14 Aug 2007

Takziah

HANCUR... Bas Super Express yang remuk dan bumbungnya tercabut selepas terbabas dan terhumban ke dalam parit di Kilometer 229, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang, Taiping, Perak, semalam.


Pagi ini selapas solat subuh ajk Masjid Riadhus Solehin mengumumkan kematian seorang qariah masjid sekitar jam 3 pagi tadi. Balik ke rumah semasa melayari internet melihat perkembangan berita semasa ...dikejutkan pula kematian 20 orang lagi mangsa kemalangan jalanraya bas paling buruk dalam sejarah negara...




Pertamanya JuM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Qariah masjid Riadhus Solehin, semua ahli keluarga mangsa-mangsa kemalangan jalanraya. JuM tumpang simpati dan kita semua harus bersabar dalam menghadapai dugaan seperti ini. Bagi yang telah pergi mereka akan terus dengan dunia baru mereka, telah berlaku kiamat kecil untuk mereka. Apa yang dijanjikan untuk mereka kini telah di tunaikan Allah swt. Semoga Allah mengampunkan dosa mereka kesemuanya dan dikumpulkan bersama-sama orang soleh..amin




Hidup mati memang sudah ditentukan oleh Allah sejak kita lahir lagi, dalm kemlangan ini ada juga yang terselamat.Allah swt masih memanjangkan umurnya walaupun dalam keadaan yatim kini. Kehidupan ini suatu ujian. Penuh ranjau dan berduri. Namun ujian atas muka bumi ini tidak lah sesukar mana kerana kita masih ada banyak sumber untuk membantu kita .dan masih ada harapan untuk kita.Insya ALLAH. Namun kesukaran paling azab ilah tika kita berjumpa Allah swt dalam keadaan diri kita belum bersedia dan diterima nya buku amalan dari belah kiri. Dicampakkan kedalam neraka , tanpa belas kasihan..bagi yang kafir selama-lamanya ... tiada penghujung.dan berputus harap dari segala rahmanNya. Itulah kesukaran yan perlu kita renugi bersama.




Lantaran peringatan terus dari Allah swt ini JuM terus kembali mengingati kekurangan dan kelemahan diri ini. Bersediakah aku untuk menghadapi alam yang baru andai ditakdirkan untuk menghadapNya? Banyak dosa yang dilakukan, maksiat, kesalahan , kezaliman yang tangan ini lakukan. Masa akan terus berlalu, umur kita akan terus singkat. Semalam akan meninggalkan kita, esok belum tentu ada janji untuk kita , yang ada hari ini untuk kita manfaatkan sebaik mungkin .




Sebijak-bijak manusia ialah mereka yang mengingati mati dan bersedia untuknya... Dalam kesibukan kita melayari kesibukan kita terhadap keperluan duniawi janan sekali-kali melencongkan terus matlamat hidup kita dalam memenuhi tuntutan titah perintah Allah swt.




Moga Allah swt memudahkan urusanku dan menghdupkan aku sebagai insan soleh. Berdirinya bezikir, duduknya berzikir, makan berzikir, berjalannya berzikir, ... Ya Allah , matikanlah aku dalam keadaa berzikir kepada Mu...AMIN!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger