknya, kemelayuan yang ada pada diri saya adalah sebahagian daripada diri saya sendiri. Ia adalah suatu kelebihan, dan bukan halangan.

Buruk baiknya manusia sama ada di peringkat individu mahu pun masyarakat, adalah berkait rapat dengan cara kita dibesarkan, iaitu cara yang kita pilih.

TEGAS DALAM SOPAN

Melayu mengajar anak-anak beradab sopan dan menghormati orang tua, tetapi Melayu tidak menetapkan bahawa caranya ialah dengan menengking kanak-kanak dan memaksa mereka diam tidak bercakap.

Melayu mengajar anak-anak berlapik cakap dan tahu memilih kata, tetapi bukan sampai terbisu dari menyatakan kebenaran.

Maka janganlah dibebankan Melayu atas nama Islam, kerana bukan Melayu punca kelemahan Islam.

Segala-galanya harus berbalik kepada faktor manusia.

Manusia yang memilih untuk baik atau buruk.

Manusia yang memilih untuk berbudi bahasa atau biadab busuk bicara.

Manusia yang memilih untuk menjadi Muslim yang baik, atau Muslim yang cela.

MASUK KRISTIAN MASUK ENGLISH?

Saya sering juga berfikir, jika kaum Cina yang memeluk Islam mahu menghindari konsep ‘masuk Melayu’, bagaimana pula dengan Cina yang memeluk Kristian begitu selesa meninggalkan nama Cina dan warna rambut asli mereka?

Saya pernah berbual dengan pegawai polis yang datang ke Belfast Islamic Centre, Northern Ireland untuk rutin mereka.

“Saya hairan kenapa komuniti Cina di sini hampir kesemuanya tidak lagi menggunakan nama Cina, sebaliknya menukar nama mereka kepada nama Inggeris dan Irish”, kata polis berkenaan.

“Ya, saya juga memikirkannya”, saya menjawab.

“Apakah mereka tidak sayang kepada identiti mereka, sehingga nama dan rupa pun mahu diubah”, tanyanya lagi.

Saya hanya mengangguk dan tidak tahu apa yang patut diperkatakan.

Barat telah membaratkan agama Kristian sehingga patung Jesus pun diilustrasikan dengan rupa Caucasian seperti warga Perancis dan Inggeris, sedangkan Jesus adalah warga Timur Tengah yang lahir di bumi Palestin.

Jika orang Timur masuk Kristian kerana mahu jadi ‘orang putih’, kenapa begitu sekali kita memperlekeh orang masuk Islam di Malaysia terkesan dengan budaya Melayu?

hujurat13.JPG

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujuraat 49 : 13)

Allah SWT yang menjadikan manusia itu ada yang Melayu, ada yang Cina, ada yang India. Tujuannya adalah untuk memperkaya dan membangunkan kehidupan manusia. Namun ukuran buruk baik manusia ialah pada Taqwa.

Boleh sahaja Melayu yang Muslim itu menuju Taqwa.

Boleh sahaja India yang Muslim itu menuju Taqwa.

Boleh sahaja Cina yang Muslim itu menuju Taqwa.

Tidak ada pertentangan di antara menjaga kemelayuan Melayu, juga kecinaan Cina atau keindiaan India… pada jalan menuju Taqwa.

Jika ada manusia yang mencemar Islam, dan bangsanya Cina, bukan bangsa itu yang menjadi puncanya.

Jika ada manusia yang mencemar Islam, dan bangsanya India, bukan bangsa itu yang menjadi puncanya.

Manusia sebagai manusia memilih untuk menjadi jahat dan baik, bukanlah kerana genetik tubuhnya pada bangsa, keturunan atau bahasa. Jahat manusia adalah pada nafsu yang ada pada semua bangsa, dan hasutan syaitan yang menghasut semua bangsa.

Maka, dalam usaha untuk memurnikan Islam, islahkanlah manusia, Perbaiki akal, hati dan nafsu manusia agar dia bertaqwa.

Tidak perlu bangsa dimusuhi, kecuali bangsa yang mengangkat kepentingan dirinya atas nama bangsa, mengatasi agama dan jalan Taqwa.

Junjung Islam kerana ia menjelaskan siapa Tuhanmu, pelihara Melayu kerana ia menjelaskan siapa dirimu.

Dicopy dari:

ABU SAIF @ www.hasrizal.com
56000 Kuala Lumpur



Takziah

HANCUR... Bas Super Express yang remuk dan bumbungnya tercabut selepas terbabas dan terhumban ke dalam parit di Kilometer 229, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang, Taiping, Perak, semalam.


Pagi ini selapas solat subuh ajk Masjid Riadhus Solehin mengumumkan kematian seorang qariah masjid sekitar jam 3 pagi tadi. Balik ke rumah semasa melayari internet melihat perkembangan berita semasa ...dikejutkan pula kematian 20 orang lagi mangsa kemalangan jalanraya bas paling buruk dalam sejarah negara...




Pertamanya JuM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Qariah masjid Riadhus Solehin, semua ahli keluarga mangsa-mangsa kemalangan jalanraya. JuM tumpang simpati dan kita semua harus bersabar dalam menghadapai dugaan seperti ini. Bagi yang telah pergi mereka akan terus dengan dunia baru mereka, telah berlaku kiamat kecil untuk mereka. Apa yang dijanjikan untuk mereka kini telah di tunaikan Allah swt. Semoga Allah mengampunkan dosa mereka kesemuanya dan dikumpulkan bersama-sama orang soleh..amin




Hidup mati memang sudah ditentukan oleh Allah sejak kita lahir lagi, dalm kemlangan ini ada juga yang terselamat.Allah swt masih memanjangkan umurnya walaupun dalam keadaan yatim kini. Kehidupan ini suatu ujian. Penuh ranjau dan berduri. Namun ujian atas muka bumi ini tidak lah sesukar mana kerana kita masih ada banyak sumber untuk membantu kita .dan masih ada harapan untuk kita.Insya ALLAH. Namun kesukaran paling azab ilah tika kita berjumpa Allah swt dalam keadaan diri kita belum bersedia dan diterima nya buku amalan dari belah kiri. Dicampakkan kedalam neraka , tanpa belas kasihan..bagi yang kafir selama-lamanya ... tiada penghujung.dan berputus harap dari segala rahmanNya. Itulah kesukaran yan perlu kita renugi bersama.




Lantaran peringatan terus dari Allah swt ini JuM terus kembali mengingati kekurangan dan kelemahan diri ini. Bersediakah aku untuk menghadapi alam yang baru andai ditakdirkan untuk menghadapNya? Banyak dosa yang dilakukan, maksiat, kesalahan , kezaliman yang tangan ini lakukan. Masa akan terus berlalu, umur kita akan terus singkat. Semalam akan meninggalkan kita, esok belum tentu ada janji untuk kita , yang ada hari ini untuk kita manfaatkan sebaik mungkin .




Sebijak-bijak manusia ialah mereka yang mengingati mati dan bersedia untuknya... Dalam kesibukan kita melayari kesibukan kita terhadap keperluan duniawi janan sekali-kali melencongkan terus matlamat hidup kita dalam memenuhi tuntutan titah perintah Allah swt.




Moga Allah swt memudahkan urusanku dan menghdupkan aku sebagai insan soleh. Berdirinya bezikir, duduknya berzikir, makan berzikir, berjalannya berzikir, ... Ya Allah , matikanlah aku dalam keadaa berzikir kepada Mu...AMIN!!

12 Aug 2007

Surat Terbuka Buat ANDA

Assalmualaikum wbt...Salam perkenalan dari Jundi Ummah(JuM)..
Bukanlah bermaksud diri ini terlebih baik untuk menjadi penasihat buat saudari..namun menjadi kewajiban setiap umat Muhammad saw untuk mencegah setiap kemungkaran yang berlaku didepan mata.

Saudari, saban hari Jundi Ummah melihat tapak tangan yang dikurniakan Allah swt sebagai salah satu nikamatNya yang sangat banyak memberi manfaat kepada Jundi Ummah untuk melakukan kerja sehari-harian. Cuma Jundi Ummah (JuM) merasakan apa yang ada pada kita sekarang semuanya tidak akan kekal, tangan ini akan hancur...pada masa tangan ini hancur dimana kita ya? Apakah entiti kita?..dalam keadaan roh , adakah kita dapat merasai sepertimana kita dalam keadaan jasad?.. Keadaan mungkin tidak akan sama lagi..

Dapatkah saudari bayangkan bilamana saudari mati, saudari hanya mampu melihat tanpa mampu untuk mengungkapkan kata-kata seperti saudari sekarang...saudari akan melihat orang yang masih bernyawa sahaja memandikan saudari...saudari akan terus memerhati sehinggalah saudari akan terlihat kubur saudari terkambus dan saudari tidak akan kembali lagi kedunia ini buat selamanya... Apakah hari yang paling meneysal buat saudari setakat ini?...tiada yang lebih menyesal melainkan hari dimana amalan buruk menjadi lebih banyak jika dihitung berbanding amalan baik....JuM sedar dan yakin , kita akan mati dan pasti mati..bahkan pasti merasai azab kubur jika berdosa, dan merasai nikmat jika mempunyai sedikit bekalan tika berjumpa Allahswt.

Dalam keadaan sekarang tidakkah saudari mengambil pengiktibaran dari pengalaman orang lain?..Kehidupan kita bukan sekadar makan, minum, melayani nafsu, belajar ,bersukaria, membuat sedikit kebajikan......kalau itulah rutin kita apa matlamat hidup kita yang sebenar? Mengapa kita akan mati? Mengapa kita ada muda dan akan menjadi tua? Tidakkah saudari teringin sangat menjadi hamba Allah yang paling taat? Raih kasihNya bukan kasih makhlukNya, memenuhi kehendakNya bukan kehendak diri kita, menyembahNya dan bukan menyembah makhlukNya?

Matlamat hidup setiap dari kita, bagi yang bernama manusia hanya satu.. buat pengetahuan saudari....Allah swt sangat sayang hambaNya 10 kali dari kasih seorang ibu yang kehilangan anak kecil.Maka dijadikan kita dalam keadaan berbagai-bagai ujian untuk kita sentiasa memohon dan merintih mengadu masalah kita kepadaNya. Allah swt nak setiap hambaNya tahu bahawa Ia sentiasa ada disisi kita bahkan lebih hampir berbanding urat leher kita sendiri. Siapakah yang saudari lebih percaya berbanding Allah swt, adakah saudari sanggup mensiakan kasih -sayang Allah swt kepada saudari yang selama ini menjamin rezki saudari?...

Matlamt kita hanya satu, keredhaan Allah swt.... yakinlah saudari. Tiada yang lebih penting dalam hidup kita melainkan mendapat keredhaan Allah swt. Selain dari itu semuanya hanya keperluan kehidupan kita...kita makan, belajar , mencari duit, solat, berzikir, berkeluarga dan sebagainya hanyalah merupaka suatu keperluan untuk mencapai matlamat yang utama keredhaan Allah swt.

Jika kita memandu, cermin didepan menjadi keutamaan untuk kita lihat bukanlah side mirror yang menjadi keutamaan untuk dilihat . Namun, cermin sisi akan menjadi keperluan bagi kita untuk dilihat dan memeri faedah kepada kita ketika memandu. Begitulah juga kehidupan.
Andai kita dapat mencapai matlamat hidup ini, kitalah orang paling beruntung didunia dan akhirat. Tidakkah saudari menginginkan nikmat syurga? Apa sahaja saudari minta akan diperolehi .... Tidak pernah tua, tidak mati, tiada sedih , ...kekal ..abadan abada(selamanaya)..pernahkan saudari fikirkannya..mengapa kita bazirkan masa usia kita dengan melakukan apa yang Allah swt murkai? Tidak berbaloi dengan apa yang Allahswt tawarkan untuk kita di akhirat kita. Disisi Allah swt ada 100 nikmat , hanya satu nikmat sahaja Allah letakkan atas muka bumi dan dikonsi seluruh makhlukNya. 99 nikamt lagi tertahan disisi Allah swt hanya untuk hambaNya yang taat akan perintahnya.

JuM mengharapkan agar saudari cepat -cepat bertaubat dan kembali menginsafi asal usul penciptaan kita sebagai manusia. Suatu perkara paling nikmat didunia ialah apabila kita merasai cinta Allahswt. Selagi kita ada masa ini cubalah capai nikmat paling hebat ini kerana jika nyawa telah sampai kehalkum untuk kita menagis air mata darah sekalipun tidak akan kita dapat semula kedunia hatta untuk membuat kebajikan untuk mengucapkan satu perkataan subhanallah.

Nukilan iniJuM coretkan kerana sedihnya JuM melihat kehidupan saudari umpama tiada arah tuju. Ditiup kekiri menari kekiri, ditiup kekanan beranjak kekanan. Tampilkan prinsip dan jati diri kita sebagai muslim. Indahnya jika saudari mampu bertudung semata-mata mencari redha Allah berbanding saudari membukanya untuk mencari perhatian makhlukNya. Hidup tidak lama, sampai bila saudari mahu kekal bebas sebegini..Ya ALLAH engkau bukakan pintu cahaya Hidayah buat hambamu ini ya ALLAH , Luruskan hatinya, selamatkan dirinya, bebaskan dirinya dari belenggu Iblis laknatullah...

JuM cuma mengharapkan agar sadari dapat kembali melaui jalan yang benar, langkah pertama carilah rakan yang mampu membimbing, kedua lazimkan diri menghadiri majlis ilmu dan peringatan kepada mati, ketiga teruskan lah menagisi dosa-dosa kita..moag Allah matikan saudari , JuM, dan semua sahabat dan rakan dalam keadaan mendapat keredhaanNya

Salam perkenalan dari JuM , JuM tidak mengharapkan saudari mendengar semua apa yang dinukilkan..bahkan juga tidak menolak semua yang dinyatakan...gedegang_86@yahoo.com

11 Aug 2007

Berazamlah untuk menjad Insan Soleh...

Sungguh, memang sukar kehidupan yang kita lalui . Saban hari aku menjadi runsing, keliru dan hampir - hampir berputus asa. Semakin kita cuba menghampirkan diri kita kepada Allah swt, semakin sukar dan berat pula dugaannya. Di kala itu kita kalah dengan nafsu kita sendiri....namun disaat itu jugalah Allah swt menunjukkan kasih sayangnya dengan rahmat dan nikmat yang Ia kurniakan. Hati kita kembali lunak dan merasa bersalah lalu bertaubat...

Perkara in berulang kali berlaku pada diri aku, namun aku tetap tidak bersyukur. Bahkan aku tetap menzalimi diriku sendiri. Dalam keadaan tercari-cari dan meraba mencari diri ini perkara yang selalu kau lakukan ..kembali merenung segala akibat perbuatan ku. Maksiat yang aku perbuat, amanah yang aku cuaikan, ilmu yang aku abaikan...bagaiman aku hendak menjawab di hadapan Allah swt kelak.?

Dalam keadaan ini perkara paling baik yang perlu dilakukan ialah menghadiri majlis-majlis ilmu agama. Selain menebus kembali dosa silam, aku dapat menjana kembali kekuatan dalaman yang semakin lemah.

Mengapa kita tidak dapat berazam dan bersungguh mencapai taraf insan soleh...matlamt jangka panjang kita ialah kereedhaan Allah swt namun untuk strategi jangka masa pendek ini...terlebih baik kita usahakan atas diri kita menjadi insan soleh.

Dari sudut amalan harian, bacaan Quran, Zikir harian, Puasa sunat, Qiamullail, bacaan buku fikrah Islam....bila lagi kita mahu memajukan diri kita dalam aspek peningkatan nilai amalan harian?

Persediaan ilmu agama mestilah kita kuasai sebaik mungkin di peringkat masih muda ini....kembali berpijak di dnia yang nyata, ramai rakan sekuliah di kampus menghadapi krisis mengenal matlamat hidup.... kehidupan ini bukan sekadar makan dan minum, tidur dan rehat, bermain dan bersukaria....lebih dari itu kita sepatutnya berperanan dalm ertikata tujuan sebenar kita dicipta Allahswt

9 Aug 2007

Forum Perundangan 2007

Kesibukan menghadapi suasana peperiksaan pertama semester ini tidak dapat menghalang aku untuk ke Forum Perundangan 2007 yang diadakan di Dewan Anuar Musa , Fakulti Sains. Hati aku terpanggil untuk hadir , kuat untuk tetap pergi kerana isu yang diperdebatkan sangat berkait dengan maruah Islam di Malaysia ini.

Tidak mengecewakan barisan panelis yang ditampilkan terkenal dalam dunia akdemik lebih lebih lagi Dr Ugi Suharto, anak murid Dr Naquib Al Attas. Pengkaji pemikiran Islam Liberal ini sangat aktif dan mengikuti perkembanganIslam liberal.

Asalnya tajuk Forum ini "Konflik Bidangkuasa Sivil dan Syariah", Adakah Perkara 121(1A) perlembagaan Persekutuan Masih Releven?.....diakhir penggulungan Dr Aziz Bari mengatakan masih releven dalam keadaan sekarang ini. Adalah terlebih baik kita pertahankan apa yang ada dahulu memandangkan semua bersikap emosional dalam menangani konflik agama,bangsa dan negara ini.

Dalam persoalan akidah tidak ada campur aduk kebaikan dan kebatilan... bukan namanya Islam jika kita ambil separuh dan tinggal separuh..soal iman tiada tolak ansur..asasnya Malaysia bukan negara Islam selagi Islam tidak berada pada tempat yang sepatutnya. Jika Malaysia ini bukan sekular, bukan juga Islam..apakah negara kita ini???

Sebagai perkongsian , arus pemikiran Islam liberal sebenarnya banyak menyentuh 5 perkara jika di Indonesia: menurut Dr Ugi Suaharto:

1)Mereka memuja pemikiran Sekular..mereka mendakwa untuk maju kita perlu bebaskan dari cengkaman agama

2)Mereka memperjuangkan Pluralisme Agama. Bukan berbilang agama tetapi mereka mempertahankan kesamaan taraf agama. SEMUA AGAMA SAMA!?.dan pemikiran ini berbeza dengan toleransi dalam beragama.Tiada satupun agama boleh mengakui ia benar. Jarum pemikiran ini sangat halus.

3)Isu Quran edisi kritis..mereka bersikap radikal hingga mahu mengedit Al Quran: Allah swt telah berjanji Al Quran akan dipelihara sampai hari kiamat dan usaha merka ini upama melakukan perkara paling bodoh di dunia.

4)Hermeneutik(pastikan sebut dengan betul)' istilah yang pertama aku dengar ini merupakan kaedah yang digunakan untuk mentafsir BIBLE. Hermeneutik digunakan untuk mengubah orientasi tafsir Al Quran yang selama in menjadi tradisi umat Islam dari zaman berazman.

Pemikiran ini dikembangkan pemikir Protestant. Friederich Schleimermacher, menjadi aliran falsafah moen , dan kini digunapakai liberlis untuk mentafsir Al Quran pula. Dangkal sungguh pemikiran mereka.

Kesannya Al Quran akan menjadi versi yang berbagai dalam bahasa lain-lain pula. Tidak seperti sekarang bahasa Arab itulah Al Quran, dan di panggil terjemahan jika disertakan dengan penerangan atau huraian.

Pemakaian Hermeneutik menjadikan Al Quran di Malaysia Bahasa melayu, Di jawa Bahasa Jawa, Di Thailannd Bhasa Thailand..dan seribu macam bahasa dan di panggil Al Quran bukannya terjemahan. Itulah yang berlaku kepada Bible kini. Akhirnya tafsiran mereka yang berdasrkan nafsu saling bercanggahan antara satu bible dengan bible yang lain.

Mana mungkin ketam nak mengajar anaknya berjalan. Sejarah menunjukkan Islam tidak memerlukan Hermeneutik bahkan mereka sepatutnya belajar dari Islam..

5) Isu feminisme. mereka memertahankan kesamaan hak antara lelaki dan perempuan.Cukuplah sekadar kita gunakan akal logik, Keadilan Bukanlah tertakluk kepada PERSAMAAN'

Mana mugkin perempuan nak disamakan dengan lelaki dari sudut syariat. Lelaki tidak pernah bertikai mengapa perempuan tidak sembahyang tika datang kitaran haidnya?...Inilah kesesatan nyata yang berlaku jika berpandukan nafsu dan akal semata tanpa merujuk sumber yang MUKTABAR..Quran dan Sunnah..

Aku tak berapa faham apabila sesi soal jawab dikuasai oleh mahasiswa jurusan undang-undang, dan aku pasti yang lain pun sependapat denganku....cuma beberpa isu dapat aku fahami dengan baik memandangkan pernah menjadi isu nasional...Artikel 11, Kes murtad, Kebebasan beragama dan sumpamanya.

Paling menarik sesi soal jawab di rintis oleh Ashabul Yamin, aktivis mahasiswa yang melontarkan soalan seklaigus untuk ketiga-tiga panelis..

soalannya

1)Adakah Malaysia Negara Islam atau sekular- untuk Dr Aziz Bari
2)Adakah Pemikiran Islam Hadhari mirip atau mempunyai ciri Islam Liberal-Dr Ugi Suharto
3)Akta Murtad - mengapa tidak dilaksanakan di seluruh negara?-Tuan Zainul Rijal

soalan yang ditunggu-tunggu mendapat tempat di hati hadirin dengan tepukan yang gemuruh... soalan dijawab satu persatu

1)Denagn peruntukan yang ada melindungi Islam, Malaysia bukan negara sekular..bahkan juga bukan negara Islam kerana menagani situasi poitik dengan cara yang tidak Islamic-Penggunaan akata ISA, Pembatalan Perundagan dan Akta Darurat...dan berbagai lagi yang aku tak berapa nak faham.

2) Islam Hadhari lebih wajar di gunapakai istilah-"Pemikiran Islam Hadhari"..pengunaan istilah yang memberi sifat kepada Islam akan memerpsempitkan Islam, contohnya Islam Sunnah, Islam Syiah, Islam Ghazali, Islam Progresif, Islam Liberal dan berbagai-bagai lagi yang memberikan sifat yang mengikut kehendak dan pemikiran manusia. Ditegaskan Islam cuma satu dan itulah yang di bawa Muhammad saw. Dari sudut perbahasan istilah, pemakaian Islam Hadhari tertolak, bahkan Persidangan Ulama' Fekah juga telah bersepakat menolak penggunaan Islam Hadhari. Dari sudut kandungan Dr Ugi tidak menolak 10 prinsip yang digariskan kerana semuanya benar, cuma beliau menambah Islam bukan hanya berlegar sekitar 10 prinsip ini sahaja. Mudah difahami dan jelas.

3) Ini agak sukar untuk aku menyimpulkan kerana aku tak berapa jelas huraian yang diberikan.

Puak Liberal akan rasa terpukul dimuka mereka berikutan Forum ini...paling menarik Forum ini mencapai objektifnya untuk menjawab kembali Program sebelumnya yang diwujudkan oleh Liberalis. Mereka kini mengalami keruntuhan moral yang mendadak dan menderita kerana forum ini. Syabas buat pembela Islam di UKM, barisan gerkan Islam akan sentiasa merapatkan saf dengan sesiapa yang memperjuangkan keagungan dan kesucian Islam. Himpunan seperti ini wajar diadakan bagi meneutralkan kembali dakyah dan dakwah songsang puak-puak berhaluan Pemikiran Islam Liberal. Moga Allah selamatkan mereka dan menunjukkan kembali jalan yang benar.

1 Aug 2007

Study untuk exam

Seorang sahabat telah memperingatkan aku tentang bahaya dosa.

Mengapa seringkali kita berazam untuk melakukan suatu amal ibadat namun akhirnya kita tetap tidak buat. Solat berjemaah, membaca quran, menghabiskan zikir,muhasabah diri, qiamullail... Niat dah ada, tapi tinggal niat sahaja. Rasa berat, susah , dan malas menguasai diri.

Semua ini berpunca daripada dosa - dosa dan maksiat yang kita perbuat dalam hidup kita. Dosa dan zulumat ini menjadi hijab kepada taufik dan hidayah Allah swt untuk kita melakukan kebajikan hatta mengungkapkan kalimah subhanallah. Setiap amalan yang kita perbuat bergantung kepada taufik dan hidayahNya.

Kebergantungan kita kepada nafsu menjadikan kita akhirnya menyesal dengan apa yang kita telah janji dengan diri kita. Fikir selalu apakah perkara yang paling Allahswt suka kita buat pada setiap masa bakal menjadikan kita betul-betul bersungguh dalam beramal.

Jemaah tabligh menggariskan 6 sifat yang perlu kita wujudkan dalam diri, dan semua ini membantu kepada pemerkasaaan amalan fardi sekaligus memberi kekuatan untuk melakukan amal ...

1) Iman Ynag sahih
2) Solat khusysuk dan khudu'
3) Ilmu dan zikir
4) Ikhlas niat
5) Ikram muslimin
6) Da'wah dan Tabligh.

Aku pernah merasai tarbiah tabligh, mana yang baik kita ambil.Satunya amlan zikir 300 pagi da petang (tasbih fatimah 100,selawat 100, istighfar100) dan gerak kerja bergerak seiring...dan prinsip kerja ialah usaha malam 80 % di malam hari20% usaha disiang hari mesti. sungguh-sungguh dan di malam hari apatah lagi

Allah swt akan bagi kita kefahaman agama dan kekuatan apabilakita melakukan usaha dakwah . Pengislahan diri akan kita rasai apabila kita banyak bekorban rasa, masa, jiwa dan harta untuk mencari keredhaan Allah swt.wallahualam

Urusan umat

Manusia ini bergantung kepada sejauh mana agamanya. Semakin tinggi agamanya semakin berakhlak lah ia dan begitu pulalah sebaliknya. Umat ini tenat, urusan umat ini kini sebenarnya berada pada tangan siapa?

Soalan yang dilontarkan mempunyai signifikan yang sangat besar kepada masa depan umat Islam. Semua ini seharusnya dicaturkan oleh pemimpin orang Islam. Kebijaksanaan pemimpin-pemimpin Islam sangat -sangat didambakan pada saat ini. Masalah yang berlaku antara sesama Islam tidak akan berakhir sehinggalah pemimpin Islam menentukan keutamaan dalam setiap gerak kerjanya.




Peringatan dari Allah ..

Allah swt pasti kasih dengan hambanya. Kesilapan yang kita buat saban hari tanpa kita sedari sedikit sebanyak mempenagruhi kehidupan kita . Sahabta aku sejak ekbelakangan ini ditimpa berbagai-bagai masalah...laptopnya, motor rosak nya, masalah akademiknya...kecurian... kebocoran ... Apakah Allah swt cuba menyatakan sesuatu kepada hambaNya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger